Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

SETAHUN TELAH BERLALU - BAHAGIAN 4

28 Februari adalah hari jadi saya. Dalam tahun 2008 ianya jatuh di dalam tempoh kempen pilihan raya. Ini dilihat sebagai satu peluang kepada PAS untuk mempromosikan calonnya. Secara kebetulan pula, 28 Februari 2008 adalah hari Khamis, hari pasar malam di Pandan Indah yang berada di dalam DUN Chempaka. Kami telah mengadakan majlis menyambut hari ulang tahun itu di pasar malam tersebut. Pada mulanya, petugas-petugas Muslimat menyediakan meja di atas padang lebih kurang 50 meter dari tapak pasar malam. Apabila saya tiba, saya mengarahkan meja itu dipindahkan di tengah-tengah pasar malam. Kita perlu bersama rakyat, kita tidak boleh lagi menjadi yang eksklusif untuk kelompok-kelompok tertentu sahaja. Wartawan telah turun tetapi secara keseluruhan para peniaga nampak takut-takut untuk memberi sokongan. Bukan tidak menyokong tetapi agak berhati-hati. Mungkin mereka masih takut kepada "spy-spy" Umno yang berkeliaran. Tentang kerjasama dengan DAP, mungkin tidak begitu ketara diseda

PRESMA DAN PRIMAS TIDAK PATRIOTIK

Ugutan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) untuk menaikkan harga teh tarik dan roti canai jika kerajan Persekutuan bertegas menaikkan levi pekerja asing adalah satu tindakan yang tidak patrotik. Ketika begitu ramai rakyat Malaysia diberhentikan kerja, mereka tetap mahu mengambil pekerja asing maka kesetiaan mereka kepada negara ini boleh dipertikaikan. Saya kerap didatangi oleh mereka yang menghadapi masalah kewangan kerana telah gagal mencari pekerjaan. Pada hari Khamis lepa , seorang bapa dari Kg. Pandan telah datang ke rumah saya kerana hendak meminjam wang untuk membeli susu untuk anaknya. Saya tahu beliau sudah beberapa bulan cuba mencari kerja tetapi gagal. Sebelum itu seorang ibu tunggal berbangsa India dari Pandan Indah telah datang berjumpa saya kerana masalah kewangan. Kerana tidak dapat mencari pekerjaan, beliau terpaksa membasuh kain di rumah-rumah orang dengan pendapatan kurang dari RM200 sebula

SETAHUN TELAH BERLALU - BAHAGIAN 3

Semua orang terkejut apabila SPR mengumumkan tempoh berkempen lebih panjang untuk 2008. Pada tahun 2004 dan 1999, ianya sekitar satu minggu tetapi kali ini hampir 2 minggu. Tempoh kempen yang lebih panjang ini telah memberi masa yang secukupnya kepada kami untuk menyampaikan mesej kami kepada pengundi. Kenyataan Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo juga membantu kami. Beliau membuat kenyataan bahawa terdapat 8 kerusi DUN yang BN akan menghadapi masalah di Selangor. Chempaka dan Teratai adalah di antara. Ini menaikkan semangat kami dan membuat petugas-petugas bekerja dengan lebih keras. Sebelum ini, kita mungkin memasuki pilihanraya sekadar untuk memberi tentangan yang sengit tetapi kali ini kami bekerja untuk merampas kerusi. Kepada pengundi pula, kenyataan Dr. Khir adalah pengakuan bahawa UMNO tidaklah sekuat dulu. Ia boleh dikalahkan dan dengan itu mendorong mereka untuk mencuba pilihan yang baru. Sebenarnya saya telah memberitahu isteri saya sebelum penamaan calon bahawa kita

Ucapan Penggulungan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan 13 Mac 2009.

Tuan Speaker dan Yang Berhormat-Yang Behormat sekelian, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menyatakan hasrat Baginda agar perumahan kos rendah di bandar seharusnya diberi perhatian yang lebih teliti. Hasrat ini difahami oleh ahli-ahli Yang Berhormat sekelian dan telah banyak kali disentuh. Terutamanya perumahan bertingkat yang melibatkan perumahan rakyat dan rumah kos rendah telah terkandung di dalam ucapan-ucapan Yang Berhormat. AKTA YANG BARU Ramai penduduk tidak menyedari bahawa akhirnya pengurusan kediaman-kediaman mereka adalah tanggung jawab penduduk menerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC). Ini tidak mengejutkan kerana akta yang berkaitan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 atau Akta 663. Pihak yang bertanggung jawab mentadbir dan menguatkuasa Akta ini, Pesuruhjaya Bangunan atau COB juga masih barudi dalam tugas-tugas mereka. COB sekarang adalah Dato’-Dato’ Bandar dan Yang Dipertua-Yang Dipertua pihak berkuasa

SETAHUN TELAH BERLALU - BAHAGIAN 2

Ketika Parlimen dibubarkan, gerak kerja kami di Pandan seolah-olah setelah penamaan calon. Malah poster calon telah direkabentuk dan hanya menunggu penambahan-penambahan akhir. Saya telah mengkaji berpuluh-puluh poster dari seluruh dunia untuk mencari reka bentuk yang paling sesuai. Dari Segolene Royal kepada Nicolas Sarkozy, dari Barack Obama kepada poster-poster calon pilihanraya Taiwan dan Jepun. Hampir 80 foto telah diambil sebelum memilih foto yang terbaik. Ada yang diambil oleh pencetak kita, Nan Azazi Azman yang pernah dicalonkan untuk bertanding. Ada yang diambil di kedai-kedai foto. Satu pemilik kedai tertanya-tanya kerana terlalu banyak kali saya mengambil gambar di kedai beliau. Untuk pilihanraya kali ini, kami mengambil keputusan untuk memberi tumpuan hanya kepada gerak kerja-gerak kerja yang dapat memberi impak kepada pengundi. Kita kena "work smart" bukan "work hard". We are fighting a modern election. Pertama kami telah mengurangkan poster dan m

SETAHUN TELAH BERLALU - BAHAGIAN 1

Selepas pilihanraya umum 2004, PAS Kawasan Pandan telah mengadakan satu brainstorming di Cameron Highland. Lebih 100 orang warga Pandan telah mendaki banjaran Titiwangsa untuk sampai ke puncak gunung yang dingin itu. Pada brainstorming dan juga post mortem yang diadakan, diakui masalah bagi PAS adalah "packaging" kepada mesej yang kita bawa kepada masyarakat. Mesej Islam adalah yang terbaik tetapi strategi kita untuk memastikan ia di terima rakyat tidaklah yang terbaik. Orang yang menjual durian akan memberitahu betapa enak isi durian bukan betapa tajam duri durian. Tambahan pula putar belit media membuat rakyat bertambah bingung. Persiapan untuk pilihanraya umum 2008 bermula dari saat itu. Beberapa minggu selepas keputusan pilihanraya umum 2004 diumumkan. Perkara pertama yang perlu diselesaikan adalah masalah penerimaan rakyat bukan Islam terhadap PAS. Kita telah mengandaikan "worst case scenario". Jika masyarakat bukan Islam tidak menerima PAS, yang mana lebi

SOALAN NO. 9 – PROJEK-PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI.

Soalan ini telah dijawab pada sidang yang lepas. Hari ini saya akan memberikan perkembangan terkini. Selain dari meneruskan usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu (seperti pemantauan), kerajaan sekarang telah juga menjalankan usaha-usaha baru untuk menyelesaikan masalah ini. Yang pertama adalah penubuhan “Task Force / Jawatankuasa Khas Projek-Projek Terbengkalai” yang dipengerusikan oleh YB Hulu Kelang. 3 perunding telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Khas ini untuk membantu menilai projek-projek yang telah terbengkalai. Jawatankuasa khas ini telah mengenal pasti pemaju-pemaju baru atau pemaju-pemaju penyelamat bagi projek-projek yang berpotensi untuk dihidupkan semula. Daripada 144 projek terbengkalai, 80 telah dikaji tahun lepas. 40 telah dikenal pasti sebagai berpotensi. Dalam tahun 2008, Jawatankuasa Khas ini telah memulihkan 8 projek dan telah siap 100 peratus. 2 darinya telah mendapat sijil layak menduduki bangunan atau CF. Ianya melibatkan 2,710 unit

Perlukah Rakyat Merusuh?

Perlukah rakyat merusuh kerana tidak puas hati mereka tiada kerja tetapi kerajaan akan membawa masuk 70,000 pekerja Bangladesh? TV3 mengesahkan semalam 70,000 rakyat Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini. Jadi jumlah pekerja Bangladesh di Malaysia akan menjadi 500,000 orang. Saya difafamkan 50,000 rakyat Malaysia telah hilang pekerjaan sejak kegawatan ekonomi dan 12,000 sahaja bulan lepas. Agaknya apa perasaan mereka bila melihat pekerja-pekerja dari India di restoran-restoran Mamak dan kedai-kedai gunting? Adakah mengambil "order" di restoran dan menggunting rambut kepakaran seperti pakar bedah jantung sehingga kita perlu mengimpot mereka dari Mumbai? Dua hari lepas saya terpaksa pergi ke sebuah kedai serbaguna KK dan mendapati semua pekerjanya adalah dari Vietnam dan tidak boleh bercakap Melayu! Baik sungguh orang Malaysia. Kalau di Eropah sudah tentu pekerja-pekerja asing tidak berani datang bekerja bila begitu ramai rakyat tempatan menganggur. 9 Mac 2009

Syabas Jay Jay!

Pada 8 Februari lepas, Pusat Khidmat ADUN Chempaka dan Yayasan Amal telah menganjurkan program Larian Ampang Jaya dan Nasyid On Stage di Pandan Jaya. Untuk Nasyid On Stage, seorang artis atau kumpulan nasyid perlu dicari sebagai tarikan. Pada mulanya seorang artis nasyid yang popular telah dihubungi tetapi malangnya terlalu mahal. Walaupun lagu-lagu beliau dan imej beliau Islamik tetapi bayaran yang diminta tidak sesuai dengan bajet. Akhirnya seorang artis pop yang pernah berduet dengan sebuah kumpulan nasyid bersetuju untuk hadir dengan memberi diskaun kerana ianya program amal. Beliau bersetuju untuk menyanyikan lagu-lagu berbentuk nasihat. Artis itu adalah Jay Jay bekas penyanyi kumpulan Carefree. Walaupun tidak terkenal dengan imej Islamik tetapi sanggup memberi diskaun untuk program amal. Beliau juga lebih popular dari artis nasyid yang "mahal" itu. Jay Jay telah menyanyikan lagu yang pernah diduet bersama sebuah kumpulan nasyid dan lagu-lagu berbentuk nasihat yang

PSM YANG BERPRINSIP

PSM memang lain dari yang lain. Walaupun Pengerusi parti itu, Dr. Nasir Hashim, bertanding menggunakan logo PKR namun apabila pendaftaran PSM diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan, parti itu tidak menyertai Pakatan Rakyat. Baru-baru ini apabila kerajaan negeri meluluskan pembinaan pasaraya Carrefour di Kota Damansara, PSM dengan tegas menyatakan ia tidak bersetuju. Dr. Nasir juga pernah berkata beliau mungkin mengosongkan kerusi DUN beliau. Walaupun kita tidak bersetuju dengan idelogi sosialisme PSM atau pendirian mereka terhadap Carrefour tetapi kesungguhan mereka mempertahankan prinsip mereka harus dipuji. PSM pula masih bersama Pakatan (walaupun tidak berada di dalamnya), tidak pula saya dengar ahli-ahli PSM yang menuduh Dr. Nasir gila kuasa hendak menjadi MB. Hebat sungguh "ukhwah" ahli-ahli PSM. Saya rasa tidak ada yang menikam dari belakang di antara "comrade". Bagaimana pula dengan PAS? Adakah PAS bersungguh-sungguh mempertahankan prinsipnya atau Islam s