Wednesday, June 30, 2010
Perangai-perangai Umno yang wajib dijauhi oleh ahli-ahli PAS
2. Kalau tak disediakan bas air cond tak datang program.
3. Kalau tak dibayar atau tak dapat T-shirt tak datang program.
4. Kalau mesyuarat takde cerita lain tapi cerita projek.
5. Kalau tak dapat peruntukan, tak gerakkan Cawangan.
6. Kalau tak dapat projek, tak gerakkan Cawangan.
7. Kalau tak dapat projek, nak letak jawatan.
8. Kalau dapat kontrak dengan kerajaan, caj gila-gila.
9. Kalau minta bagi derma akan kata, "Takde idea lain ke?".
10. Kalau jumpa pemaju atau kontraktor atau sape saja yang boleh dikelentong, tawar diri jadi broker.
( Bersambung )
Pergi mesyuarat sampai jam 5 pagi......
Kalau difikirkan hebat betul orang Sg. Besar yang boleh datang mesyuarat dan program-program lain di Shah Alam hingga jauh malam. Begitu juga orang Tg. Karang. Begitu juga orang Sabak Bernam yang lebih jauh. Sudah tentu jam 2 atau 3 pagi sampai rumah. Atau jam 5 kalau terlalu penat dan terpaksa tidur tengah jalan.
Bandingkan dengan kita yang markas tak sampai 15 minit dari rumah tapi bila dipanggil datang mesyuarat atau hadir program, banyak alasan dibaginya. Itulah bezanya di antara yang bersungguh-sungguh berjuang dan yang hanya sekadar bercakap sahaja.
Teringat masa zaman dulu-dulu. Masa baru kahwin. Masa belum ada jalan 4 lorong ke Sabak Bernam. Pernah beri kursus PACA di markas lama di Sg. Besar. Bertolak dari Keramat bersama isteri jam 5.00 petang dan tiba di markas itu ketika orang azan Isyak. Jauhnya ketika itu!
Kemudian dalam perjalanan balik, terlalu mengantuk. Terpaksa tidur dalam kereta bersama isteri di tol Batu Tiga. Terjaga sebelum Subuh dan dapat solat Subuh di rumah. Walau pun perit tetapi nikmatnya perjuangan bila ianya susah.
Tuesday, June 29, 2010
Lawatan ke Sg Besar 29 Jun 2010
Umno curi api dan air.....
Nampak sungguh jahat UMNO. Sudahlah dewan-dewan orang ramai dijadikan dewan Umno, bil-bil air dan api pun tidak dibayar.
Monday, June 28, 2010
Ahli PAS pun ada tuntutan
Sebagai wakil PAS di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, saya kerap menerima memorandum dan tuntutan dari para ahli dan penyokong.
Kebanyakan tuntutan tersebut adalah berkaitan dengan Islam atau masalah yang dihadapi oleh umat Islam.
Di antara perkara-perkara yang dibangkitkan adalah yang melibatkan kawalan penjualan dan penggunaan arak oleh umat Islam. Kewujudan kedai-kedai judi di kawasan umat Islam dan juga yang dilanggani oleh umat Islam turut dibangkitkan. Masalah keruntuhan moral di kalangan remaja Islam juga membimbangkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong.
Perjuangan PAS adalah perjuangan yang bertunjangkan aqidah dan ianya bukan bersifat materialistik maka tuntutan-tuntutan seperti itu adalah sesuatu yang semulajadi bagi ahli-ahli dan penyokong-penyokong. Dasar PAS tidak pernah berubah dari tahun 1951. Hanya pendekatan yang berbeza-beza. PAS adalah sebahagian dari rangkaian gerakan Islam sedunia. PAS adalah harapan umat Islam di negara kita.
Tuntutan pula bukan sekadar tuntutan semata-mata tetapi ada yang menuntut Exco-Exco PAS meletakkan jawatan jika gagal memenuhi tuntutan mereka. Malah ada pula yang mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi pembangkang jika perkara-perkara yang PAS perjuangkan tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Adalah menjadi tanggung jawab seorang pemimpin untuk menilai sebarang tuntutan dengan penuh kebijaksanaan dan kesabaran. Sebagai ahli-ahli PAS, tempat rujukan kita adalah Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias. PAS adalah penerusan kepada usaha-usaha para Nabi dan Rasul. Kerja-kerja yang dilakukan oleh PAS pernah dilakukan sepanjang zaman oleh para pejuang-pejuang Islam. Kita mempunyai sumber rujukan yang begitu luas untuk menyelesaikan sebarang masalah. PAS mungkin tidak ada pengalaman atau mempunyai pengalaman yang terhad berkongsi kuasa mentadbir sebuah negeri berbilang kaum seperti Selangor tetapi khazanah ilmu Islam sungguh kaya dan luas untuk menjadi pembimbing.
Jom tiru macam Karpal Singh
Kita tidak bersetuju dengan pendirian beliau tetapi kita patut kagum dengan ketegasan Karpal mempertahankan prinsip beliau dan parti beliau.
Kita juga berharap agar pimpinan dan ahli PAS tegas dan tidak berselindung apabila menyatakan pendirian PAS. Sama ada ia boleh dilaksanakan cerita lain, yang penting rakyat terutamanya rakan-rakan Pakatan Rakyat kita jelas akan pendirian PAS.
Kadang kala hendak memberi penjelasan tentang arak dan judi pun berselindung-selindung. Itu pun belum lagi hendak bercerita tentang hudud dan qisas.
Saturday, June 26, 2010
Siapa Setiausaha Sulit Nabi?
Khir Toyo cuba lancar "psy war"
2. Kata bekas MB Selangor itu, bukan PKR yang menjadi kuasa penentu di Selangor tetapi DAP.
3. Jadi Khir Toyo telah mula melancarkan "psy war" beliau.
4. Dalam keadaan Umno Selangor yang kucar kacir, dituduh lembab dan Setiausaha Perhubungannya Satim Diman dikatakan mahu meletakkan jawatan maka sudah tentu Khir Toyo dan Umno akan mencuba sesuatu.
5. Tetapi kenyataan beliau bukanlah untuk memberi komen tentang perkembangan terkini tetapi hanya untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
6. Ini tidak menghairankan kerana orang Melayu, terutamanya di luar bandar, adalah sasaran Umno.
7. Orang Melayu bandar dan orang Cina telah lama menolak mereka.
8. Tetapi buat pertama kali sejak media mula mengada-adakan cerita, kewujudan parti selain dari PKR disebut walaupun dengan berniat jahat.
9. Selangor diperintah bersama.
10. Media yang mencipta dongeng ini terlupa di Selangor ada PAS dan ada DAP.
11. Tidak ada parti yang boleh memerintah bersendirian.
12. Tanpa persetujuan semua parti, kerajaan pun tidak dapat dibentuk.
Friday, June 25, 2010
Kenapa orang PAS tak bergaduh rebut projek.
Adab kena jaga. Nama baik jemaah Islam kena jaga. PAS tu penerusan kerja-kerja para Rasul. Ahli yang baru masuk pun tahu. Jadi tindakan mereka tentu tidak sesuka hati. Ada rasa segan. Ada rasa malu nak buat tak senonoh. Mereka tahu yang akan malu bukan PAS aje tapi Islam itu sendiri. Mereka tahu amanah yang dibawa. Tanggung jawab yang dipikul.
Kedua mungkin PAS tu parti lama. Terdapat ahli PAS yang masih hidup yang dah berjuang sejak tahun 50-an. Kalau setakat dari tahun 70-an dan 80-an pun berlambak. Mereka ni pula takde kepentingan. Ikhlas. Bukan kaki projek.
Jadi susah nak cari ahli-ahli yang kata kami dah berjuang lama dan kami patut dapat projek. Ada rasa malu alah kepada orang-orang lama.
Kalau yang rasa tak malu, yang muka tebal tapi lambat laun pun akan rasa malu. Sebab ahli PAS cukup terasa, cukup sakit hati kalau ada yang kata, "Rupanya selama ni nak projek lah tu".
Lebih-lebih lagi kalau ada Exco atau ADUN mulut tak makan saman yang selamba berkata, "Lu sapa, masa orang sibuk-sibuk kena belasah dengan FRU tak nampak pun muka kamu" atau "Masa saya rasmikan cawangan kamu, tak nampak pun".
PAS ni perjuangan aqidah. Ahli-ahli PAS nak tengok hukum-hukum Islam terlaksana. Atau paling tidak peraturan-peraturan Islam diambil kira. Ini yang dihitung-hitung. Bukan projek atau jawatan dalam GLC. Yang belajar agama dan yang tak belajar agama pun faham. Inilah dasar perjuangan PAS.
Thursday, June 24, 2010
Apa muslihat siar filem Melayu masa solat Jumaat?
2. Ia disiarkan setiap hari Jumaat bermula dari jam 12.30 tengah hari.
3. Minggu ini 'Ghazal Untuk Rabiah' yang dibintangi oleh Jamal Abdillah.
4. Adakah ia satu usaha untuk menarik orang Melayu supaya menonton TV dan tidak menunaikan solat.
5. Supaya mereka asyik menonton hingga tertinggal Jumaat.
6. Adakah ia juga satu perancangan APCO?
Mempertahankan Kg. Baru bukan isu perkauman
Dalam ceramah pada 24 Jun itu, beliau berkata sedemikian kerana tidak ada orang Cina yang menuntut untuk membangunkan kampung yang berusia lebih 100 tahun itu.
"Hanya UMNO yang bersungguh-sungguh mahu melenyapkan ciri-ciri Kg. Baru yang asal", tambah Mahfuz.
Katanya lagi, UMNO seolah-olah mahu menghalau orang Melayu keluar dari bandar. Ia hanya akan mengganggu keseimbangan kaum di ibukota.
Tanggung jawab ahli di dalam perkongsian kuasa
Tetapi jika kerjasama itu boleh mendatangkan kemudharatan maka tidak wajar berlaku sebarang kerjasama. Kepentingan Islam adalah lebih utama dari sebarang jawatan atau kedudukan.
Walau bagaimanapun menjadi tugas pimpinan malah ahli-ahli untuk memastikan terdapat manfaat kepada Islam hasil dari sebarang kerjasama. Lebih-lebih lagi jika kerjasama itu berjaya menubuhkan sebuah kerajaan maka setiap peluang mesti digunakan untuk memperkasakan Islam. Anugerah sebuah kerajaan tidak sepatutnya disia-siakan.
Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah masuk tahun ketiga. Kehadiran PAS di dalam kerajaan tersebut telah dapat memberi ruang yang lebih luas bagi Islam untuk berperanan.
Walaupun tidak 100 peratus yang diperjuangkan oleh PAS sejak penubuhannya dapat dilaksanakan namun ruang untuk berdakwah sekarang terbuka seluas-luasnya. Masjid-masjid yang di bawah Barisan Nasional disekat peranannya sekarang ini menjadi pusat-pusat ilmu. Ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali Islam yang sebenarnya dan akhir menerimanya sebagai satu cara hidup yang lengkap.
Oleh yang demikian pimpinan dan ahli PAS di Selangor mesti menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada untuk memperkukuhkan Islam. Mereka juga tidak seharusnya menyamakan Selangor dengan Kelantan.
Walau bagaimanapun, kita mestilah memberi penjelasan yang sebenarnya tentang Islam terutamanya kepada masyarakat bukan Islam. Janganlah disebabkan kepentingan politik atau takut kehilangan undi kita menyembunyikan Islam dari masyarakat.
Dunia Barat telah meletakkan Islam di dalam kandang orang salah dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Jangan pula kita turut meletakkan Islam di kandang orang salah kerana takut untuk mempromosikan Islam yang sebenarnya.
Kita hendaklah yakin bahawa Islam itu mempunyai kekuatannya tersendiri dan relevan sepanjang zaman maka menjadi tugas kita untuk menyebarkan risalahnya.
Ahli Parlimen Sabak Bernam tipu Parlimen dalam isu pasir
2.) Tapi sebenarnya untuk 3 tahun sebelum PR mengambil alih, pendapatannya adalah RM7 juta bagi 2005, RM8 juta bagi 2006 dan RM9 juta bagi 2007.
3.) Pendapatan di bawah PR adalah RM12 juta bagi 2008, RM12 juta bagi 2009 dan RM6 juta sehingga Mei untuk 2010.
4.) Pendapatan di bawah PR pula tidak termasuk pendapatan Kumpulan Semesta.
5.) Penipu betul Umno!
Wednesday, June 23, 2010
PTPN tidak peduli pelajar-pelajar KUIS hidup atau mati
2.) PTPN mahu KUIS memberi penjelasan kenapa tiada lagi tindakan ke atas pelajar itu.
3.) MENURUT PTPTN, SEHINGGA PENJELASAN DIBERI, TIDAK ADA PELAJAR-PELAJAR BARU KUIS AKAN MENDAPAT PINJAMAN PTPTN.
4.) Perkara ini telah dibawa kepada perhatian MB dan Exco-Exco oleh YB Dr. Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor.
5.) UMNO kata mereka pejuang orang Melayu tapi nampaknya Kerajaan Umno-BN tidak peduli sama ada anak-anak Melayu boleh belajar atau tidak setelah tidak mendapat pinjaman.
Tuesday, June 22, 2010
MB Selangor lantik Setiausaha Politik baru!
Monday, June 21, 2010
Tinjauan kerja-kerja baik pulih lif di Desa Mentari, Petaling Jaya 22 Jun 2010.
Pakej 1 - Blok 1 - 8 ( 19 unit ) : 70 peratus siap
Pakej 2 - Blok 9 - 10 ( 8 unit ) : 40 peratus siap
Dijangka siap sepenuhnya 30 Jun 2010
Kursus Kemahiran Di Inpens, Kuala Selangor.
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah,
1.) Juruteknik Kenderaan Motor ( Automotif )
2.) Juruteknik Elektrik
3.) Juruteknik Elektronik
4.) Juruteknik Sistem Komputer
5.) Pelukis Pelan Mekanikal,
6.) Penyejukbeku Dan Penyaman Udara
7.) Pembuat Pakaian Wanita
8.) Jurukecantikan Dan Juruestetik
9.) Pendandan Rambut.
-Jangkamasa kursus 6 bulan.
-Berasrama penuh, percuma dan wang saku RM100 sebulan diberikan.
-Pernah menduduki SPM dan berumur 17 tahun ke atas.
-Terbuka kepada warganegara Malaysia dan semua kaum.
-Peluang melanjutkan pengajian selepas tamat.
-Sila hubungi saya di 019 298 9835 atau pusat khidmat saya di 03 9283 3835 jika berminat sebelum 30 Jun 2010.
Umno sanggup burukkan Islam untuk menghadapi PAS
2. Untuk mengekang sokongan rakyat terhadap PAS, Umno sanggup memburukkan Islam.
3. Dikaitkan Islam dengan keganasan agar rakyat takut kepada PAS yang dituduh macam-macam.
4. Dikatakan rakyat tidak selamat kerana ada ancaman besar yang sedang menunggu.
5. Inilah Umno yang sanggup memburukkan agama sendiri untuk mencapai matlamat mereka.
Piala Dunia : Di antara strategi dan kekuatan fizikal
Dari segi kekuatan fizikal, pemain-pemain Afrika mengatasi pemain-pemain Eropah dan Amerika Selatan. Saiz tubuh mereka juga lebih besar. Tetapi kenapa pasukan-pasukan Afrika gagal menyaingi pasukan-pasukan Eropah dan Amerika Selatan?
Pada saya pasukan-pasukan-pasukan Afrika gagal kerana dari segi strategi dan taktik mereka gagal menyaingi pasukan-pasukan tersebut. Ghana berhadapan dengan Australia yang hanya tinggal 10 pemain tetapi gagal memanfaatkan kelebihan dan tidak dapat menjaringkan gol. Cameroon pula mengasak Denmark bertubi-tubi kali tetapi gagal menjaringkan sebarang gol walhal Denmark dengan hanya serangan-serangan mengejut dapat menjaring gol dan menang.
Dari segi kawalan emosi dan ketahanan mental, pasukan-pasukan Afrika juga ketinggalan. Nigeria telah mendahului Greece tetapi akibat gagal mengawal emosi seorang pemain Nigeria telah dibuang padang. Akibat dari kejadian itu, Greece telah bangkit dan menang.
Strategi, taktik, ketahanan mental dan kawalan emosi bukan sahaja penting di dalam bolasepak dan sukan tetapi di dalam sebarang pekerjaan.
Banyak yang boleh dipelajari dari Piala Dunia. Ia bukan sekadar sukan sahaja.
Sunday, June 20, 2010
Orang Cina pun tahu duit judi haram!
Secara berjenaka beliau meminta kawan Cina itu membelanja beliau makan. Tetapi kawan Cina itu berkata, "You orang baik, orang sembahyang tak boleh makan ini duit, lain kali saya belanja dengan lain punya duit".
Umno sahaja buat-buat tidak tahu duit judi itu haram.
Sekolah dah mula semula!
JANGAN JADIKAN RAMADHAN BAHAN DAGANGAN
Saya ingin mengingatkan Menteri Pelancongan Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen bahawa bulan Ramadhan bukanlah satu bahan dagangan seperti kain batik yang boleh dijual beli.
Pada 10 Jun lepas, beliau telah mengumumkan bahawa satu Pesta Ramadhan akan diadakan di I-City, Seksyen 7, Shah Alam bertujuan untuk menarik pelancong Arab. Pesta yang akan dianjurkan pada bulan Ogos ini menurut blog beliau akan dipenuhi dengan "food, shopping and fun filled activities" atau "makanan, membeli-belah dan kegiatan bersuka-ria".
Katanya, "Tents will be erected where tourists can do their late night shopping while enjoying buffet spreads including Middle Eastern cuisine and cultural performances ala Samara festivals" atau "Khemah-khemah akan didirikan di mana para pelancong boleh membeli belah sehingga larut malam di samping menikmati makanan termasuk makanan Timur Tengah dan pertunjukan kebudayaan ala pesta Samara".
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, bulan ibadah. Umat Islam akan berlumba-lumba untuk mengejar ganjaran-ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Ganjaran kepada amalan-amalan mereka akan digandakan. Selain dari berpuasa di bulan Ramadhan, pada lazimnya bulan tersebut akan dipenuhi dengan solat-solat sunat seperti solat Tarawih, membaca Al-Quran, menghidupkan malam dengan amalan-amalan sunat seperti solat Tahajud dan bersedekah.
Nampaknya Ramadhan yang mahu dipasarkan kepada pelancong-pelancong Arab oleh Kementerian Pelancongan adalah jauh berbeza dari Ramadhan yang dikenali oleh umat Islam. Makan dan membeli-belah bukannya tidak boleh tetapi ianya bukan perkara yang paling utama pada bulan Ramadhan. Ia tidak sepatutnya menjadi matlamat utama pada bulan tersebut. Tetapi Ramadhan adalah bulan latihan. Melatih umat Islam supaya bersabar, melatih umat Islam supaya memahami akan perasaan fakir miskin yang terpaksa menahan lapar dan melatih umat Islam supaya dapat mengawal hawa nafsu.
Saya tidak hairan Dr. Yen tidak memahami konsep Ramadhan di dalam Islam tetapi saya menyalahkan pemimpin Islam Barisan Nasional yang gagal memberi penerangan tentang kedudukan sebenar bulan Ramadhan di dalam Islam.
Kelantan sejak diperintah oleh PAS telah selama 20 tahun menganjurkan program sempena meraikan bulan Ramadhan yang dinamakan Ihya Ramadhan. Tetapi ianya bertujuan untuk meningkatkan amalan dan ibadat rakyat. Ianya dihiasi dengan berbuka puasa ( iftar ) beramai-ramai, solat tarawih berjemaah, bacaan Al-Quran, tazkirah dan qiyamulail.
Tarikh Pilihanraya Umum : Perlukah Kerajaan Negeri Ikut Kerajaan Pusat?
Ini bukan kali pertama rakyat mendengar tentang Barisan Nasional akan mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 lebih awal. Pilihanraya umum tidak perlu diadakan sehingga Mac 2013.
Saya tidak tahu apa sebabnya jika benar-benar BN hendak mengadakan pilihanraya umum lebih awal. Mungkin PM hendak mendapatkan mandat baru. Wakil-wakil rakyat lepas dipilih semasa zaman Pak Lah. Mungkin PM hendak menggantikan mereka dengan orang-orang beliau dan membersihkan kerajaan dari saki baki orang-orang Pak Lah.
Atau PM dan penasihat-penasihat beliau merasakan jika diadakan pilihanraya awal, BN boleh memperolehi keputusan yang lebih baik dari 2008.
Tetapi perlukan Kerajaan Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri apabila PM membubarkan Parlimen? Sebenarnya tidak perlu.
Dalam tahun 2008 Kerajaan PAS Kelantan dan pada tahun 2004, Kerajaan PAS Terengganu membubarkan Kerajaan Negeri selepas pembubaran Parlimen. Pilihanraya untuk memilih ADUN-ADUN Kelantan dan Terengganu diadakan semasa pilihanraya umum. Mungkin kerajaan negeri beranggapan jika pilihanraya untuk kerusi-kerusi ADUN diadakan berasingan dari pilihanraya umum, jentera BN akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pilihanraya negeri.
Walau bagaimanapun hari ini terdapat 4 negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kenapa tidak Dewan Undangan Negeri di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dibubarkan serentak? Menurut keperluan Pakatan bukan menurut keperluan BN. Jika pilihanraya negeri di 4 negeri ini berjalan serentak maka jentera BN terpaksa memberi tumpuan kepada 4 negeri. Lainlah jika 1 atau 2 negeri sahaja yang tidak dikuasai BN.
Oleh itu, jika Parlimen dibubarkan pada awal 2011 maka negeri-negeri Pakatan boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri bila-bila masa sebelum Mac 2013.
Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan terutamanya yang hanya mendapat kuasa dalam tahun 2008 sudah tentu memerlukan masa untuk melaksanakan program-program mereka agar dapat membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan mereka telah berjaya menggantikan BN. Dua atau tiga tahun adalah terlalu singkat. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun membuktikan kepada rakyat. Contohnya program-program pembangunan seperti projek-projek perumahan perlu sekurang-kurangnya empat tahun untuk disiapkan.
Mungkin juga itu sebabnya BN mahu pilihanraya lebih awal. Agar agar agenda-agenda kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat hanya siap separuh jalan ketika pilihanraya umum.
Saturday, June 19, 2010
Dakwaan ugutan bunuh di Klang : Kita tunggu sahaja siasatan pihak polis
Saya tidak tahu sama ada ugutan itu benar atau untuk menagih simpati atau kerana beliau kepanasan kerana rasa bersalah. Adalah lebih baik sekiranya siasatan pihak polis yang menentukannya.
Saya juga tidak tahu siapa yang begitu marah kepada penduduk tersebut sehingga mahu membunuhnya. Tetapi Taman Permai Indah adalah di antara 3 kawasan rumah kos rendah yang menerima bantuan membaik pulih lif dari kerajaan negeri. Saya telah menerima banyak permohonan dari kawasan-kawasan lain untuk bantuan tersebut. Taman Permai Indah amat bernasib baik. Kerajaan BN sebelum ini tidak menghulurkan bantuan sedemikian kepada penduduk. Menyelenggara dan membaik pulih lif adalah tanggung jawab penduduk bukan kerajaan negeri. Tetapi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor begitu prihatin mahu membantu rakyat.
Oleh itu, saya tidak hairan jika ada orang di Selangor yang begitu marah kepada penduduk yang mendakwa menerima ugutan itu. Kerajaan negeri telah memilih kawasan tersebut untuk dibaik pulih tetapi satu demonstrasi telah diadakan terhadap kerajaan negeri kerana projek membaik pulih itu terlewat sedikit. Penduduk rumah-rumah kos rendah lain di Selangor yang tidak dibantu oleh kerajaan negeri sudah tentu akan marah kepada beliau. Malah ada pihak yang berkata kerajaan negeri membuat kesilapan membantu Taman Permai Indah kerana banyak lagi kawasan perumahan kos rendah yang boleh memberi kerjasama kepada kerajaan negeri. Kawasan-kawasan itu sepatutnya dipilih oleh kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun saya yakin hanya segelintir penduduk sahaja yang termakan dengan hasutan mereka yang mahu mempolitikkan isu membaik pulih lif itu. Sebelum ini hampir semua lif di kawasan tersebut tidak dapat digunakan. Sudah tentu seorang yang waras akan berterima kasih dengan usaha-usaha kerajaan negeri ini walaupun kerja-kerja membaik pulih tersebut terlewat sedikit.
Kerajaan negeri pula begitu adil kerana Taman Permai Indah bukan berada di dalam DUN Pakatan Rakyat. Bantuan diberikan di atas dasar keperluan bukan di atas pertimbangan politik sepertimana di zaman Barisan Nasional.
Saya telah mengumumkan akan membentuk satu jawatankuasa penyiasat untuk menentukan sama ada kecurian dan kerosakan kepada alat-alat ganti lif-lif itu adalah satu tindakan sabotaj. Saya yakin penubuhan jawatankuasa ini akan menyebabkan sesetengah pihak merasa panas.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor
19 Jun 2010
Ke pub dulu sebelum ke surau?
Friday, June 18, 2010
Di antara masyarakat majmuk dan masyarakat satu kaum
Saya tahu cadangan Tan Sri Khalid itu akan mendedahkan pelajar-pelajar Bumiputera kepada persaingan yang lebih kompetitif. Mungkin juga pelajar-pelajar itu akan didedahkan kepada nilai-nilai pembelajaran atau nilai-nilai lain yang baik yang ada pada pelajar-pelajar bukan Melayu.
Pelajar-pelajar juga bila bekerja kelak akan berurusan dengan rakan kerja dan masyarakat dari pelbagai kaum maka eloklah mereka dibiasakan dengan suasana tersebut terlebih awal.
Tetapi benarkah dalam suasana yang berbilang kaum persaingan akan menjadi lebih kompetitif? Mungkin benar kerana seseorang senang terasa tercabar atau rasa tidak selamat dan akan berusaha dengan lebih keras. Bukan sahaja di dalam suasana berbilang kaum tetapi dalam suasana berbilang jantina, persaingan akan menjadi lebih sengit. Yang lelaki mahu mengatasi yang perempuan dan sebaliknya.
Di Pandan ada kawasan-kawasan Melayu dan ada kawasan-kawasan pelbagai kaum. Cawangan-Cawangan PAS lebih senang ditubuhkan di kawasan berbilang kaum dari di kawasan-kawasan Melayu.
Cawangan-Cawangan di kawasan berbilang kaum juga adalah lebih aktif dengan lebih banyak program dianjurkan. Walaupun mengikut logiknya lebih senang dianjurkan di kawasan-kawasan yang ramai orang Melayu.
Cawangan-Cawangan PAS dari kawasan berbilang kaum pula lebih banyak menghasilkan pimpinan dan aktivis walaupun di kawasan-kawasan Melayu, peratusan orang Melayu melebihi 90 peratus.
Mengapa ini berlaku? Mungkin disebabkan di dalam kawasan Melayu, orang Melayu akan merasa selesa dan tidak tercabar. Sebab orang PAS juga orang Melayu maka gerak kerja mereka juga akan menjadi layu dan perlahan.
Saya selalu pergi ke pasar Cina Taman Muda selepas solat subuh. Pada jam 6.30 pagi pasar itu telah sibuk seperti jam 10.00 pagi di pasar biasa. Pasar tersebut telah mula sibuk sebelum jam 6.00 pagi. Saya selalu memberitahu anak-anak saya yang ikut sama, "Orang Cina dah buka kedai, orang Melayu masih tidur lagi".
Mungkin nilai seperti ini yang Tan Sri Khalid mahu pelajar-pelajar UiTM didedahkan.
Parlimen pindah ke Putrajaya, kembalikan Kuala Lumpur balik kepada Selangor!
Jadi Parlimen nak pindah. Kementerian-kementerian pun banyak dah pindah. Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan pun banyak dah pindah. Jadi bila nak pulangkan balik Kuala Lumpur kepada Selangor?
Dulu Kuala Lumpur diserahkan kerana ia merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Sekarang pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah di Putrajaya. Jadi apa tunggu lagi?
Thursday, June 17, 2010
Di antara pengganas dan buang bayi : Mana yang lebih mengancam?
Tapi bila ada pelajar institut pengajian tinggi dipenjara 12 bulan kerana membuang bayi takde pulak yang heboh. Takde pula yang nak tubuh jawatankuasa khas nak kaji berapa ramai lagi yang dah buang bayi. Pelajar-pelajar yang murtad pula bagaimana? Takde pula yang heboh-heboh.
Mungkin kalau heboh pun tak guna. Tak dapat pujian Obama. Tak dapat pujian Australia. Lainlah kalau tangkap pengganas, dapat minum teh di White House, di sanjung di Canberra. Ingat tak satu masa dulu, kita serahkan seorang pelajar UIA kepada Amerika kononnya dia adalah seorang pengganas? Al-Quran ajar kita jangan percaya orang fasiq tapi musuh Islam kita percaya bulat-bulat. Bukan itu saja, kita pun pernah dengar cerita kita benarkan ejen-ejen Thai menangkap pejuang Islam Patani di dalam negara kita dan bawa balik ke Thailand. Tapi sekarang berlagak anti Israel, nak tolong Palestin.
Itulah Malaysia. Pasal tangkap pengganas, kononnya kita nombor satu hebat. Tapi masalah Along pun tak boleh selesai. Walhal nombor Along ditampal merata-rata. Budak sekolah pun tahu yang mana satu Along. Tapi setiap hari ada saja kes Along pukul orang, ugut orang, simbah cat rumah orang dan macam-macam lagi yang mengerikan.
Kita perlu betulkan fokus kita. Tak payahlah jadi hero antarabangsa. Tangkaplah samseng-samseng Kg. Dusun dulu.
Bantahan halang MPAJ keluarkan kelulusan
Penduduk telah mengadakan demonstrasi pada 9 Jun lepas di Menara MPAJ, Pandan Indah ketika mesyuarat yang membincangkan pembangunan tersebut sedang berjalan. Akibat dari bantahan penduduk, MPAJ telah menangguhkan kelulusan untuk pembangunan itu. Pemaju pula telah diarah mengadakan dialog dengan penduduk.
Menurut penduduk, mereka tidak membantah pembangunan tetapi projek yang melibatkan sebuah menara 24 tingkat itu dibantah keras oleh mereka. Penduduk bimbang ia akan menyebabkan kesesakan trafik seperti di Taman Chempaka yang bersebelahan akibat dari pembinaan projek Menara Axis dan Axis Atrium.
Difahamkan penduduk mahu pembangunan yang berdensiti rendah. Mereka juga telah menulis surat kepada Menteri Besar Selangor tentang bantahan mereka. Tandatangan juga telah dipungut di masjid yang berdekatan.
Wednesday, June 16, 2010
Exco Selangor dihalang di Sukma
Elizabeth berkata pegawai tersebut mempersoalkan kenapa beliau dibenarkan menyampaikan pingat-pingat itu.
Akibat dari bantahan pegawai tersebut, Elizabeth berkata beliau telah hanya dijemput untuk menyampaikan pingat-pingat untuk satu acara sahaja walaupun pada mulanya beliau dijemput untuk dua acara. Bagi acara yang kedua, seorang Exco (Menteri) Sabah telah menggantikan beliau.
Tahun lepas saya telah ke Kuala Terengganu untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta Sukma negeri Selangor. Sempat menyaksikan perlawanan hoki. Tapi tahun ini setelah apa yang berlaku kepada Elizabeth, rasanya mungkin tidak ke Melaka. Nampaknya di Melaka, dalam sukan pun pilih-pilih parti.
Tuesday, June 15, 2010
SAYA TIDAK PERNAH MENUDUH BARISAN NASIONAL (BN) SABOTAJ KERJA-KERJA BAIK PULIH LIF DI TAMAN PERMAI INDAH, KLANG
Saya hanya mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menyiasat sama ada kecurian pada 11 Mei lepas merupakan usaha untuk menggagalkan kerja-kerja membaik pulih itu.
Selain dari kecurian, sebahagian dari alat-alat ganti telah juga rosak kerana dimasuki air.
Sehubungan itu, saya akan mengarahkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) supaya mempengerusikan satu jawatankuasa penyiasat.
Oleh itu, saya tidak faham kenapa pemimpin BN perlu marah dengan kenyataan saya bahawa siasatan itu untuk menentukan sama ada kecurian dan kerosakan itu satu sabotaj.
Mungkin juga mereka bimbang rakyat akan menuding jari kepada mereka kerana mereka telah mempolitikkan kerja-kerja membaik pulih itu sejurus setelah berlakunya kecurian dan kerosakan tersebut.
Menurut perancangan baru, kesemua lif-lif itu akan siap untuk diuji pada 30 Jun 2010. Lif-lif itu pula akan mendapat sijil-sijil kebenaran untuk digunakan dari pihak berkuasa selewat-lewatnya dua minggu selepas ianya diuji.
Lif-lif tersebut sedang dibaiki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui skim bantuan Kerajaan Negeri yang melibatkan 3 kawasan rumah kos rendah dengan kos melebihi RM1.6 juta.
Ketika Selangor diperintah oleh BN, penduduk tidak pernah mendapat bantuan membaik pulih seperti ini. Hanya sekarang terdapat pemimpin BN yang berjanji hendak membantu dengan memohon campur tangan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
ISKANDAR A. SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
16 Jun 2010
Ustaz Hasan dalam kenangan
Ada yang mengingati beliau sebagai bekas Timbalan Presiden PAS. Ada yang mengingati beliau sebagai Naib Presiden PAS, Setiausaha Agung PAS, Ketua Pemuda PAS atau Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Tetapi tentu ramai yang tidak akan melupakan dengan kisah-kisah tahun 60-an dan 70-an yang selalu diceritakan beliau.
Jika dibandingkan cerita orang-orang lama seperti Ustaz Hasan, kita akan terasa begitu kerdil. Satu cerita yang beliau selalu ulangi adalah bagaimana beliau pergi berceramah di Hulu Perak. Ketika itu di kampung-kampung tidak ada bekalan elektrik. Maka terpaksalah mereka membawa bersama pembesar suara dan bateri-baterinya sekali. Saya tidak tahu berapa besar atau berapa banyak bateri yang dibawa tetapi sudah tentu besar dan banyak jika mahu berceramah hingga satu kampung dapat mendengar. Tentunya sebesar bateri lori dan bukan satu atau dua. Jika kereta tidak dapat masuk ke kampung maka terpaksalah dipikul bateri-bateri dan corong-corong pembesar suara.
Ustaz Hasan juga kerap bercerita tentang betapa ganas Umno ketika itu dengan Pemuda Tahan Lasak. Beliau memberitahu jika berjalan malam beliau akan membawa peti yang penuh dengan botol-botol kosong di dalam keretanya. Botol-botol itu dapat digunakan untuk mempertahankan diri jika diserang Umno tetapi tidak dikira sebagai senjata jika ditahan polis.
Ramai orang muda apabila mendengar cerita dari orang-orang lama seperti Ustaz Hasan akan mendengar separuh hati sahaja. Tetapi mereka lupa orang tua pun pernah muda seperti mereka. Mungkin ketika muda lebih hebat dari mereka.
Pada saya kehebatan Ustaz Hasan yang paling saya kagumi adalah ketepatan waktu. Beliau begitu teliti menjaga masa. Kalau ada mesyuarat atau ceramah atau kuliah, beliau tidak akan datang tepat pada waktunya. Tetapi beliau akan datang jauh lebih awal. Banyak kali program-program semasa di Ampang Jaya dulu, Ustaz Hasan yang menyambut pimpinan Kawasan dan ahli-ahli walaupun ianya program Kawasan.
Apabila mengenang kembali ketika di Ampang Jaya dulu sebelum berpecah menjadi Gombak, Ampang dan Pandan, saya tidak akan dapat pisahkan Ustaz Hasan dari kuliyyah Tarbiyyah Haraki di Taman Dagang Jaya. Tarbiyyah Haraki setiap malam Jumaat di Pandan sekarang bermula dari Tarbiyyah Haraki di Ampang Jaya pada awal 90-an. Ketika itu saya adalah Setiausaha PAS Cawangan AU2.
Tarbiyyah Haraki ketika itu dipimpin oleh Ustaz Hasan yang membawa kitab Al-Hikam karangan tokoh Ikhwan Sheikh Abdul Kadir Audah. Ianya bukan malam Jumaat seperti di Pandan sekarang tetapi malam Rabu. Ianya bukan jam 9.30 atau 10.00 malam seperti sekarang tetapi selepas Maghrib. Selepas Maghrib? Ya, selepas Maghrib. Sekarang kita buat jam 10.00 malam pun ahli-ahli susah hendak datang, bayangkan apa akan terjadi kalau kita buat selepas Maghrib.
Tetapi dulu lain sekarang lain. Dulu Ampang Jaya jauh lebih luas dari Pandan. Tetapi ahli-ahli dari Klang Gate pun boleh hadir di Markas PAS Kawasan di Taman Dagang Jaya. Kalau ahli-ahli dari Keramat hendak ke Cheras Indah atau Taman Maju Jaya, terpaksa melalui Jalan Tun Razak. Sekarang hendak melintas MRR2 pun ramai yang malas. Mungkin kita telah terlalu selesa. Mungkin kita menunggu hukuman dari Allah.
Saya sempat bersalaman dengan Ustaz Hasan pada Muktamar di Kota Bharu. Tetapi saya tidak sempat berbual panjang dengan beliau. Ustaz Hasan pernah mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor membina rumah untuk orang-orang miskin dengan wang zakat. Saya berjanji hendak berbincang panjang dengan beliau tentang cadangan itu tetapi sekarang semuanya tinggal kenangan.
Monday, June 14, 2010
Selangor dan Kedah mungkin tumbang
Beliau berkata ahli-ahli PAS di negeri-negeri itu tidak sepatutnya merasa selesa. Katanya pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, PR telah kehilangan 6 peratus undi orang Melayu dan 10 peratus undi orang India.
Dato' Halim mahu ahli-ahli bekerja keras mendaftarkan pengundi-pengundi baru. Katanya terdapat 4 juta rakyat Malaysia yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi.
"Rugi jika tidak didaftarkan kerana 70 peratus pengundi muda tidak menyokong BN", tambah beliau.
LIF-LIF DI TAMAN PERMAI INDAH, KLANG SIAP DIBAIK PULIH MULAI 18 JUN INI
Walau bagaimanapun, pada 3 Mei 2010 sebahagian dari alat-alat ganti telah mengalami kerosakan apabila tempat menyimpannya di tapak telah dimasuki air.
Selain dari itu, pada 11 Mei 2010 terdapat alat-alat ganti yang diperbuat dari aluminium telah didapati dicuri. Kontraktor yang dilantik oleh PKNS telah turut membuat aduan bahawa mereka telah menerima ugutan ketika menjalankan kerja-kerja mereka.
Walaupun berhadapan pelbagai halangan, kerja-kerja membaik pulih terus berjalan dan tidak terhenti.
Menurut jadual baru, satu lif bagi setiap blok (Blok A, B, C dan D) akan siap untuk diuji pada 18 Jun 2010. Lif-lif itu pula dijangka akan mendapat sijil-sijil kebenaran untuk digunakan dari pihak berkuasa selewat-lewatnya dua minggu selepas ianya diuji.
Sementara lif kedua bagi blok-blok tersebut dijangka siap untuk diuji pada 30 Jun 2010. Sijil-sijil juga dijangka diperolehi selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh tersebut.
Kerajaan Negeri sedang menyiasat sama ada ugutan dan kecurian ini dilakukan oleh pihak yang mahu menggagalkan atau melambatkan kerja-kerja baik pulih lif ini.
Pertemuan telah diadakan pada 25 Mei 2010 di antara Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan wakil Pejabat Exco agar kecurian dan ugutan ini tidak akan berulang.
Adalah lebih bermanfaat jika penduduk dapat bersama-sama memikirkan masalah kecurian yang telah berlaku kerana Kerajaan Negeri bimbang selepas lif-lif itu siap dibaik pulih ia akan juga terdedah kepada kecurian dan vandalisme. Kerajaan Negeri berharap dapat bekerjasama dengan penduduk untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab.
Penduduk Taman Permai Indah bernasib baik kerana mereka di antara 3 kawasan perumahan yang terpilih untuk dibantu oleh Kerajaan Negeri. Kos membaik pulih lif bagi ketiga-tiga kawasan ini ialah RM1.6 juta. Terdapat banyak lagi kawasan yang memohon untuk dibantu oleh Kerajaan Negeri.
Secara amnya, penyelenggaran dan membaik pulih lif-lif bukanlah tanggungjawab Kerajaan Negeri tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab penduduk. Namun Kerajaan Negeri prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat dan telah melaksanakan program ini untuk membantu mereka.
Kerajaan Negeri difahamkan bahawa ada pihak yang berjanji untuk membantu penduduk tetapi janji ini dibuat setelah mereka kehilangan kuasa. Jikalau benar mereka ikhlas, kenapa tidak membantu penduduk ketika mereka berkuasa?
Malah, masalah yang dihadapi oleh penduduk kini adalah peninggalan dari zaman mereka. Saya berharap agar penduduk tidak akan tertipu dengan mereka yang hanya mementingkan masa depan politik mereka. Mereka hanya pandai memperalatkan rakyat sahaja.
Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
14 Jun 2010
Sunday, June 13, 2010
Lagi Cerita Bini Lama, Bini Baru.
Saranan itu telah disokong oleh wakil-wakil negeri lain. Terengganu dan Selangor di antara yang menyokong.
Walau bagaimanapun pada hari kedua ketika membahaskan usul pilihanraya, wakil Shah Alam berbeza pendapat. Kata beliau sebelum adanya PR, PAS tidak mendapat sokongan. Dari apa yang saya faham maksud beliau masa depan PAS adalah bersama PR dan tidak perlu memikir yang lepas-lepas.
Memang kita tetap bersama PR tetapi yang mana satu betul? Mungkin kedua-duanya betul. Kelantan pun betul. Shah Alam juga betul.
Kelantan telah 20 tahun merasai kemenangan. Dari zaman Angkatan Perpaduan Ummah. Sudah tentu mereka mahu menjaga pengundi-pengundi yang telah memenangkan mereka sejak 1990. Itulah undi teras.
Shah Alam pula baru kali ini menang. Sudah tentu wakilnya memberi tumpuan kepada lonjakan undi-undi yang memenangkan mereka dalam tahun 2008. Pengundi-pengundi yang kali ini memilih PAS atau PR.
Pada saya berapa banyak sekalipun undi lonjakan yang kita dapat, semua dari kita ada pengundi teras. Adakah pengundi teras ini boleh kita abaikan?
Setiap pengundi perlu diberi perhatian. Teras, baru, lama, Melayu, Cina, India, Asli dan Portugis perlu diberi tumpuan.
Di kawasan saya Chempaka, saya dapat lebih kurang 12,000 undi. Dalam tahun 2004, saya mendapat lebih kurang 7,000 undi bagi peti-peti undi yang sama. Dulu saya bertanding Parlimen.
Ini bermakna saya boleh anggarkan undi teras saya sekitar 7,000 dan undi lonjakan saya pula 5,000. Mungkin undi teras itu lebih kecil kerana tahun 2004 pun ada undi lonjakan tetapi kita bicarakan itu di lain kali. Apa yang jelas ada undi teras. Mungkin 7,000 dan mungkin 6,000 atau 5,000 tetapi ia satu jumlah yang besar untuk diabaikan. Jika saya hilang undi teras, kerusi Chempaka kemungkinan tumbang.
Bagaimana dengan pengundi-pengundi baru? Bini baru. Di Pandan walaupun nampak seolah-olah kami terlalu menjaga bini baru tetapi ia tidak menjadi isu.
Pada akhir tahun lepas, PAS Kawasan Pandan telah menutup markasnya di Kg. Pandan dan membuka markas yang baru di Pandan Indah. Pada PRU 2008, PAS kalah teruk di peti-peti undi di Kg. Pandan yang terdiri dari 99 peratus pengundi Melayu. Pandan Indah pula di mana kita menang besar adalah kawasan berbilang kaum. PAS juga telah membeli satu rumah 'corner lot' di Pandan Indah.
Adakah PAS telah meninggalkan bini lama di Kg Pandan dan memberi tumpuan kepada bini baru di Pandan Indah? Menutup markas di Kg. Pandan dan membukanya di Pandan Indah 'is a strong political statement'. Ianya satu penegasan bahawa kedudukan PAS di Pandan bukan hanya untuk orang Melayu tetapi untuk semua kaum. Tetapi ia tidak dijadikan isu kerana orang Pandan memahami PAS di Pandan boleh menjaga bini lama dan bini barunya dengan adil dan saksama. Atau orang Pandan telah biasa dengan orang berbini baru!
Dewan Himpunan perlu bimbingan
Sebelum itu seorang perwakilan telah mencadangkan agar dewan himpunan mempunyai program 'tarbiyyah' mereka tersendiri.
Untuk meraikan ahli-ahli himpunan, dicadangkan di Muktamar agar PAS tidak lagi menghidangkan daging lembu pada majlis-majlis yang dihadiri oleh mereka.
Selangor mohon panduan tentang pelaksanaan Islam
Pengundi teras yang setia
PAS melukut di tepi gantang?
Saturday, June 12, 2010
Tandas di masjid-masjid di Kelantan turut di sentuh di Muktamar
Ada yang menyarankan agar penceramah-penceramah menekankan isu kebersihan di kuliah-kuliah. Cadangan ini timbul kerana tahap kebersihan tandas masjid yang digunakan oleh para perwakilan sungguh tidak memuaskan.
Satu Cawangan Satu Peti Undi
PAS juga membantu umat Islam di Patani dan Mindanao.
Tandas terbersih di Kelantan.
Kita bukan Arab Badwi .....
Katanya kita selalu menceritakan kisah bagaimana Saidina Umar RA apabila dilantik menjadi khalifah meminta ditegur jika melakukan kesalahan. Kemudian bangkit seorang Arab Badwi yang berkata akan menegur Umar dengan pedang jika Umar melakukan kesalahan.
Menurut perwakilan Dewan Ulama' itu yang perlu dicontohi adalah keterbukaan Umar dan bukan cara Arab Badwi itu menegur.
PAS dan Palestin
Kalau ada bini baru jangan lupa bini lama .....
Friday, June 11, 2010
Umno tidak akan gerun ....
Laksanakan Islam : Sediakan KPI!
KPI ini sudah tentu akan berbeza bagi setiap negeri. KPI bagi Selangor tentu berbeza dari Kelantan.
KPI penting supaya jelas kepada rakyat, ahli-ahli dan rakan-rakan PR akan pendirian PAS dan agenda PAS di dalam kerajaan.
Oleh itu, kita berharap tidak ada lagi tuduhan bahawa pimpinan telah gagal atau telah mengkhianati perjuangan sebab ahli-ahli tidak faham yang mana perlu disegerakan dan yang mana perlu dikemudiankan.
DAP pun ada KPI seperti pilihanraya kerajaan tempatan yang mereka perjuangkan di negeri-negeri PR.
MUKTAMAR 2010 : Perbelanjaan Muktamar di Selangor dan Perak.
Di Selangor RM119,789.08 dan di Perak RM38,716.95.
Perwakilan itu turut bertanya adakah Selangor tidak menyumbang kepada perbelanjaan Muktamar tersebut?
Saya ingin menambah kepada penjelasan yang telah diberikan oleh Bendahari PAS Pusat.
Sebenarnya jumlah yang dicatit di dalam buku laporan Muktamar adalah jumlah yang dibelanjakan oleh PAS Pusat. Kos Muktamar di Selangor ada lebih tinggi dari RM119,789.08 yang dibelanjakan oleh PAS Pusat. Kos sebenar ada melebihi RM700,000. Jawatankuasa Pelaksana Muktamar 2010 yang tulang belakangnya PAS Selangor bertanggung jawab untuk mencari pembiayaan untuk jumlah ini.
Thursday, June 10, 2010
Hati-hati gerak saraf ini!
1. Dihebohkan oleh orang-orang tertentu kononnya ADUN nak datang program tapi ADUN tak pernah janji pun. Maka menunggulah orang ramai dan bila ADUN tak sampai, penganjur pun belasah ADUN cukup-cukup. Bukan setakat itu aje, cerita ADUN tak datang ini dijaja satu taman atau satu kampung. Kononnya masa BN tak jadi macam ni.
2. Maka datanglah orang-orang tertentu berjumpa ADUN atau pegawai-pegawai ADUN meminta yang bukan-bukan. Contoh meminta beribu-ribu ringgit kononnya nak mulakan perniagaan, nak bayar Along, kereta nak kena tarik atau rumah nak kena lelong. Tetapi bila ADUN tak dapat bagi wang tunai maka ada orang-orang yang menjaja cerita serata taman atau kampung yang ADUN kedekut. Yang kononnya ADUN BN lagi baik.
Hebat sungguh perancangan mereka. Mana tidaknya, dapat bantuan APCO kan!
( Maaf, memang betul Pekan Dong. Rumah Tengku Puji seberang sungai di Kg Durian Sebatang )
Wednesday, June 9, 2010
Singgah sebentar di Hulu Dong
Monday, June 7, 2010
Muktamar : Jangan termakan umpan musuh, ada perkara yang lebih penting.
Tahun ini nampaknya media telah mula membuat spekulasi tentang rentak perbahasan Muktamar tahun ini. Kononnya akan ada pertembungan di antara kumpulan yang pro Pakatan dan kumpulan yang pro UMNO atau Unity Government. Media seolah-olah cuba mempengaruhi para perwakilan bagaimana hendak berbahas. Adakah para perwakilan akan termakan dengan umpan ini?
Saya berharap para perwakilan akan dapat memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan Parti. Isu Unity Government telah lama berkubur. Kenapa kita mesti melayan provokasi media yang mempunyai agenda mereka tersendiri?
Tetapi apakah yang paling penting untuk dibahaskan?
Pada saya ada dua perkara iaitu,
(1) Sejauh manakah agenda-agenda PAS atau perkara-perkara yang diperjuangkan oleh PAS telah dilaksanakan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat?
(2) Sejauh manakah kedudukan PAS sebagai kerajaan atau rakan kongsi kerajaan telah dapat memperkukuhkan kedudukan PAS di negeri-negeri tersebut atau memperkukuhkan kedudukan PAS di seluruh negara?
Pada saya perkara-perkara ini lebih penting dari membincangkan perkara-perkara lain yang boleh memecahbelahkan Parti.
Saya yakin para perwakilan ingin tahu adakah perkara-perkara yang telah diperjuangkan oleh PAS selama ini telah menjadi realiti di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS atau di negeri-negeri yang sama-sama ditadbir bersama PAS.
Adakah wakil-wakil PAS di dalam kerajaan telah cukup efektif di dalam merealisasikan agenda-agenda PAS? Apakah masalah yang dihadapi oleh mereka? Apakah penyelesaiannya?
Sebelum kita menjadi kerajaan kita kerap berbahas bagaimana kita akan mendapatkan kuasa dan agenda kita jika kita mendapat kuasa. Sekarang kita telah mendapat kuasa, walaupun sedikit tetapi perlu dibahaskan apa yang telah kita lakukan dengan kuasa tersebut. Ini lebih penting dari kita membahaskan andaian itu dan andaian ini.
Satu perkara yang perlu diakui adalah kejayaan dari kacamata PKR dan DAP mungkin berbeza dari kacamata PAS. Ini tidak dapat dielakkan kerana walaupun terdapat titik pertemuan dan persefahaman tetapi prinsip dan dasar perjuangan berbeza.
Walau bagaimanapun DAP tegas di dalam usaha agar agenda parti mereka dilaksanakan atau menjadi polisi negeri. Contohnya pilihanraya kerajaan tempatan. Setiap Exco, ADUN dan MP dari DAP akan bercakap tentang pilihanraya tempatan. Akhirnya walaupun ia tidak pernah ada di dalam manifesto PAS, ia telah diluluskan oleh sidang DUN Selangor. Kerajaan Pulau Pinang telah juga mendesak SPR mengadakan pilihanraya tersebut. Selain itu pengurangan kuota perumahan Bumiputera juga melihat pimpinan DAP dengan satu nada.
PAS pula bagaimana? Apakah agenda PAS yang disuarakan dengan satu nada di negeri-negeri Pakatan? Yang mana satu pula yang telah dilaksanakan atau telah menjadi polisi negeri? Adakah kita terlalu berhati-hati atau terlalu menjaga hati? Ini perlu dibahaskan oleh perwakilan.
Perkara yang juga penting untuk dibahaskan adalah sama ada kuasa yang telah diperolehi telah dapat memperkukuhkan kedudukan PAS. Adakah ahli-ahli PAS telah bertambah? Adakah Cawangan-Cawangan PAS telah bertambah? Jika tidak, kenapa?
Sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Pesuruhjaya Negeri saya mempunyai jawapan dan pandangan-pandangan tersendiri tentang perkara-perkara tersebut. Tetapi saya amat memerlukan pandangan para perwakilan dan mendengar pengalaman dari negeri-negeri lain. Ini amat penting kerana kita telah lebih 2 tahun sejak PRU12 dan ada kurang dari 2 tahun sebelum PRU13. Sebelum kita bermimpi untuk ke Putrajaya eloklah kita menilai pencapaian-pencapaian kita supaya jika kita benar-benar sampai ke Putrajaya biarlah ianya menguntungkan Islam dan gerakan Islam.
Iskandar A. Samad
7 Jun 2010
Sunday, June 6, 2010
UMNO : Actor of the year!
Begitulah juga perangai pemimpin UMNO. Kononnya marah kepada Yahudi. Bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin. Tapi cerita sebenar adalah sebaliknya.
Dalam diam-diam UMNO dan BN menggunakan khidmat sebuah syarikat Yahudi, APCO, untuk menaikkan imej kerajaan Malaysia. Di antara ahli lembaga pengarahnya adalah bekas pegawai agensi perisikan negara haram Israel.
Rupa-rupa kita bukan bertarung dengan UMNO dan BN sahaja tetapi kita juga berhadapan dengan kepakaran Yahudi yang dulu, kini dan selamanya memusuhi umat Islam. Adakah taktik agensi perisikan Israel di Tebing Barat digunakan di Malaysia?
Parlimen juga digemparkan dengan pendedaham bahawa konsep 1Malaysia kemungkinan diciplak dari konsep 1Israel.
Itu baru APCO. Dalam satu persidangan antarabangsa pula, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf wakil Hamas yang telah dipilih oleh rakyat Palestin. Tetapi yang dijemput berucap adalah wakil Fatah yang telah kalah kepada Hamas di dalam pilihanraya. Wakil Hamas yang hadir telah diketepikan. Mungkin kerana Hamas dimusuhi oleh Israel maka kerajaan Malaysia pun mengenepikan Hamas. Ikut telunjuk Yahudi.
Kita pun masih ingat tahun 1997. Rakyat dibelasah oleh FRU di Masjid UM kerana membantah kehadiran pasukan kriket Israel di Malaysia. Ramai yang cedera dan ramai yang ditangkap.
Tapi sekarang UMNO mahu menjadi hero. Kononnya mereka sama-sama di dalam perjuangan menentang keganasan Yahudi. Tapi orang kampung sudah tahu. Siapa penipu dan siapa yang berlakon.
MIC UNTUNG 3 KALI, UMNO PULANG TANGAN KOSONG!
UMNO sebenarnya tidak dapat apa-apa dari kemenangan tersebut. Malah rombakan kabinet minggu lepas menunjukkan bahawa MIC yang untung besar.
Mula-mula calon MIC telah menang dan MIC mendapat seorang ahli Parlimen.
Kemudian bekas calon MIC untuk kerusi itu pada PRU 2008, G. Palanivel, telah dilantik sebagai Senator. Beliau tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil baru-baru ini kerana dikatakan tidak popular. BN telah memilih P. Kamalanathan walaupun Palanivel adalah pilihan MIC. Saya yakin perlantikan sebagai Senator ini adalah janji BN kepada MIC setelah tidak menurunkan Palanivel sebagai calon. Oleh itu, MIC mendapat seorang Senator.
Kemudian pada rombakan kabinet minggu lepas, MIC dapat lagi durian runtuh. Palanivel telah dilantik Timbalan Menteri.
Jadi MIC mendapat seorang ahli Parlimen, seorang Senator dan seorang Timbalan Menteri. Apa yang UMNO dapat?
Pemimpin UMNO berkokok seluruh negara tentang kemenangan BN tetapi pada hakikatnya UMNO pulang dari Hulu Selangor dengan tangan kosong.
AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...
-
Pagi 9 April 2025, bagi pihak NGO Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri (Fikir Selangor), saya telah menyampaikan sumbangan-sumbangan unt...
-
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan...


























