Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Undilah PAS!

KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN PANDAN : DAKWAT KEKAL BOLEH MENYEBABKAN UNDI ROSAK.

Terdapat pengundi-pengundi di Chempaka yang telah datang berjumpa saya kerana bimbang undi mereka tidak akan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ). Mereka bimbang jika dakwat kekal yang dicalit di kuku mereka akan terkena pada kertas undi dan undi mereka akan dikira sebagai undi rosak. Menurut peraturan pilihan raya sekiranya lebih dari satu kotak pada kertas undi ditanda maka kertas undi tersebut dikira sebagai undi rosak. Kata mereka tidak mustahil kuku yang telah tercalit itu terkena pada kertas undi. Saya bersetuju dengan pandangan ini dan menggesa SPR membuat penjelasan tetang perkara ini. SPR mesti menerangkan bahawa sebarang tanda yang dibuat oleh dakwat kekal pada kertas undi tidak dikira dan tidak boleh merosakkan kertas undi tersebut. Kami tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan dari kekeliruan ini. PAS Kawasan Pandan akan menulis surat rasmi kepada Pengerusi SPR mengenai perkara ini. Iskandar A Samad Yang Dipertua PAS Kawasan Panda

Final Exco photo shoot 4 April 2013!

Pakatan Harapan Rakyat!