Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah RM2 Bukan RM300.

Borang permohonan untuk membeli rumah kos rendah adalah hanya RM2 sekeping. Oleh itu, saya amat terkejut apabila menerima aduan bahawa terdapat mereka yang menawarkan borang-borang tersebut dengan harga setinggi RM300. Saya menasihatkan mereka yang ditawarkan borang-borang itu lebih tinggi dari harga yang sebenar agar membuat laporan Polis atau melaporkanya terus kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor di Shah Alam. Borang-borang itu boleh didapati dari Lembaga Perumahan atau dari mana-mana Pejabat Daerah. Kerajaan negeri tidak pernah melantik mana-mana agen untuk mengedarkan borang-borang tersebut. Kerajaan negeri juga tidak melantik mana-mana pihak untuk memproses sebarang permohonan. Semua permohonan akan diproses oleh Lembaga Perumahan. Oleh itu, dakwaan bahawa ada pihak yang boleh membantu mendapatkan kelulusan untuk membeli rumah kos rendah adalah tidak benar. Rumah-rumah kos rendah dibina oleh pemaju tetapi mereka tidak boleh menjualnya terus kepada sesiapa sahaja. Mere...

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA ADUN CHEMPAKA 22 MAC 2010 DI KG PANDAN

FORUM EHWAL ISLAM DI DATARAN NURUL HIDAYAH, KG PANDAN 20 MAC 2010 BERSAMA YB DATO' MOHD. AMAR ABDULLAH (EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN), YB DR ABDUL RANI OSMAN (ADUN MERU) DAN USTAZ DZIA UL HAQ HASHIM (MODERATOR) ANJURAN PUSAT KHIDMAT ADUN CHEMPAKA.

EXPLORACE PANDAN 21 MAC 2010 ANJURAN ALTERNATIVE RIDING CLUB (ARC).

SEKITAR KONVENSYEN TARBIYYAH PANDAN 20 MAC 2010

TARBIYYAH HARAKI USTAZ IDRIS AHMAD DI PANDAN INDAH 18 MAC 2010

TINDAKAN MESTI DIAMBIL KE ATAS SETINGGAN WARGA ASING

Kerajaan Negeri Selangor menafikan bahawa polisi berunding dengan penduduk setinggan sebelum melakukan perobohan telah mengakibatkan penempatan-penempatan setinggan warga asing di negeri ini tidak terkawal. Terdapat tuduhan yang mengatakan kawasan-kawasan tersebut merupakan punca kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa pengecualian perobohan untuk rundingan hanyalah untuk rumah kediaman warganegara Malaysia yang dibina sebelum Jun 2008. Oleh itu, penempatan setinggan warga asing tidak dikecualikan dari tindakan perobohan. Perobohan penempatan-penempatan warga asing telah dilaksanakan seperti di Ampang dan Petaling Jaya. Kerajaan negeri amat prihatin terhadap kebajikan rakyat tetapi tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengambil kesempatan. Pihak-pihak berkuasa tempatan sedia maklum akan tindakan yang perlu diambil ke atas semua penempatan-penempatan warga asing. Mereka mesti mengambil tindakan segera ke atas sebarang usaha untuk mewujudkan penempatan b...

BERSAMA-SAMA SEBAHAGIAN DARI PENERIMA-PENERIMA SUMBANGAN TAHUN BARU CINA DARI DUN CHEMPAKA

RM1.6 JUTA UNTUK BAIK PULIH LIF DI 3 KAWASAN RUMAH KOS RENDAH

Pada majlis kesyukuran sempena lawatan tapak ke kawasan pangsapuri kos rendah Taman Ampang Mewah 5 Mac lepas, saya telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membaik pulih lif di 3 kawasan rumah kos rendah. Selain dari Taman Ampang Mewah di Ampang, dua lagi kawasan adalah Desa Mentari di Petaling Jaya dan Taman Permai Indah di Klang. 3 kawasan ini merupakan sebahagian dari 5 kawasan rumah kos rendah yang akan dibaiki bagi fasa pertama. 5 lagi kawasan akan dibaiki untuk fasa kedua. Kerja-kerja membaik pulih untuk 3 kawasan itu akan bermula pada bila-bila masa. Kontraktor-kontraktor telah dilantik dengan kos melebihi RM1.6 juta.

ARKED MARA DI KULAI

Dulu namanya Arked Mara tapi sekarang D'Mara. Ia memberi peluang kepada orang-orang Melayu untuk berniaga di bandar-bandar besar yang sewanya mahal. Tapi di banyak pembangunan-pembangunan baru telah tidak kelihatan lagi D'Mara. Terpaksa orang-orang Melayu berniaga di tepi-tepi jalan. Dihambat dan dihalau sesuka hati. Bagaikan anjing kurap.

IDRIS DAN ISMAIL DI KULAI 6.45 PAGI

UMNO MASUK PAS: MODAL ORANG BANKRAP POLITIK

Isu orang PAS masuk UMNO adalah isu lapuk yang hanya dibangkitkan oleh mereka yang mengamalkan politik yang bankrap demi 'political survival' mereka. Ianya hanya bagi yang telah kehabisan modal atau putus harapan. Bagi UMNO yang telah ditolak rakyat amat penting bagi mereka jika rakyat mempercayai bahawa ada orang PAS yang hendak masuk UMNO atau sekurang-kurangnya PAS hendak bekerjasama dengan UMNO. Ianya diharapkan dapat memulihkan imej UMNO atau mengembalikan kredibiliti parti itu. Hakikatnya UMNO mahu menumpang imej PAS yang bersih untuk turut nampak bersih. Orang jahat perlu berkawan dengan orang baik untuk turut nampak baik. Mereka yang terus membangkitkan isu orang PAS hendak masuk UMNO atau PAS hendak bekerjasama dengan UMNO sebenarnya sedikit sebanyak membantu UMNO. Tidak kiralah jika ia dilakukan secara sedar atau tidak sedar. Atau dilakukan oleh orang-orang PAS sendiri. Mungkin membangkitkan isu PAS masuk UMNO ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan publis...

SYABAS : PENDUDUK DIHUKUM, PEMAJU TERLEPAS.

Saya kerap mendapat aduan dari penduduk pangsapuri yang telah dipotong bekalan air oleh Syabas kerana terdapat bil-bil yang tertunggak. Kadang kala ianya berlaku bukan akibat dari kesalahan penduduk semata-mata kerana bil-bil tersebut adalah yang ditinggalkan oleh pemaju. Apabila penduduk mengambil alih pentadbiran pangsapuri mereka seperti dengan penubuhan JMB, mereka kadang kala menerima bil air tertunggak yang tidak dibayar oleh pemaju. Penduduk pula tidak dibenarkan membuka akaun baru dengan Syabas sehingga bil tertunggak itu dibayar sepenuhnya. Terdapat penduduk yang mendapat bil berpuluh-puluh ribu ringgit dan bekalan air mereka akan dipotong jika mereka tidak membayar bil itu. Syabas sepatutnya menuntut bil tersebut dari pemaju bukan dari penduduk. Penduduk pula mesti dibenarkan membuka akaun yang baru. Mungkin penduduk juga bersalah kerana tidak membayar air yang diguna kepada pemaju dan pemaju seterusnya tidak membayar kepada Syabas. Tetapi pemaju juga bersalah kerana gagal m...