Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

CABARAN NOH MENUNJUKKAN BELIAU TIDAK PRIHATIN KEPADA PENDERITAAN RAKYAT.

Cabaran Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar agar Kerajaan Negeri Selangor membeli saham majoriti di dalam syarikat konsesi lebuh raya jika mahu membantah kenaikan tol menunjukkan beliau tidak prihatin kepada penderitaan rakyat. Beliau tidak sepatutnya menempelak usaha Kerajaan Negeri untuk menghalang kenaikan ini tetapi sama-sama memikirkan cara-cara untuk memastikan kenaikan ini tidak berlaku. Kenaikan tol ini sepatutnya dibantah oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana yang akan terbeban dengan kenaikan tersebut adalah seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli UMNO. Dengan kenaikan ini kos barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan lebuhraya sudah tentu akan meningkat. Contohnya kos barangan yang dihantar melalui lebuh raya sudah tentu akan naik dan ini bermakna kenaikan tol ini akan juga memberi kesan kepada rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya. Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebagai kerajaan negeri berkebajikan komited untuk memastik

BUKA SELUAS-LUAS RUANG UNTUK MEREKA YANG MAHU BERPERANAN DI DALAM PAS - ISKANDAR

Klang, 17 Dis - Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, mahu seluas-luas ruang dibuka untuk mereka yang mahu berperanan di dalam PAS. Beliau berucap sedemikian ketika membuat lawatan ke Klang malam tadi untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli-ahli PAS di sana. Iskandar yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya 1 Disember lepas berkata terdapat ramai  yang bersedia menyumbang tenaga dan kepakaran maka ia seharusnya digembelingkan untuk memacu PAS ke hadapan. "Mereka seharusnya diberi peranan sesuai dengan kemampuan masing-masing kerana masih terdapat banyak ruang di dalam PAS untuk semua," katanya. Menurut beliau juga, ahli-ahli PAS hendaklah mengamalkan sikap bersangka baik dan mengenepikan budaya label melabel yang sengaja diwujudkan oleh musuh. Iskandar juga menasihatkan pimpinan PAS di Selangor agar memandang ke luar dengan menganjurkan program-program bukan sahaja untuk ahli-ahli PAS tetapi untuk seluruh masyarakat sesuai dengan tema Muktamar PAS tahu

SAF PIMPINAN PAS SELANGOR LENGKAP.DIPILIH.

Malam tadi Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama sejak Muktamar PAS 2013. Sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan PAS, berikut adalah perlantikan-perlantikan yang dilakukan malam tadi untuk memimpin PAS Selangor bagi sessi 2013-15, Timbalan Pesuruhjaya 1 - YB Ustaz Sallehin Mukhyi Timbalan Pesuruhjaya 2 - YB Mohd Shafie Ngah Timbalan Pesuruhjaya 3 - YB Dr Siti Mariah Mahmud Setiausaha - YB Mohd Khairuddin Othman Bendahari - YB Dr Ahmad Yunus Khairi Pengarah Pilihanraya - Cikgu Jaafar Shamsuddin Ketua Penerangan - YB Haji Zaidy Abdul Talib Penolong Setiausaha 1 - Muhd Azeman Muhd Yunus Penolong Setiausaha 2 - Khairulfami Matsom Penolong Setiausaha 3 - Azri Mohd Arish Sebelum ini, Pesuruhjaya telah dilantik oleh Presiden PAS melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 1 Disember 2013. Sementara Ketua Dewan Ulamak Ustaz Muhammad Zain Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim  dan K

PENGGULUNGAN YB ISKANDAR A SAMAD KETIKA MENJAWAB PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN ( BUKIT GASING ).

Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan Bukit Gasing terhadap usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri ( RSN ) Selangor 2035. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor sedang menyediakan RSN Selangor 2035 selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Akta 172. Kajian semula ini apabila diwartakan akan menggantikan RSN Selangor 2020. Kerja-krja telah dimulakan pada 4 Jun 2012, beberapa siri bengkel dan mesyuarat teknikal dan mesyuarat pemandu bersama-sam agensi / jabatan kerajaan termasuk negeri-negeri bersempadanan telah diadakan bagi memastikan penyediaan kajian RSN Selangor 2035 ini menepati keperluan semasa dan lebih menyeluruh. RSN Selangor 2035 merupakan kajian perancangan bersepadu yang melibatkan kajian 20 sektor perancangan antaranya adalah, 1.) Pengangkutan dan lalulintas 2.) Perumahan 3.) Gunatanah fizikal. 4.) Perniagaan dan perkhidmatan 5.) Perindus

Gotong Royong Gempur Aedes anjuran Ahli Majlis MPAJ Tuan Ahmad Fauzi Khamis, MPAJ dan Pejabat Kesihatan Daerah Kepada 17 November 2013 di Kg Pandan.

Gotong Royong Gempur Aedes anjuran Ahli Majlis MPAJ Tuan Ahmad Fauzi Khamis, MPAJ dan Pejabat Kesihatan Daerah Kepada 17 November 2013 di Kg Pandan.

Penyampaian sumbangan oleh Worldwide Holdings kepada pasukan Selangor yang menyertai Piala Emas Raja-Raja 2013.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KEPADA PEMILIK-PEMILIK PANGSAPURI ANDORRA, TAMAN SERI MUDA YANG TELAH TERBENGKALAI SELAMA 10 TAHUN PADA 18 NOVEMBER 2013.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KEPADA PEMILIK-PEMILIK PANGSAPURI ANDORRA, TAMAN SERI MUDA YANG TELAH TERBENGKALAI SELAMA 10 TAHUN PADA 18 NOVEMBER 2013.

KERAJAAN NEGERI BN GAGAL PANTAU PEMAJU : RUMAH KOS RENDAH LULUS 1997 BELUM DIBINA.

Di dalam usaha untuk memastikan sasaran pembinaan sebanyak 35,000 Rumah Mampu Milik di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuas Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor. Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk : 1)  Memantau permohonan dan kelulusan Rumah Mampu Milik. 2)  Menyelaras pembinaan Rumah Mampu Milik. 3)  Merancang pembinaan Rumah Mampu Milik. Di antara usaha-usaha yang dilakukan adalah mengenalpasti Rumah Mampu Milik termasuk Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana yang telah diwajibkan ke atas pemaju-pemaju untuk dibina. Hasil siasatan yang dilakukan mendapati bahawa terdapat  Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana yang wajib dibina oleh pemaju tetapi masih belum lagi dibina.Terdapat rumah-rumah yang mendapat kelulusan pada tahun 90’an di zaman Kerajaan Negeri Barsian Nasional yang masih belum dibina. Contohnya Pendengaran Awam Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam minggu ini mendapati 2 projek perumahan Rumah Kos Sede

300 BERPELUANG MEMBELI RUMAH MAMPU MILIK "RUMAH SELANGORKU".

300 org pemohon akan dipilih untuk ditawarkan Rumah Mampu Milik "Rumah Selangorku" yang dibina oleh PKNS di Seksyen U12, Shah Alam dan PNSB di Sutera Damansara, Petaling Jaya. PKNS sedang membina 104 unit pangsapuri dan PNSB sedang membina 236 unit pangsapuri. Rumah-rumah tersebut dijangka boleh diduduki pada akhir tahun 2016 Sebahagian dari unit-unit kediaman itu akan dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk dijadikan rumah sewa kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah mereka sendiri. Pemohon-pemohon  yang berjaya adalah di antara 2,244 pemohon yang mengisi borang khas yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk membeli Rumah Mampu Milik. Pemilihan dibuat menggunakan sistem merit. Setiap pemohon akan diberikan markah untuk kriteria-kriter ia diri mereka. Contohnya untuk bilangan anak atau tanggungan, lebih ramai anak atau tanggungan maka lebih tinggi markah yang akan diberi. Di antara kriteria-kriter ia lain yang dinilai adalah pend

KEMPEN TERBUKA ADIL UNTUK SEMUA

Mungkin PAS juga perlu mencontohi UMNO di dalam pemilihan jawatan-jawatan di dalam parti. Iaitu dibenarkan berkempen secara terbuka.  Kita perlu mengakui bahawa terdapat kempen-kempen dijalankan. Lebih baik kempen-kempen ini dikawal dan dipantau dari ia dibiarkan berjalan tanpa kawalan dan pemantauan. Jangan pula kita cuba menutup mata kepada realiti kerana kempen juga berlaku untuk pemilihan jawatan-jawatan di peringkat akar umbi. Ini tidak menghairankan kerana yang menang berpeluang menjadi calon PRU, ahli Majlis atau Ketua Kampung. Jangan juga menjadikan berlumba-lumba membuat kebajikan sebagai alasan kerana amalan tidak bertegur sapa dan boikot memboikot telah berlaku akibat daripada perebutan jawatan.  Sebelum PRU13 ada yang menghantar wakil berjumpa saya mendesak saya menandatangani surat kepada pimpinan menyokong beliau menjadi calon. Saya enggan dan hingga ke hari ini hubungan saya dengan mereka tidak baik.  Oleh itu, lebih baik kempen ini dilakukan secara terbuka ker

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan