Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2007

BUKAN SEKADAR AIR LIUR SAHAJA

Menurut Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa, perkataan Inggeris “tangible” bermaksud “yang dapat dirasai oleh pancaindera, bukan khayalan” atau “dapat dibuktikan kebenarannya”. “Rhetorical” pula bermakna “yang menggunakan kata-kata (bahasa) dan gaya yang bertujuan untuk menarik hati atau memujuk”. Sebagai sebuah parti politik pembangkang mungkin adalah agak payah bagi kita hendak menawarkan sesuatu yang “tangible”. Kita mungkin akan dicap sebagai “rhetorical” sekiranya kita sekadar berucap atau berceramah sahaja. UMNO seringkali melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang “rhetorical” tanpa menawarkan sesuatu yang “tangible” kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin PAS dikatakan hanya pandai berceramah sahaja. Walau bagaimanapun, “track record” kita di Kelantan sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar. Tetapi itu di dalam keadaan kita merupakan kerajaan yang memerintah, bagaimana pula dengan PAS di negeri-negeri lain di mana kita tidak memegang tampuk pemerintahan? Bagaima...

Edaran Bubur Lambuk Ramadhan 2007

Turun Padang Pasar Taman Muda 30 September 2007

GAMBAR-GAMBAR PELANCARAN BERSIH PANDAN PADA 7 OKTOBER 2007

PELANCARAN BERSIH KAWASAN PANDAN, SELANGOR.

Jawatankuasa BERSIH Kawasan Pandan akan dilancarkan pada hari Ahad 7 Oktober 2007, jam 10.00 pagi. Majlis pelancaran akan diadakan di pasar Taman Muda berdekatan dengan kedai 7-Eleven. Senarai Jawatankuasa BERSIH Kawasan Pandan adalah seperti berikut: Penasihat - BERSIH Pengerusi - NIK MD ZAIN BIN NIK MOHAMAD (012-6970367) Timbalan Pengerusi - ISKANDAR ABDUL SAMAD (019-2989835) Timbalan Pengerusi - JENICE LEE YING HA (017-3678488) Setiausaha - JENNIFER TNEW KON HUANG (013-3665203) Penolong Setiausaha - HAJI ABDUL HADI JOBAK (013-3303766) AJK - K. A. RAMU (016-6114891) AJK - HILMI BIN MALEK (012-9757510) AJK - RODZI MAN (019-2757564) Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk mendesak pihak yang bertanggungjawab agar pilihanraya di Malaysia berjalan dengan bebas dan adil. Jawatankuasa BERSIH Pandan akan berusaha untuk menyedarkan rakyat di Pandan akan hak-hak mereka sebagai seorang pengundi. Kami juga akan memastikan matlamat jangkapendek BERSIH iaitu penggunaan dakwat kekal, penge...

THE LAUNCHING OF THE BERSIH COMMITTEE FOR PANDAN

The BERSIH committee for Pandan would be launched on Sunday 7th October 2007 at 10.00 a.m. The launching ceremony would be held at the Taman Muda market near the 7-Eleven store. The committee members would be as follows: Adviser - BERSIH Chairman - NIK MD. ZAIN BIN NIK MOHAMAD (012-6970367) Deputy Chairman - ISKANDAR ABDUL SAMAD (019-2989835) Deputy Chairman - JENICE LEE YING HA (017-3678488) Secretary - JENNIFER TNEW KON HUANG (013-3665203) Assistant Secretary - HAJI ABDUL HADI JOBAK (013-3303766) Member - K. A. RAMU (016-6114891) Member - HILMI BIN MALEK (012-9757510) Member - RODZI MAN (019-2757564) The main intention for the formation of this committee is to pressure the relevant authorities in ensuring that elections in Malaysia would be free and fair. The BERSIH committee for Pandan would strive to ensure that the people of Pandan are aware of their rights as a voter. We would also ensure that the immediate goals of BERSIH i.e. the use of indelible ink, the cleaning up of the ele...

CUBAAN MEMBUNUH SUHAIMI GAGAL

Pada 28 September lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali telah diserang oleh seorang lelaki selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam. Di dalam kejadian selepas solat Jumaat itu, beliau telah dipukul bertubi-tubi kali dengan sebatang kayu sehingga cedera di kepala, bahu, tangan dan kaki. Walau bagaimanapun orang ramai yang berada di situ telah menghalang lelaki tersebut dari bertindak lebih ganas tetapi dia telah berjaya melarikan diri. Beberapa minit sebelum itu, dia telah menyerang Suhaimi dengan menumbuknya beberapa kali lalu terus meninggalkan tempat kejadian. Tetapi penyerang itu telah kembali dengan sebatang kayu. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada keesokan hari. (Gambar atas) “Jelas sekali penyerang bukan sekadar hendak mencederakan saya kerana setelah menumbuk, beliau telah pergi untuk mendapatkan senjata”, Suhaimi memberitahu. Hormatilah demokrasi Tindakan lelaki yang dikenali ramai s...

BERAKHIRNYA TAWARAN ISTIMEWA

Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Pemergiannya sepatutnya diiringi dengan rasa sedih kerana berakhirlah segala tawaran-tawaran istimewa dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Tetapi adakah kita telah berlumba-lumba untuk mengejar tawaran-tawaran itu atau lebih berminat dengan pelbagai “special offer” yang ditawarkan di kompleks-kompleks membeli-belah? Walau bagaimanapun bagi umat Islam di Malaysia, Ramadhan membawa perubahan yang besar dan luar biasa. Masjid-masjid dan surau-surau yang dulunya lengang menjadi penuh sesak. Solat subuh berjemaah yang dihadiri oleh beberapa kerat di bulan-bulan lain akan dihadiri oleh puluhan ahli kariah. Tazkirah yang dianjurkan mendapat sambutan dari setiap lapisan masyarakat walaupun ianya dimusuhi oleh mereka yang jahil lagi menyesatkan itu. Bagi kebanyakan ahli-ahli, aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadhan adalah di sekitar surau-surau atau markas-markas sekiranya surau telah rampas oleh gerombolan pengganas yang bertauliah itu D...

PERCUBAAN MEMBUNUH NYDP PAS GAGAL

Satu laporan polis akan dibuat tentang cubaan membunuh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali tengah hari semalam (28 September) di hadapan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor. Selepas solat Jumaat, Suhaimi yang sedang mengedarkan risalah Ramadan khusus untuk ahli-ahli PAS telah dengan tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut telah menumbuk beliau beberapa kali. Lelaki itu kemudiannya telah beredar dari tempat itu sambil mengugut Suhaimi supaya meninggalkan kawasan itu dengan segera. Lebih kurang 10 minit kemudian, lelaki tersebut telah kembali dengan sebatang kayu dan terus menyerang dan memukul beliau bertubi-tubi kali sebelum ditahan oleh orang ramai. Akibat serangan itu Suhaimi telah cedera di kepala, tangan dan kaki. PAS Kawasan Pandan memandang serius akan kejadian ini. Lebih-lebih lagi penyerang tersebut dikenali sebagai seorang AJK Pemuda Umno Cawangan di Kg. Pandan. Beliau juga pernah menyerang dan menumbuk seorang AJK Pemuda PAS Kaw...