Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

DEDAHKAN LAPORAN BUKIT ANTARABANGSA DEMI KEPENTINGAN RAKYAT

Kementerian Kerja Raya perlu dengan segera memberi kebenaran agar laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa didedahkan kepada umum jika tidak mereka akan dituduh sebagai melindungi pihak tertentu. Tragedi Bukit Antarabangsa telah mengorbankan nyawa. Rakyat perlu tahu kerana mereka yang bertanggung jawab menyebabkan kejadian itu perlu dihukum dengan sewajarnya. Kedua laporan ini perlu didedahkan agar kesilapan yang sama tidak akan diulangi. Saya yakin para profesional seperti arkitek dan jurutera serta pemaju sedang menunggu laporan itu supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang sama. Kerajaan Persekutuan janganlah menganggap laporan itu akan digunakan untuk memburukkan mereka tetapi ianya akan digunakan untuk memperbaiki cara kita melakukan pembangunan. Laporan ini tidak sepatutnya dilihat dari perspektif politik tetapi ianya satu laporan teknikal yang boleh mengelakkan sebarang musibah di masa akan datang. Laporan ini perlu didedahkan demi kepentingan rakyat. Iskandar A. Samad Exco Ke

RM50,000 UNTUK KAJIAN "COUNCIL HOME"

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM50,000 untuk menjalankan satu kajian tentang pembinaan "council home" bagi memenuhi permintaan perumahan di Selangor. "Council home" adalah rumah yang disewakan kepada rakyat seperti golongan yang tidak mahu membeli rumah atau tidak mampu membeli rumah. Di antaranya adalah warga tua atau golongan berpendapatan rendah yang tidak boleh mendapat pinjaman bank dan mereka yang baru mendirikan rumah tangga yang masih mengumpul wang untuk membeli rumah. Di bawah kerajaan Barisan Nasional Negeri Selangor yang lepas, terdapat skim membeli rumah dengan hanya membayar RM1 tetapi ramai yang menyertai skim ini telah gagal membayar balik pinjaman mereka dan rumah-rumah mereka telah dilelong. Buat masa ini, bilangan "council home" yang ada adalah terlampau terhad dan dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan. Ianya digunakan sebagai penempatan sementara di dalam pemindahan setinggan atau ketika berlaku bencana seperti kebak

POLITIK ITU ADALAH PERSEPSI - Coretan YDP Edisi 37

Orang kata, ”Politics is all about perception” atau politik adalah persepsi. Memang betul di dalam politik, persepsi rakyat itu teramat penting. Kadang-kala nasib pemimpin politik, sebuah gerakan politik atau malah sebuah kerajaan itu bergantung semata-mata kepada persepsi rakyat. Kadang-kala tidak penting sama ada seorang pemimpin itu telah melaksanakan tanggung jawab beliau atau tidak. Yang menentukan masa depan beliau adalah persepsi rakyat. Tidak penting sama ada sebuah parti politik betul atau salah. Yang menentukan sokongan adalah persepsi rakyat. Tidak penting sama ada sebuah kerajaan bertanggung jawab atau tidak. Yang menentukan kemenangan pada pilihanraya adalah persepsi rakyat. Kita mungkin tidak setuju dengan perkara ini tetapi ia adalah hakikat hidup. Itulah sebabnya parti-parti politik dunia menghabiskan wang yang banyak untuk membentuk persepsi. Ada yang menggunakan khidmat syarikat pengiklanan. Memasarkan imej parti dan pemimpin parti telah disamakan dengan memasark

Coretan YDP Edisi 36 - ISLAM YANG TIDAK MENGENAL SEMPADAN

Tanah perkuburan Islam Mahmudiah merupakan satu tanah perkuburan yang lama di Johor Baharu. Ibu saya memberitahu nenek saya dan jiran-jirannya apabila hendak ke Masjid Sultan Abu Bakar akan berjalan kaki dari rumah mereka di Kg. Tarom dan merentasi tanah perkuburan itu. Walaupun di waktu malam. Beliau yang telah lama meninggal dunia telah disemadikan di tanah perkuburan itu bersama beberapa keluarga kami, datuk-datuk, pakcik-pakcik dan sepupu-pupu. Walaupun saya telah menetap di Lembah Kelang sejak berumur satu tahun dan jarang-jarang ke Johor Baharu namun tanah perkuburan itu masih jelas dalam ingatan. Saya telah beberapa kali menziarahi pusara-pusara keluarga kami di sana. Ibu saya juga pernah memberitahu terdapat satu kawasan di dalam tanah perkuburan itu yang selalu dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan berwarna merah. Di kawasan itu telah semadikan mereka yang dinamakan tentera-tentera Kabul. Siapakah mereka tentera-tentera Kabul itu? Tentera-tentera Kabul adalah mereka yang telah ber

Bancian Setinggan Siap Januari Depan

Info Selangor : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar A. Samad memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri bahawa bancian bagi setinggan-setinggan di atas tanah kerajaan dan tanah rizab-rizab kerajaan akan disiapkan oleh pihak berkuasa tempatan pada bulan Januari depan. Nama-nama mereka yang layak menerima rumah kos rendah akan dipamerkan kepada umum pada bulan Mac untuk pengesahan dan sebarang bantahan. Tawaran untuk membeli rumah kos rendah akan dibuat kepada mereka yang layak pada akhir bulan Jun. 15 November 2009

Exco Tetap Mahu Bertemu Menteri Walaupun Akan Dituduh Cenderung Kepada Unity Government

Info Selangor : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar A. Samad memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri walaupun kemungkinan dituduh cenderung kepada "unity government" atau kerajaan perpaduan. Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Hannah Yeoh (DAP - Subang Jaya) agar beliau mengadakan pertemuan dengan menteri tersebut untuk membincangkan tahap keselamatan yang membimbangkan sehingga ramai penduduk yang telah menubuhkan komuniti berpagar (guarded and gated community) tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan. Katanya lagi, satu garispanduan baru untuk komuniti berpagar akan digunapakai tahun hadapan untuk menggantikan garispanduan lama yang dikeluarkan dalam tahun 2007. Dewan turut diberitahu bahawa beliau juga berhasrat bertemu Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan untuk membincangkan penyelesaian kepada projek-projek terbengkalai. Ketika mengulas di luar dewan, Exco itu m

Syabas Longgarkan Syarat-Syarat Migrasi Kepada Meter Individu

Info Selangor : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar A. Samad memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri bahawa setelah rundingan dengan Syabas penduduk pangsapuri tidak perlu membayar sepenuhnya hutang pada meter pukal jika mahu mendapatkan meter individu. Bil yang tertunggak itu boleh dipindahkan kepada akaun meter-meter individu yang boleh dibayar secara ansuran. Selain itu, sekira persetujuan untuk migrasi dari kesemua penduduk tidak dapat diperolehi maka Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) boleh membuka akaun meter individu untuk unit-unit yang kosong atau yang enggan melakukan migrasi. Sekiranya mereka masih enggan membayar bil-bil meter individu mereka maka Syabas akan memotong bekalan air tanpa menjejaskan penduduk lain. Sebelum ini Kerajaan Negeri telah mewajibkan migrasi dilakukan. Dengan meter individu, penduduk layak mendapat 20 meter padu air percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. 14 November 2009

Selangor Mengambil Balik Tanah Pemaju Projek Lambat

Info Selangor : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar A. Samad memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri bahawa tanah-tanah sebuah pemaju yang lambat menyiapkan projek rumah kos rendah mereka di Hulu Kelang telah diambil balik. Pemaju yang telah diberi milik tanah semasa pentadbiran Barisan Nasional bukan sahaja gagal menyiapkan projek mereka menurut jadual tetapi telah juga gagal membayar premium tambahan untuk tanah-tanah mereka yang belum dimajukan. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor akan memajukan tanah-tanah itu. Kelewatan projek tersebut telah mengakibatkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya menanggung berjuta-juta ringgit kerana terpaksa membayar sewa bekas penduduk setinggan yang menunggu untuk berpindah ke projek itu. 14 November 2009.

Selangor Tubuhkan Syarikat Memasarkan Kuota Perumahan Bumiputera

Info Selangor : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar A. Samad memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri bahawa satu syarikat untuk memasarkan kuota-kuota perumahan Bumiputera telah ditubuhkan. Syarikat itu, Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. bertanggung jawab menjual kuota-kuota perumahan Bumiputera yang diwajibkan ke atas pemaju. Di antara tujuan penubuhan syarikat itu adalah untuk membantu para pemaju menjual rumah-rumah yang dikhaskan untuk Bumiputera serta memastikan para pemaju tidak "menyembunyikan" rumah-rumah tersebut dari orang ramai. Telah ada aduan di mana para pemaju telah memberitahu rumah-rumah itu telah habis dijual walhal masih ada. 14 November 2009

Selangor Turunkan Sewa Rumah PPR

Info Selangor : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar Samad sidang Dewan Undangan Negeri bahawa 974 penyewa rumah PPR telah mendapat pengurangan sewa. Nilai pengurangan adalah RM1.47 juta setahun. Lebih ramai lagi akan mendapat pengurangan sewa dan jumlah pengurangan dianggarkan hampir RM3 juta setahun. Selain itu, penyewa-penyewa berpendapatan rendah berpeluang membayar sewa tertunggak mereka dengan mekakukan kerja-kerja khidmat masyarakat. 14 November 2009

Soalan Dewan Negeri Selangor No. 39 – Isu Peneroka Bandar Kg. Bukit Botak

Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2003 dan 2005 telah meluluskan 1367 lot-lot tanah kepada individu-individu di tapak yang sebelum ini merupakan Kg. Bukit Botak.   Asalnya tanah tersebut adalah tanah kerajaan.   Sehingga hari ini, sebanyak 1002 individu telah menerima surat hakmilik atau geran mereka.   Walau bagaimanapun dari 1367 lot, 237 lot telah diklasifikasikan sebagai lot-lot hilang.   Di antara sebab-sebabnya adalah kerana lot-lot tersebut terletak di dalam rizab TNB, terletak di dalam tapak sekolah, bersempadanan dengan tanah kelas 3 atau terlibat dengan cadangan parit.   Selain dari itu, Jawatankuasa Pemutihan Bukit Botak di dalam siasatan mereka telah mengesahkan terdapat 117 bekas penduduk Bukit Botak telah tercicir di dalam penyelesaian yang diusahakan oleh kerajaan negeri yang lepas.   Jawatankuasa ini telah menyemak senarai bekas penduduk Kg. Bukit Botak, memanggil bekas-bekas penduduk, menerima aduan, mengadakan siasatan dan mengadakan temuduga   O

PROSES MIGRASI DIMUDAHKAN

Satu persetujuan telah dicapai bersama Syabas berkenaan hutang-hutang penduduk rumah bertingkat seperti pangsapuri dan kondominium. Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor telah mewajibkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu. Tetapi hutang yang tertunggak pada akaun meter pukal merumitkan proses migrasi. Walau bagaimanapun setelah perbincangan diadakan bersama Syabas, hutang tertunggak pada akaun meter pukal ini akan dipindahkan kepada akaun individu penduduk. Contohnya jika sebuah blok pangsapuri berhutang RM50,000 pada akaun meter pukal maka migrasi tidak dapat dilakukan sehingga hutang ini dibayar. Tetapi dengan polisi baru ini, migrasi masih boleh dilakukan dengan memindahkan hutang ini kepada setiap unit di dalam blok tersebut. Walau bagaimanapun, pemaju, JMB atau MC mesti mempunyai rekod hutang-hutang bagi setiap unit. Mungkin ada unit yang berhutang RM100, mungkin ada yang RM1,000 dan mungkin ada yang tidak berhutang langsung. Setelah hutang-hutang itu dipindahkan ke

SUAMI ISTERI BERLAGA KEPALA, ORANG LUAR BERSORAK SURUH BERCERAI

Pada hari Rabu lepas, Pengarah JAIS telah dijemput untuk memberi penerangan kepada Exco tentang penangkapan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis. Exco perlu mendengar penjelasan dari JAIS kerana isu tersebut telah menjadi panas apabila menjadi bahan perbincangan dan perbahasan masyarakat. Sama ada di kaki lima atau di dalam internet. Tetapi Exco mahu mendengar terus dari JAIS bukan dari pihak kedua, ketiga atau keempat seperti melalui akhbar dan blog. Tetapi taklimat tidak panas seperti di luar. Perbincangan diadakan. Keputusan diambil dan tindakan-tindakan susulan dipersetujui. Itu sahaja. Mungkin akan mengecewakan penulis-penulis blog yang terpaksa menggunakan imaginasi dan kepakaran mereka mencipta mitos untuk menarik pelayar-pelayar maya. Exco hari itu bermula jam 2.00 petang kerana YAB Dato’ Menteri Besar perlu menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja di sebelah pagi. Ianya telah berakhir pada jam 6.15 petang. Ramai Exco Islam telah terus ke pejabat mereka untuk solat.

INFAQ : SATU JIHAD DAN TARBIYYAH

Seperti yang telah diamalkan sejak bertahun-tahun, di antara pendapatan utama PAS Kawasan adalah infaq bulanan dari Cawangan-Cawangan. Selalunya ahli-ahli Cawangan akan membayar infaq tetap kepada Cawangan mereka. PAS Kawasan juga membayar infaq bulanan kepada PAS Negeri. Begitu juga PAS Negeri membayar infaq kepada PAS Pusat tetapi saya kurang pasti sama ada bulanan atau tahunan atau mungkin dari masa ke semasa. Setiap wakil rakyat PAS tidak kira Exco, ADUN atau ahli Parlimen membuat potongan 30 peratus dari gaji pokok mereka kepada PAS. Malah wakil-wakil rakyat yang telah pencen juga diwajibkan membuat sumbangan bulanan kepada PAS. Selain dari itu sumbangan juga diwajibkan bagi pelbagai peringkat Parti dari masa ke semasa untuk perkara-perkara seperti pilihanraya kecil, pilihanraya umum, Muktamar, tamrin, ijtimak, majlis-majlis Hari Raya dan pelbagai program-program Parti yang lain. Ada orang mengganggap kekerapan PAS memohon sumbangan dari ahli-ahlinya sebagai satu kelemahan, memin

Sarapan Bersama ADUN Pada 8 November 2009

Dijemput ahli-ahli dan rakyat untuk bersarapan bersama ADUN,    Tarikh : Ahad 8 November 2009 Masa : Mulai 8 pagi Tempat : Rumah Sdra Iskandar, 8 Jalan Kencana 25, Taman Kencana, Pandan Indah.   Harap dapat panjangkan jemputan ini kepada semua ahli dan penduduk.