Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

PRESTASI MESTI BOLEH DIUKUR .

Sejak bulan September lepas, Cawangan-Cawangan PAS telah mula mengadakan mesyuarat agung mereka yang berakhir pada bulan Oktober. Sementara pada pertengahan bulan November ini kesemua Kawasan-Kawasan telah selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing. Tahun ini merupakan tahun pemilihan di mana para perwakilan akan memilih pimpinan mereka untuk sesi yang baharu. Di antara agenda utama di dalam mesyuarat-mesyuarat agung tersebut adalah membentang, membahas dan meluluskan laporan tahunan. Sama ada Kawasan atau Cawangan, tanggungjawab untuk menyediakan dan membentangkan laporan tersebut adalah pada Setiausaha masing-masing. Lazimnya penilaian sama ada pimpinan sesi tersebut telah melaksanakan tugas dan tanggumgjawab mereka adalah berdasarkan laporan tahunan yang dibentangkan walaupun terdapat faktor-faktor lain. Laporan tahunan yang baik adalah yang memberi tumpuan kepada pencapaian-pencapaian pada sesi tersebut. Ia tidak sepatutnya berjela-jela dan akan mengelirukan mereka yang memba...

WAKIL RAKYAT : PEMBUAT DASAR ATAU PEGAWAI KEBAJIKAN?

Hari ini apabila berlaku sesuatu masalah rakyat akan menuntut agar Menteri turun padang dan menyelesaikannya dengan segera. Walaupun perkara tersebut boleh diselesaikan di peringkat jabatan atau oleh pegawai-pegawai kerajaan namun mereka berharap dengan perhatian Menteri tindakan kerajaan akan dapat disegerakan. Kita tidak boleh menyalahkan rakyat jika memiliki kafahaman sedemikian. Kadang-kala hanya dengan kehadiran "orang atasan" sesuatu tindakan akan berlaku. Walau bagaimanapun menyelesaikan satu masalah sahaja tidak memadai kerana masalah yang sama mungkin akan muncul di tempat-tempat lain. Penyelesaian yang terbaik adalah dengan satu tindakan atau meluluskan satu pelan atau meluluskan satu polisi yang dapat memastikan masalah yang sama tidak akan muncul sama sekali. Tidak ada gunanya jika sesuatu masalah itu dapat diselesaikan namun begitu punca sebenar masalah tersebut tidak ditangani. Akibatnya masalah yang sama akan terus berulang di tempat-tempat lain. Ketika itu Men...

KEHIDUPAN SELEPAS PANDEMIK : BAHAGIAN 2 - PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU.

Pandemik tidak dapat dinafikan akan memberi kesan yang teramat besar kepada kerajaan, ekonomi dan juga politik. Tetapi apakah kesannya di peringkat individu? Berikut adalah di antara jangkaan-jangkaannya : 1.) SIKAP KITA TERHADAP BENCANA AKAN BERUBAH. Di satu masa dahulu apabila kita membaca tentang bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, gunung berapi atau wabak-wabak penyakit seperti SAR dan Ebola mungkin ramai yang menyangka ia hanya akan berlaku di negara-negara luar.  Contohnya orang Amerika atau Eropah akan berkata ia hanya berlaku di Asia Timur atau Afrika tetapi apabila Covid-19 melanda maka Amerika dan Eropah pula paling teruk terkesan.  Di Malaysia pula apabila Covid-19 mengganas di Negara China, kerajaan Pakatan Harapan tidak dilihat menganggap pandemik ini sebagai satu ancaman yang serius kerana masih membenarkan pelancong-pelancong dari negara itu masuk ke Malaysia. Ketika itu kita tidak menganggap pandemik ini sebagai masalah besar sehingga kerajaan Perikatan...

KEHIDUPAN SELEPAS PANDEMIK : BAHAGIAN 1 - INTERAKSI DAN KERAJAAN.

Pandemik Covid-19 yang sedang mencengkam negara dan dunia telah membawa banyak perubahan kepada hidup kita. Selain dari impak ekonomi yang memberi kesan besar kepada kita semua, terdapat juga impak-impak sosial. Pandemik ini telah memaksa kita mengubah cara hidup kita. Perubahan ini dijangka akan terus kekal walaupun setelah pandemik ini berakhir. Berikut adalah kesan-kesan tersebut. 1.) PERNIAGAAN ATAS TALIAN ( ONLINE ) AKAN TERUS BERKEMBANG. Satu kajian oleh Standard Chartered tahun lepas menunjukkan 73 peratus rakyat Malaysia hari ini lebih selesa untuk membeli atas talian ( online ). Sebelum pandemik hanya 30 peratus rakyat Malaysia memilih untuk membeli secara online. Ada beberapa sebab kenapa ini berlaku dan di antaranya adalah, a.) Pelbagai perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan mereka susah hendak begerak dengan bebas. b.) Pelbagai langkah-langkah di pasaraya, pasar atau kedai-kedai seperti penjarakan sosial, pendaftaran dan terpaksa beratur panjang dan masa membeli-belah...

KERAJAAN PERLU FIKIR SEGALA-GALANYA.

Orang kata menjadi pembangkang lebih senang dari menjadi kerajaan. Bagi sesiapa yang pernah menjadi kerajaan sudah tentu memahami. Apabila terdapat satu tuntutan atau desakan kepada kerajaan ia akan melibatkan banyak perkara-perkara lain. Kadang-kala walaupun hanya satu perkara yang hendak dilaksanakan namun terdapat sepuluh perkara malah lebih yang perlu dipertimbangkan. Sama ada ia faktor kewangan, faktor perundangan, faktor pentadbiran atau faktor kemanusiaan kesemuanya perlu diambil kira. Ketika saya Exco Perumahan di Selangor terdapat satu penempatan peneroka bandar ( setinggan ) yang menimbulkan masalah kepada taman perumahan yang bersebelahan. Penyelesaiannya hanya dengan merobohkan penempatan tersebut. Mungkin perobohan akan menyelesaikan masalah penduduk taman tetapi pelbagai perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu. Memang mudah menghantar penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dan jentolak-jentolak untuk meratakan penempatan tersebut. Pihak Polis juga akan memastikan...

SUKAN OLIMPIK : MENUNGGU KEHADIRAN SEPAK TAKRAW.

Akhirnya sukan Olimpik ke 28 telah bermula di Tokyo pada 23 Julai lepas dan akan melabuhkan tirainya pada 8 Ogos ini. Sukan kali ini merupakan kejayaan bagi Jepun kerana bertegas mahu meneruskannya dan terpaksa melaksanakan pelbagai langkah-langkah untuk memastikan temasya sukan kali ini selamat ketika pandemik Covid-19 sedang melanda.  Apabila tarikh asal temasya ini ditangguhkan kepada tahun ini, ramai yang masih tidak percaya temasya ini dapat berlangsung. Darurat telah diisytiharkan beberapa kali untuk bandaraya dan wilayah tertentu di Jepun akibat kes Covid-19 yang meningkat. Pada 8 Julai, 2 minggu sebelum majlis pembukaan, Perdana Menteri Yoshihide Suga telah mengumumkan Tokyo akan diletakkan di bawah perintah darurat untuk kali keempat dan kali ini sehingga 22 Ogos. Ketika sukan ini berlangsung, kerajaan Jepun telah menambah bilangan kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah perintah darurat.  Kejayaan temasya sukan kali ini mungkin akan diukur berdasarkan kejayaan penga...

BULAN OGOS YANG BERSEJARAH.

Bulan Ogos adalah bulan yang bersejarah bagi kita di rantau Asia Tenggara. Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku pada bulan tersebut. Kita sebagai rakyat Malaysia sudah tentu akan merayakan ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun. Tetapi bukan itu sahaja kerana terdapat banyak lagi detik-detik bersejarah pada bulan tersebut. Pada 17 Ogos 1945, Sukarno telah mengisytiharkan kemerdekaan negara Indonesia di Jakarta. Pengisytiharan ( Proklamasi ) kemerdekaan itu telah dilakukan tanpa rundingan dengan penjajah Belanda iaitu ketika tentera Jepun masih berada di Indonesia walaupun Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos setelah bom-bom atom dijatuhkan di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos. Sukarno telah dilantik Presiden dan Dr Mohammad Hatta dilantik Naib Presiden sehari selepas pengisytiharan. Menurut perancangan asal, Indonesia sepatutnya merdeka bersama Tanah Melayu. Pada 12 Ogos 1945, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu, Ibrahim Haji Yaacob bersama Dr ...

SUKAN YANG BOLEH MENGAJAR KITA.

Akhirnya Sukan Olimpik ke 32 yang berlangsung di Tokyo telah melabuhkan tirainya pada hari Ahad lepas. Temasya sukan yang pada mulanya penuh dengan tanda tanya akibat pandemik Covid-19 tetapi berjaya dianjurkan Walaupun tidak semeriah temasya-temasya sebelum ini kerana tanpa penonton dan pelbagai peraturan yang dikuatkuasakan namun kesungguhan tuan rumah berhasil apabila temasya 4 tahun sekali ini berjaya diteruskan. 12 bulan sebelum ini tidak ramai yang menyangka ia dapat dianjurkan sama sekali. Ketika sukan ini berlangsung, Tokyo dan beberapa kawasan di sekitarnya diletakkan di bawah perintah darurat. Satu kajian menunjukkan rakyat Jepun tidak mahu sukan ini diadakan. Terdapat demonstrasi di luar stadium pada hari pembukaan. Kes Covid-19 melebihi 5,000 sehari. Jepun terpaksa menanggung bil sebanyak 12 bilion USD selepas sukan ini berakhir. Olimpik kali ini juga tidak meningkatkan industri pelancongan seperti temasya-temasya sebelum ini. Mungkin Jepun bertegas kerana tidak mahu menjad...

PROGRAM MALAYSIA RUMAH KEDUAKU : ADAKAH SYARAT-SYARAT BAHARU MENCUKUPI?

Program Malaysia Rumah Kedua Ku ( MM2H ) yang dibekukan sejak bulan Ogos tahun lepas akibat pandemik Covid-19 akan diaktifkan semula pada bulan Oktober ini. Walau bagaimanapun permohonan dibuka kembali dengan syarat-syarat yang lebih ketat sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan pada 11 Ogos lepas. Di antara syarat-syarat baharu itu adalah, 1.) Pendapatan bulanan luar negara peserta adalah sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan berbanding dengan RM10,000 sebelum ini. 2.) Peserta mesti memiliki akaun simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta. 3.) Pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta. 4.) Tempoh Pas Lawatan Jangka Panjang Program adalah 5 tahun bukan 10 tahun seperti sebelum ini walau bagaimanapun boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi tertakluk kepada syarat-syarat. 5.) Tempoh terkumpul ( kumulatif ) peserta perlu berada di dalam negara adalah sekurang-kurangnya 90 hari setahun. 6.) Fi pas dinaikkan dari RM90 kepada RM500 sementara fi untuk memproses permohonan adalah RM5,000 ...

PERUBAHAN IKLIM : KENAPA KITA PERLU BIMBANG?

Manusia sedang berhadapan dengan perubahan iklim yang begitu drastik yang tidak pernah dialami beribu-ribu tahun sebelum ini. Kita akan mengalami cuaca yang melampau pada tahun-tahun mendatang dan manusia akan menanggung padah akibat peningkatan paras laut dan pencairan ais di kutub menurut satu laporan panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ). Laporan oleh Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim ( Intergovernmental Panel on Climate Change ) atau IPCC itu yang dikeluarkan pada 9 Ogos lepas mendedahkan bahawa bumi adalah lebih panas 1.1 darjah celsius dari sejak sebelum era perindustrian. Pada 2030, bumi dijangka menjadi lebih panas sehingga 1.6 darjah celsius. Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, laporan tersebut adalah satu amaran terakhir untuk manusia. Tetapi kenapa kita perlu bimbang dengan pemanasan ini dan seterusnya perubahan iklim?  Pemanasan global akan mengakibatkan lapisan ais cair lalu meningkatkan paras lautan. Peningkatan ini mengancam penempat...

JUAL RUMAH KETIKA PANDEMIK.

Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyediakan banyak program-program untuk membantu rakyat ketika pandemik Covid-19. Terdapat program-program khusus untuk mereka yang kehilangan punca pendapatan atau yang melihat pendapatan mereka berkurangan. Bagi pemilik-pemilik rumah yang masih mempunyai komitmen dengan institusi kewangan seperti bank, sudah tentu moratorium yang diumumkan oleh kerajaan amat membantu. Moratorium ini sudah tentu dapat mengelakkan rumah mereka dilelong kerana gagal membayar ansuran bulanan. Bagi ramai dari kita, rumah merupakan aset paling bernilai yang dimiliki. Untuk memilikinya bukan sesuatu yang mudah. Ramai yang terpaksa mengumpul duit selama bertahun-tahun sebelum dapat menyediakan wang pendahuluan untuk mendapatkan pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan yang lain. Selepas membelinya ada yang telah membuat penambahan atau pengubahsuaian yang sudah tentu melibatkan kos. Malah ada yang membuat pinjaman untuk untuk penamb...

NEGARAKU, KELUARGAKU.

Saya pernah menjadi tuan rumah bagi pihak kerajaan negeri Selangor kepada perwakilan dari wilayah Catalonia, Sepanyol semasa saya merupakan Exco Kerajaan Negeri. Mungkin kerana perkara-perkara yang dibincang adalah melibatkan perancangan dan perumahan maka saya telah diarah untuk menyambut kumpulan tersebut yang sedang mengadakan lawatan ke Malaysia. Ketika itu sedang berlaku krisis di antara kerajaan Catalonia dan kerajaan pusat di Sepanyol apabila kerajaan Catalonia telah mengadakan referendum bagi penduduk memilih sama ada mahu merdeka dari Sepanyol. Ibu negeri Catalonia adalah Barcelona di mana terdapat kelab bolasepak yang terkenal itu. Referendum tahun 2017 itu telah dianggap haram oleh kerajaan Sepanyol dan anggota kerajaan wilayah tersebut telah ditahan dan ada yang telah melarikan diri ke luar negara.  Di dalam pertemuan tersebut saya telah cuba bertanya tentang gerakan kemerdekaan mereka. Saya telah juga cuba mendapat reaksi mereka tentang kerajaan Sepanyol yang telah men...

KENYATAAN AKHBAR REACH, 24 OGOS 2021 - "KERAJAAN PERLU KEKALKAN SYARAT-SYARAT BAHARU SKIM MALAYSIA RUMAH KEDUAKU (MM2H)"

Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob perlu mengekalkan pindaan kepada syarat-syarat MM2H yang diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Ogos lepas. Telah terdapat desakan agar syarat-syarat asal dikekalkan namun kerajaan telah mengambil masa satu tahun untuk memutuskan syarat-syarat baharu dan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat "u-turn". Skim ini telah ditangguhkan pada bulan Ogos tahun lepas akibat pandemik Covid-19 dan akan diaktifkan semula pada bulan Oktober ini. Syarat-syarat baharu ini adalah wajar jika kerajaan mahu menarik mereka yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara. Menaikkan syarat kelayakan bagi pendapatan bulanan luar negara peserta daripada RM10,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan adalah wajar kerana pendapatan RM10,000 sebulan bukan sesuatu yang luarbiasa bagi seorang profesional yang telah bekerja lebih dari.20 tahun di Malaysia.  Jika kerajaan mahu menarik mereka yang memiliki keupayaan...

JANGAN BENCI POLITIK.

Pada tahun 1995, Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Dr Mahathir Mohamed dan Timbalan Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di UK ketika itu, Perdana Menteri adalah John Major sementara Timbalan Perdana Menteri adalah Michael Hesseltine. Sementara di Amerika Syarikat, Bill Clinton adalah Presiden dan Al Gore adalah Naib Presiden. Sejak John Major, rakyat UK telah mendapat 5 Perdana Menteri termasuk Perdana Menteri hari ini, Boris Johnson. Major yang berumur 78 tahun dan pempimpin-pemimpin kerajaan sezaman dengan beliau tidak lagi terlibat dengan aktif di dalam politik UK. Major yang merupakan peminat sukan kriket telah menulis buku tentang sejarah sukan tersebut dalam tahun 2007 dan pernah menjadi Presiden sebuah kelab kriket, Surrey County Cricket Club dari tahun 2000 hingga 2001 dan sejak 2002 telah menjadi Timbalan Presiden Kehormat seumur hidup kelab kriket itu. Beliau juga terlibat dengan badan-badan kebajikan dan pernah menjadi Presiden Asthma UK. Sejak Clinton pula, r...

FAHAMI STRUKTUR DAN PERJALANAN KERAJAAN.

Sebagai salah satu parti yang membentuk kerajaan di peringkat Pusat, ahli-ahli PAS perlu faham tentang struktur dan perjalanan kerajaan. Ia bukan sahaja penting untuk mereka yang memegang jawatan di peringkat tertinggi seperti Menteri, Timbalan Menteri atau yang mengetuai agensi-agensi kerajaan atau GLC-GLC tetapi juga untuk pimpinan di semua peringkat. Malah ahli-ahli biasa agar mereka faham apa yang boleh dicapai, apa yang akan mengambil masa dan apa yang mustahil. Mereka juga mesti memahami akta-akta, peraturan-peraturan kerajaan dan belanjawan kerajaan agar mereka tidak kecewa atau marah apabila sesuatu perkara itu tidak dapat dilaksanakan. Ada perkara-perkara yang memerlukan pindaan kepada akta-akta atau memerlukan akta-akta yang baharu. Sudah tentu ia memerlukan kelulusan di Parlimen dan sudah tentu memerlukan persefahaman semua parti-parti untuk diluluskan. Ia mungkin mudah jika terdapat hagemoni satu parti seperti ketika di zaman kerajaan Barisan Nasional di satu masa dahulu te...

BUKAN SEMUA WARGA EMAS CERGAS SEPERTI PAK MAON.

Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2020 menunjukkan rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun dan lebih meningkat dari 3.4 juta ( 2018 ) kepada 3.5 juta ( 2020 ). Dari segi peratusan penduduk, ia adalah peningkatan dari 10.3 peratus kepada 10.7 peratus. Sementara untuk rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun dan lebih juga meningkat dari 2.2 juta ( 2018 ) kepada 2.3 juta ( 2020 ) atau 6.7 peratus ( 2018 ) kepada 7.0 peratus ( 2020 ).  Peningkatan kumpulan mereka berumur 60 tahun dan lebih ini atau kumpulan Warga Emas bermakna negara dan masyarakat perlu mewujudkan suasana dan infrastruktur bersesuaian dengan keperluan mereka. Justeru itu dari sudut perancangan bandar dan rekabentuk bangunan pula, ia perlu responsif kepada keperluan-keperluan tersebut. Terdapat undang-undang yang khusus mengambil kira keperluan OKU walau bagaimanapun kumpulan Warga Emas ini juga memiliki keperluan-keperluan mereka yang tersendiri. Kita tidak boleh sama se...

ISU RUMAH SEWA : APABILA CIKGU SHAARI LEBIH BERNASIB BAIK.

Oleh Dato' Iskandar A. Samad Ramai di antara kita yang masih ingat filem P. Ramlee "Masam-Masam Manis". Filem tahun 1965 itu mengisahkan percintaan di antara Cikgu Shaari ( P. Ramlee ) dan penyanyi kelab malam, Norkiah ( Sharifah Hanim ). Mereka tidak menyedari mereka tinggal di dalam rumah yang sama walaupun sedang bercinta. Kedua-duanya menyewa bilik di "Lodging  Mak Minah" kepunyaan Mak Minah ( Minah Hashim ). Saya menceritakan kisah Cikgu Shaari dan Norkiah ini kerana mahu menunjukkan bahawa walaupun setelah lebih 55 tahun cerita ini ditayangkan, keadaan masyarakat kita masih serupa. Ramai yang menyewa bilik di atas sebab-sebab mereka tersendiri. Keadaan yang sama telah wujud lebih lama dari itu jika kita imbas kembali satu lagi filem P. Ramlee iaitu "Bujang Lapok" keluaran tahun 1957. Ramli ( P. Ramlee ), Aziz ( Aziz Sattar ) dan Sudin ( S. Shamsuddin ) telah menyewa salah satu bilik di rumah milik seorang janda kaya, Cik Normah ( Normadiah ). Mer...