Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari lepas telah membuat keputusan rakyat boleh berpindah ke rumah sewa Projek Perumahan Rakyat atau PPR tanpa membayar deposit terlebih dahulu. Sebelum ini deposit sehingga RM1050 perlu dibayar bagi sesiapa yang mahu berpindah ke rumah PPR. Deposit ini sekarang akan dikurangkan dan boleh dibayar secara ansuran. Buat permulaan, skim ini adalah terbuka kepada mereka yang hendak menyewa di PPR Taman Putra Permai, Lembah Subang. Ianya berkuatkuasa serta merta. Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kelayakannya adalah sama seperti mereka yang ingin memohon pengurangan sewa rumah PPR dari RM250 kepada RM124. Selain dari itu, permohonan untuk menyewa rumah PPR dan permohonan untuk membayar sewa RM124 boleh dibuat secara rentak. Sebelum ini penyewa akan memasuki rumah terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat permohonan pengurangan sewa. Buat masa ini terdapat 5436 unit rumah PPR di 4 kawasan dan sebanyak 1717 uni...
Dato' Iskandar Abdul Samad