Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2008

PARLIMEN TELAH DIBUBARKAN!

Saya masih ingat lagi rapat umum pertama yang saya hadiri. Ianya pada pilihanraya umum 1974, ketika itu saya berada di dalam tingkatan 1 dan saya telah dibawa ke sana oleh bapa saya. Walaupun rapat umum itu adalah rapat umum BN tetapi semasa itu kami menetap di Petaling Jaya yang merupakan kubu kuat pembangkang. Dalam pilihanraya umum tahun 1969, Goh Hock Guan mewakili DAP telah menang di sana. Ketika DAP hampir menang di Selangor dalam tahun 1969, beliau dikatakan akan menjadi Menteri Besar. Tetapi Gerakan di Selangor pimpinan Tan Chee Koon enggan bersama DAP di dalam sebuah kerajaan campuran. Maka UMNO-Perikatan kembali berkuasa. Pada pilihanraya umum 1974, beliau telah “belot” dan bertanding di atas tiket BN tetapi kalah di tangan calon DAP. Walaupun di sekolah rendah, saya tahu wakil rakyat saya bernama Goh Hock Guan dari parti “roket”, Beliau adalah seorang arkitek tetapi itu bukanlah pendorong kepada saya untuk menjadi seorang arkitek hari ini. Mungkin Goh Hock Guan tidak d

Hari Kesihatan PAS Kawasan Pandan - 20 Jan '08 - Food Court 218, Taman Cahaya Indah.

- Mendapat sambutan hangat dari masyarakat! - Dihadiri oleh pelbagai kaum!

'YB Mad dan 'skandal tanah'

Friday, January 11, 2008 Kuek Ser Kuang Keng Jan 10, 08 5:32pm Malaysiakini Penduduk Ampang mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka dari Umno, Mad Aris Mad Yusof terbabit dalam sekurang-kurangnya lapan skandal tanah. Mad Aris yang turut menjadi ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sejak tahun 1992, menafikan dakwaan tersebut, tetapi penduduk mengesyaki beliau telah menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan banyak tanah simpanan kerajaan di Ampang untuk tujuan komersial. Ini termasuk kawasan hijau, kawasan simpanan untuk tapak sekolah, longkang, kawasan simpanan jalan, zon pemampan dan tanah kosong. Kawasan terbabit didakwa telah dipajakkan kepada kroni-kroninya yang kemudiannya memajaknya semula kepada syarikat-syarikat pada kadar sewa yang tinggi. Penduduk yang kecewa dengannya telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendesak supaya Mad Aris digugur daripada senarai calon pilihanraya umum yang lalu.Bagaimanapun, Ma

Mad at YB Mad

From Malaysiakini..... Kuek Ser Kuang Keng Jan 9, 08 2:07pm For the past nine years, residents in Ampang, Selangor, have been asking for their Umno state assemblyperson to be replaced. In 2003, they also submitted a memorandum to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi urging Barisan Nasional to drop the assemblyperson for the 2004 general election. However, Mad Aris Mad Yusof (left) was fielded and won the Chempaka state seat. He is currently in his fourth term as a Selangor state assemblyperson. Mad Aris began his first term after winning the Pandan seat in 1990. He retained the seat for another two terms. In the last elections, Pandan was upgraded to a parliamentary seat and Mad Aris contested for the newly created state seat, Chempaka, which comes under the Pandan parliamentary constituency. The residents are seeing red because Mad Aris is embroiled in a series of land scandals involving the alleged leasing out of reserve land in Ampang for commercial purposes to his cronies. The sta

WAKIL RAKYAT PERLU BERCAKAP UNTUK SEMUA!

Menurut para pemerhati politik, Parlimen akan dibubarkan pada hari Chap Goh Mei, penamaan calon pada 8 Mac dan hari mengundi pada 16 Mac. Kita tertunggu-tunggu akan bentuk Malaysia selepas pilihanraya umum yang ke 12 ini. Adakah satu kerajaan baru akan dibentuk di peringkat Persekutuan atau di negeri-negeri yang dianggap sebagai “panas”? Atau BN akan dapat terus bertahan dan akan menjadi lebih ganas, zalim, gelojoh dan rakus lagi? Sekiranya BN gagal ditumbangkan, walaupun jangkaan ini berbunyi sungguh pesimistik dan menentang arus, saya berharap di Parlimen dan di Dewan-Dewan Undangan Negeri, mereka tidak akan diberi laluan yang mudah. Kita semua masih ingat nostalgia pasca pilhanraya umum 1999 di mana BN digasak dan dibelasah oleh ahli-ahli Parlimen BA. Tidak seinci pun ruang diberikan oleh wakil-wakil rakyat BA yang dapat mematahkan hujah dan seterusnya menutup mulut wakil-wakil rakyat BN. Pada hakikatnya wakil-wakil BA walaupun dipilih untuk mewakil pengundi di kawasan-kawasan m