Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Jamuan Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Buku Latihan Oleh YB Iskandar A. Samad Di Dataran Komuniti Kg Pandan Dalam Pada 31 Januari 2010.

PERMOHONAN TANAH BUKAN UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim akan menyampaikan notis 5A kepada 142 penduduk Kg. Bukit Sg. Putih, Ampang pada 2 Januari ini di Auditorium MPAJ, Menara MPAJ. Dengan notis 5A, ini bermakna tanah yang mereka telah duduki lebih dari 15 tahun itu adalah sah milik mereka. Penyelesaian yang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ini merupakan sebahagian dari program kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah hakmilik tanah. Terdapat ribuan rakyat yang masih belum mendapat hakmilik walaupun telah lama menduduki tanah mereka dan membina rumah-rumah mereka. Setakat ini ratusan kes yang telah berjaya diselesaikan. Contohnya terdapat mereka di Sabak Bernam yang telah menduduki tanah mereka sejak berpuluh-puluh tahun tetapi tidak mempunyai hakmilik. Di bawah Pakatan Rakyat mereka telah akhirnya secara resmi memiliki tanah dan rumah mereka. Walau bagaimanapun terdapat kekeliruan tentang permohonan untuk tanah kerajaan. Ada yang menyangka kesemua perm...

Is this what 1Malaysia is all about?

Most primary schools are having their orientation day for the Year 1 students today. I would love to meet those kids and their parents. But alas all ADUN's of Pakatan are not on the list of leaders allowed to enter schools. For my area, Chempaka, the Ketua UMNO Bahagian Pandan is allowed to enter schools and attend functions even though I was the one elected by the people and he was not. This was clearly stated in the circular from the Education Ministry. So much for Najib's 1Malaysia. What a fake! Photo : Muhammad Ilyas Faatih getting ready for his orientation.

Usrah Gabungan di Pusat Khidmat ADUN Chempaka, Pandan Indah 30 Disember 2010.

Penyampaian sumbangan buku latihan kepada 60 pelajar sekolah Pangsapuri 610, Pandan Indah 26 Disember 2010.

Kuliah di PTP

Kelas Muslimat Masjid Al Azim, Pandan Indah pagi Jumaat 24 Disember 2010 bersama Ustaz Kamal Ashaari.

'Turun Padang' pasar malam Taman Dagang 22 Disember 2010.

Penjual CD cetak rompak masih bermaharaja lela!

Petang tadi telah 'turun padang' ke pasar malam Taman Dagang. Ada 4 gerai jual CD cetak rompak. Bukan yang lari-lari punya tetapi ada yang lengkap dengan kanopi dan generator untuk lampu. Macam gerai yang ada lesen. Saya akan bawa kes ini kepada YDP MPAJ.

Kereta tak masuk ke dalam petak OKU tapi dia halang OKU masuk ke dalam petak itu. Sama aje!

Konvensyen Pakatan Rakyat Ke 2 Di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang 19 Disember 2010.

BETULKAH I-CITY "THE NEW TALAM"?

Ramai yang bertanya saya adakah I-City "The New Talam"? Saya tidak hairan mereka bertanya kerana majlis-majlis kerajaan negeri banyak diadakan di sana. Tahun ini majlis Raya, kempen anti zina, pesta tanglung dan yang akan datang sambutan tahun baru 2011. Tetapi saya yakin Dato' Menteri Besar mempunyai jawapan kepada tuduhan ini. Kita semua tahu betapa marah beliau terhadap Talam. Pernah di dalam satu mesyuarat beliau memarahi seseorang yang pernah mempunyai hubungan dengan Talam walhal dia hadir untuk satu urusan yang tiada berkaitan langsung dengan syarikat itu. Talam adalah kroni Dato' Menteri Besar dahulu. Tan Sri Khalid Ibrahim amat menentang amalan kronisme. Oleh itu mustahil beliau akan mewujudkan kroni-kroni baru. Kalau sekadar berkawan, adakah ini satu kesalahan?

Adakah PKNS tidak bina lagi rumah kos rendah?

Memang benar PKNS belum lagi bina rumah kos rendah di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Semua rumah kos rendah PKNS adalah ketika Barisan Nasional. Tetapi ini akan berubah bila mereka akan membina rumah mampu milik di Bandar Baru Bangi dan Kg Seri Temenggung, Gombak mulai tahun hadapan. Sekurang-kurangnya 600 rumah mampu milik akan dibina di kedua-dua tapak tersebut. Tapak-tapak lain juga telah dikenalpasti. PKNS memerlukan masa untuk menghasilkan rekabentuk rumah mampu milik yang terbaik. Inilah sebabnya mereka memerlukan 2 tahun sebelum melancarkan rumah tersebut. Oleh itu dakwaan bahawa PKNS telah tersasar dari tujuan asal penubuhannya adalah tidak benar. Walaupun mereka sekarang ini kelihatan membina rumah-rumah yang tidak mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan sederhana namun mereka mempunyai perancangan untuk golongan tersebut. Saya yakin kerajaan negeri tidak akan membenarkan PKNS lari dari tujuan asalnya dan mereka yang ingin membawa PKNS ke arah itu tidak mungkin akan dib...

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD - LEBUHRAYA BESRAYA : KERAJAAN NEGERI SELANGOR TIDAK SETUJU JIKA LLM HENDAK ROBOH RUMAH.

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan bersetuju sebarang cadangan baru untuk merobohkan 80 buah rumah di Taman Bakti, Ampang bagi membina Lebuhraya Besraya yang baru dari Sg. Besi ke Pandan Indah. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah membentangkan cadangan alternatif yang tidak melibatkan perobohan rumah di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 25 November 2010. Sebelum itu saya dan penduduk tempatan telah membantah cadangan asal yang melibatkan perobohan rumah. Cadangan asal itu telah dibuat ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional di Selangor. Walau bagaimanapun, kerajaan sekarang telah mengarahkan LLM membentangkan cadangan alternatif kepada MTES. Oleh itu, setelah cadangan alternatif dipersetujui, kerajaan negeri tidak akan bersetuju jika LLM mahu lebuhraya itu dibina menurut cadangan asal yang akan merobohkan rumah-rumah penduduk. Saya difahamkan Menteri Kerja Raya akan melawat Taman Bakti esok maka oleh itu saya hendak mengingatkan beliau agar tidak akan meng...

14 Disember 2010 - YB Iskandar telah turun padang meninjau masalah penduduk Kg. Baru Ampang.

Pagi tadi saya telah mengadakan lawatan ke beberapa kilang di Kg. Baru Ampang berikutan aduan penduduk. Tiga kilang telah dilawati iaitu kilang tauhu, kilang perabot dan kilang t-shirt. Saya telah meninjau keadaan kilang-kilang itu untuk menentukan sama ada aduan penduduk adalah benar atau tidak. Saya juga telah menasihati tuan-tuan punya kilang agar memastikan operasi mereka tidak menganggu penduduk sekeliling. Saya akan mengadakan perbincangan dengan MPAJ dan Exco yang bertanggung jawab ke atas kilang-kilang haram tentang satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak. Ada kilang yang telah mendapat lesen perniagaan dari MPAJ. Gangguan-gangguan yang selalu dilaporkan adalah bunyi bising, habuk, asap dan sisa-sisa yang dibuang ke dalam longkang atau parit. Iskandar A. Samad 14 Disember 2010

Majlis penyerahan cek dari TNB oleh YB Iskandar A. Samad kepada penduduk di tapak pencawang utama Kg. Pandan pada 9 Disember 2010.

11 keluarga setinggan telah menerima cek saguhati dari TNB sebanyak RM9,000 setiap satu untuk mereka berpindah. Cek-cek telah disampaikan oleh YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor yang juga ADUN Chempaka. Saguhati itu adalah untuk membantu mereka membeli rumah kos rendah dan menampung kos perpindahan. Ini merupakan kumpulan kedua yang menerima saguhati ini. Kumpulan pertama telah menerima cek-cek mereka pada bulan Ramadhan yang baru lalu. Cek-cek telah diserahkan di Dewan Orang Ramai Jalan 3/3, Pandan Indah. Turut hadir adalah wakil TNB, Tuan Haji Sani Abdul Aziz dan ahli Majlis MPAJ, Abdul Jalil Hasan. Semasa pentadbiran BN di Selangor, TNB tidak diwajibkan membayar saguhati kepada penduduk setinggan. Tetapi di bawah Pakatan Rakyat, mereka wajib membayar. Pakatan Rakyat sentiasa berusaha agar rakyat sentiasa dibela.

PENYAMPAIAN SURAT HAKMILIK KEPADA PEMILIK-PEMILIK RUMAH TAMAN MAWAR, AMPANG.

Satu majlis penyerahan surat-surat hakmilik kepada pemilik-pemilik rumah Taman Mawar, Ampang akan diadakan seperti berikut:   Tarikh - 12 Disember 2010 (Ahad) Masa - 10.30 pagi Tempat - Galeri MPAJ, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.   Taman Mawar adalah kawasan perumahan yang dibina dalam tahun 1984 dan telah siap dua tahun kemudian.   Ia terdiri dari 304 unit rumah kediaman dan 25 unit kedai.   Pemilik telah mula berpindah masuk dalam tahun 1986.   Walau bagaimanapun mereka telah tidak mendapat surat hakmilik kerana pemajunya, Musytari Development Sdn Bhd, telah gagal menjelaskan premium tanah sebanyak RM318,000.00 dan pemaju telah diisytiharkan muflis pada 18 Januari 1996.   Untuk menyelesaikan masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah meluluskan beberapa perkara melalui MMKN 23/2008 pada 13 Ogos 2008, iaitu :   1.) Meluluskan pecah sempadan kepada lot-lot individu iaitu kepada pemilik-pemilik. 2.) ...

Kursus Spies Permukiman Ketua-Ketua Kampung Negeri Selangor di Quality Hotel, Shah Alam 7 Disember 2010.

Pusat Khidmat DUN Chempaka diserbu peserta ENGLISH@CHEMPAKA.

Pusat Khidmat DUN Chempaka di Pandan Indah telah diserbu oleh mereka yang hendak menyertai kursus ENGLISH@CHEMPAKA. Pendaftaran untuk kursus pemantapan Bahasa Inggeris itu telah dibuka pada 3 Disember lepas tetapi hanya 70 peserta telah dapat diterima. Kursus ini adalah anjuran Pusat Khidmat ADUN Chempaka, Iskandar A. Samad, yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan. Inilah kali kedua kursus tersebut dianjurkan. Kali pertama adalah pada tahun lepas dan juga pada cuti sekolah bulan Disember. Menurut Iskandar, tujuan kursus ini adalah meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan masyarakat terutamanya para pelajar-pelajar sekolah. Memandangkan sambutan yang amat memberangsangkan, Iskandar berkata kursus ini mungkin akan dianjurkan pada bukan waktu cuti sekolah atau sepanjang tahun. Kursus siri ini mengandungi 8 sessi dengan setiap sessi selama 3 jam.

PKNS batal hasrat bina pangsapuri RM180,000 tetapi akan bina rumah mampu milik generasi baru di Kg. Seri Temenggong.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina pangsapuri mampu milik di tapak Kg. Seri Temenggung, Gombak. Menurut perancangan asal PKNS, mereka akan membina 270 unit pangsapuri dengan harga sekitar RM180,000 sebuah. Walau bagaimanapun memandangkan keperluan perumahan mendesak bagi golongan berpendapat rendah dan sederhana, PKNS akan membina pangsapuri mampu milik dengan harga tidak lebih dari RM70,000 dan keluasan tidak kurang dari 800 kaki persegi. Sekurang-kurangnya 500 pangsapuri akan dibina di atas tanah seluas lebih kurang 10 ekar itu. Projek pangsapuri ini merupakan sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri di bawah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan untuk memperkenalkan rumah mampu milik generasi baru. PKNS juga terlibat di dalam projek 125 unit pangsapuri mampu milik di Bandar Baru Bangi yang akan dilancarkan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor pada akhir bulan Disember ini. Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Ban...