Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2007

PANGLIMA PERANG JUGA BERDIPLOMASI

Lebih kurang 9 tahun yang lalu saya telah hadir di dalam satu pertemuan bersama rakan-rakan lama di Penthouse sebuah bangunan di mana Renong ketika itu masih gagah telah menjadikannya sebagai ibu pejabat mereka. Hanya terdapat satu sahaja agenda pertemuan yang dihadiri oleh di antara lain bakal-bakal CEO, Professor, penasihat kepada Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Anwar Ibrahim baru saja ditahan di bawah ISA. Reformasi sedang marak bagaikan api yang tidak dapat disekat lagi. Bagi kebanyakan mereka yang hadir, Anwar adalah segala-galannya. Ramai yang mengharapkan Anwar menjadi PM. Ramai yang kagum dengan Anwar sejak beliau hadir di sekolah kami sebagai seorang murid tua ketika kami masih mentah di tingkatan satu. Oleh itu, ada yang menganggap penahanan Anwar seperti kiamat telah berlaku di Malaysia. “Tidak ada lagi pemimpin yang boleh pemimpin Malaysia”, kata seorang rakan pada hari itu. Saya terkejut. Adakah mereka tidak pernah mendengar akan Ustaz Fadhil Noor? Ustaz Hadi

SYABAS DATO' HASAN

Pada 12 Mei lepas, PAS Negeri Selangor telah mengadakan Ijtima’ tahunannya di Tanjung Karang. Saya amat tertarik kepada ucapan penutup Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Hasan Ali yang pada saya terbaik yang pernah saya dengar dari mana-mana pimpinan PAS. Dato’ Hasan yang merupakan seorang pakar motivasi dan lazimnya seorang pakar motivasi akan menceritakan yang indah-indah sahaja. Mereka hanya menceritakan apa yang kita hendak dengar. Tetapi pada hari itu Dato’ Hasan begitu telus di dalam ucapannya. Begitulah sepatutnya, kita mestilah berpijak di bumi yang nyata di dalam apa jua perkara. KESUNGGUHAN AHLI-AHLI Program sehari di Kompleks PAS Selangor atau Kompas itu telah melihat kehadiran di luar jangkaan. Lebih 1400 perwakilan dari Kawasan-Kawasan di Selangor telah hadir walhal hanya 800 yang dijangka. Jalan masuk ke Kompas telah dipenuhi dengan deretan bas-bas. Selalunya Ijtima’ ini dilangsungkan di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar tetapi pada tahun ini ianya