Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Bila nak angkat?

Kenapa baki-baki paip dari projek pembentungan di Taman Keranat ini ditinggalkan begitu sahaja? Lokasinya di hadapan Tanah Perkuburan Islam Jalan Enggang Timur 5. Kontraktor perlu lebih bertanggung jawab!

TIDAK PERLU SERANG PAS, SELESAIKAN MASALAH ANDA TERLEBIH DAHULU.

Saya melihat ramai pemimpin dan ahli dari parti gabungan PH yang membuat komen tentang Muktamar PAS yang bermula semalam di Pahang. Muktamar tahun ini bermula dengan Muktamar Muslimat dan kemuncaknya adalah Muktamar utama yang bermula Jumaat ini. Pada pandangan saya, serangan-serangan terhadap PAS terutamanya ke atas ucapan-ucapan pemimpin PAS timbul akibat rasa tidak selamat atau "insecure" mereka. Ia dilakukan kerana mereka merasakan PAS adalah ancaman kepada hasrat mereka untuk terus kekal sebagai kerajaan. Oleh itu, walaupun mereka menyerang namun tindakan mereka adalah untuk mempertahankan diri atau bersifat "defensive". Saya tidak ada masalah dengan serangan-serangan tersebut kerana ia hanya akan memberi publisiti kepada perjuangan PAS. Paling kurang rakyat Malaysia tahu Muktamar PAS sedang berlangsung walaupun tidak ramai yang tidak tahu. Tetapi nasihat saya kepada mereka adalah harap selesaikan masalah parti anda terlebih dahulu. Tid

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Salam Aidilfitri dari PAS Kawasan Pandan.