Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2007

ADAKAH PAS TELAH GAGAL?

Di dalam satu program di Pandan baru-baru ini, seorang ahli telah bertanya adakah PAS telah gagal kerana telah lebih 50 tahun berjuang tetapi belum lagi dapat menawan Malaysia. Pada pendapat saya adalah tidak adil untuk kita membandingkan PAS dengan hanya beberapa gerakan-gerakan Islam lain di dunia dan membuat kesimpulan sama ada PAS telah berjaya atau gagal. Akhir-akhir ini ramai yang melihat kejayaan beberapa gerakan Islam atau parti Islam sebagai kayu pengukur kepada pencapaian PAS. Ramai yang kagum dengan kejayaan Hamas di Palestin, Ikhwan Muslimin di Mesir dan Jordan, Refah dan AK Parti di Turki dan jiran kita Parti Keadilan Sejahtera di Indonesia. Di sana mereka telah berjaya menubuhkan kerajaan sama ada bersendirian atau campuran, atau sekurang-kurangnya telah berjaya memenangi kerusi-kerusi Parlimen yang jauh lebih banyak dari PAS di Malaysia. Walau bagaimanapun faktor peratusan penduduk Islam membezakan di antara kita dengan mereka. Peratusan umat Islam di Palestin adalah 98%