Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

EXCO SELANGOR DIUGUT SAMSENG BERPARANG - Harakahdaily

AMPANG, 1 OGOS 2013 :  Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad mendakwa telah diugut sekumpulan samseng berparang yang dipercayai ada kaitan dengan isu penguatkuasaan terhadap gerai haram di Kg Pandan. Menurutnya, ianya bermula apabila pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) cuba menghantar notis kepada sebuah gerai haram di sini pada 22 Julai lepas. Kemudian, setibanya di gerai itu, penguatkuasa tersebut telah diserang oleh tujuh orang lelaki bersenjatakan parang. Bagaimanapun menurut Iskandar, penguatkuasa itu sempat lari namun cermin kenderaan mereka telah dipecahkan dan tayar kereta mereka telah dipotong oleh samseng terbait. Selepas kejadian itu katanya, Ahli Majlis zon tersebut, Mohd Fauzi Khamis pula telah diugut samseng terbait. "Malam tadi Fauzi telah memberitahu bahawa beliau diminta untuk menyampaikan mesej dari pihak yang menyerang penguatkuasa itu supaya saya berhati-hati. "Kemungkinan besar ugutan-ugutan ini dib

KENYATAAN AKHBAR : TIDAK BENAR MPAJ TIDAK AKAN ANGKAT SAMPAH DI KG PANDAN.

Saya ingin mengesahkan di sini bahawa khabar angin bahawa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menggantung perkhidmatan mengangkat sampah di Kg Pandan di atas sebab-sebab keselamatan adalah tidak benar. Saya telah hari ini mendapat pengesahan daripada Yang Dipertua MPAJ, Dato' Mohammad Yaacob. Khabar angin ini mungkin timbul berikutan kejadian pasukan penguatkuasa MPAJ yang cuba menghantar notis kepada sebuah gerai haram di situ telah diserang oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang. Walau bagaimanapun, saya membantah walaupun memahami jika MPAJ berhasrat untuk menggantung perkhidmatan tersebut sekiranya berlaku lagi serangan seperti itu. Selain dari serangan tersebut, saya juga telah menerima laporan bahawa sebuah lori MPAJ telah turut dipecahkan cermin dan 4 tayarny a dipotong. Jika keadaan seperti ini berterusan maka kerja-kerja lain melibatkan MPAJ seperti kerja-kerja MARRIS (turap dan baikpulih jalan), projek membaikpulih longkang dan pembinaan dewan orang

LIF-LIF DI DESA MENTARI AKAN DIBAIKPULIH DI BAWAH PROGRAM CERIA.

SHAH ALAM, 24 JULAI : Penghuni empat blok Pangsapuri Desa Mentari boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan RM100,000 bagi membaiki lif yang rosak. Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad, kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih kesemua lif itu akan menggunakan peruntukan Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Pangsapuri (Ceria). Katanya, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membantu penduduk di situ ekoran maklumbalas daripada pihak pemaju yang mengatakan pungutan penyelenggaraan pangsapuri berkenaan adalah tidak mencukupi. “Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap nasib penduduk yang terpaksa menggunakan tangga sebanyak 18 tingkat dalam bulan Ramadan ini. “Kita mengambil keputusan untuk mempercepatkan proses menggunakan Skim Ceria tanpa mengikut prosedur biasa kerana ia perlu dibaikpulih dengan kadar segera,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini. Dalam sidang media sama, Iskand

SOALAN NO. 4 DI DEWAN NEGERI SELANGOR HARI INI.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B TUAN BUDIMAN BIN MOHD ZOHDI ( SUNGAI PANJANG ) YANG DIJAWAB OLEH YB ISKANDAR ABDUL SAMAD ( EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANDAR DAN PENEROKA BANDAR ) TAJUK : MANIFESTO KEDIAMAN SENDIRI Manifesto Pkatan di PRU-12 meliputi antaranya membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar a)            Nyatakan bilangan rakyat yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari tahun 2008 hingga 2013? b)            Nyatakan skim-skim perumahan untuk membantu mereka? JAWAPAN : a)          Untuk makluman Yang Berhormat secara keseluruhannya, seramai 15,105 orang pemohon telah ditawarkan untuk memiliki rumah kos rendah dari tempoh tahun 2008 hingga 2013. Manakala seramai 1,568 orang pemohon telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki Rumah Mampu Milik semenjak ia mula diperkenalkan dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013. Pecahan tawaran mengikut jenis r