Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

KENYATAAN YB ISKANDAR A. SAMAD : NOH OMAR TIDAK SEPATUTNYA MEMPOLITIKKAN MASALAH RAKYAT.

Saya mengalu-alukan hasrat Datuk Seri Noh Omar untuk membantu pembeli-pembeli rumah di Ukay Bistari, Hulu Kelang. Tetapi ianya mestilah usaha yang bersungguh-sungguh dan bukan untuk mencari publisiti. Walau bagaimana pun terdapat kekeliruan dan banyak persoalan menyelubungi majlis serah kunci oleh Datuk Seri Noh kepada pembeli-pembeli pangsapuri Residensi Bistaria 30 Januari lepas. Pertama, laporan  dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau MPAJ menunjukkan pemaju pada hari kunci diserah belum lagi memohon untuk mendapat sijil layak menduduki bangunan atau CF. Pada lazim penyerahan kunci hanya dilakukan setelah CF diperolehi atau sekurang-kurangnya CF sementara atau TCF diperolehi. Bagi pembagunan ini, CF akan mengambil masa untuk diperolehi kerana kelulusan Bomba memerlukan masa untuk diperolehi. Tanpa CF, meter air tidak dapat dipasang maka sudah tentu penduduk tidak dapat berpindah masuk secara sah. Oleh itu, saya menasihatkan Datuk Seri Noh untuk tidak mempolitikkan masalah raky...

SEMARAK HIJAU CHEMPAKA

Doa selamat di Taman Chempaka pada 27 Januari 2012.

Wira dan wirawati sebenar .....

Ada org tanya adakah sokongan rakyat Sgor kpd PR semakin meningkat? Adakah pemecatan Dato Hasan memberi kesan kpd PAS? Siapa yg boleh jawab soalan2 itu? Bukan saya, bukan PJ Sgor dan bukan Presiden. Tapi tanyalah wira dan wirawati tanpa nama yg saban minggu turun padang utk mencula undi. Bertemu beribu-ribu pengundi. Di DUN Chempaka telah lebih 12,000. Bertanya khabar. Ada yg dimarahi, ada yg dipuji. Mereka yg mula2 mendengar luahan hati rakyat. Tetapi tidak ramai yg hendak buat kerja itu. Mungkin sebab tidak glamour. Susah. Panas. Penat. Risiko tinggi. Kena kejar anjing. Kena kejar dgn parang. Itu sebab pada saya merekalah wira dan wirawati sebenar. Tanpa sumbangan mereka kita tidak akan berpijak di bumi yg nyata. Syok sendiri. Dan mungkin besar kepala. Jadi, bilakah anda hendak membantu mencula undi???

Kenyataan Akhbar YB Iskandar A. Samad : OPERASI KE ATAS RESTORAN-RESTORAN PATUT DILAKUKAN LEBIH AWAL DAN BUKAN SATU MINGGU SEBELUM TAHUN BARU CINA.

Tanda tanya timbul apabila Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah menjalankan operasi pemeriksaan ke atas restoran-restoran di kawasan Dewan Negeri Chempaka satu minggu sebelum Tahun Baru Cina. Hasil dari operasi tersebut 5 restoran telah ditutup. Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, saya menyokong sebarang usaha untuk memastikan premis-premis yang menyedia dan menghidang makanan berada di dalam keadaan bersih.  Tetapi apabila operasi dijalankan pada waktu yang paling ramai pengunjung maka sudah tentu pemilik-pemilik perniagaan tersebut akan menanggung kerugian yang besar jika premis mereka terpaksa ditutup. Saya tidak mempertikaikan peraturan-peraturan kesihatan tetapi hanya mencadangkan agar operasi-operasi sedemikian dilakukan lebih awal. Ia juga dapat mengelakkan tanggapan buruk bahawa operasi ini dilakukan terlalu hampir dengan Tahun Baru Cina agar pemilik-pemilik membayar "ang pow" jika mahu premis mereka dibuka semula. Saya ...

Jom Shopping di Giant Pandan Indah 21 Jan 2012.

Still on the Islamic Religious Affairs portfolio.

Press : My first question to you is how do you feel about Selangor Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim(non Pas member) taking over the Islamic affairs, infrastructure and public amenities portfolio that was once held by Pas man Datuk Hasan Ali when he was state Exco? Iskandar : As an Islamic Party it is only natural that we strongly feel that the Islamic Affairs potfolio should go to PAS. However MB had explained that he will be holding the post temporarily. This I believe in order to sufficiently prepare Dr Yunus for the job. Its up to the PAS leaders at the national level to discuss the date of handing over at the Pakatan Rakyat Presidential Council. Press : Since MB will be holding the post temporarily, are you certain the post will permanently go to Dr Yunus ? Iskandar : That is the hope of our members in Selangor. MB had said temporary. We will hold on to that promise.

Edar limau dan kad ucapan sempena Tahun Baru Cina di pasar malam Ampang Mewah 19 Januari 2012

Sarapan yg disediakan di luar bilik MTES pagi ni - Ubi rebus, kelapa, sambal bilis, ikan kering dan kopi O.

Majlis penerangan bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan YB Dr Zulkefli Ahmad di Pangsapuri Jln 3/6, Pandan Indah 18 Jan 2012.

Gong Xi Fa Cai dari Dato Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor.

SPEKULASI POTFOLIO HAL EHWAL ISLAM

Saya yakin Dato' Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan untuk mengambil alih potfolio Hal Ehwal Islam buat sementara waktu kerana untuk memberi masa kepada YB Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menyesuaikan diri sebagai Exco. Potfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang Exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi. Saya yakin Dato' Menteri Besar akan menyerahkan potfolio tersebut kepada YB Dr Yunus pada masa yang sesuai. Saya turut yakin YB Dr Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh YB Dato' Dr Hasan Ali. Saya berharap orang ramai akan memberhentikan sebarang spekulasi berhubung potfolio yang penting ini. Iskandar A. Samad 18 Januari 2012

YB Dr Ahmad Yunus Khairi mengangkat sumpah sebagai Exco di Istana Kayangan, Shah Alam 18 Januari 2012.

Seminar Media Baru anjuran Lajnah IT PAS Negeri yang telah dirasmikan oleh YB Iskandar A. Samad pada 14 Januari 2012.

Di antara perkara-perkara utama dalam ucapan perasmian YB Iskandar A. Samad, - Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan sepenuhnya media-media baru seperti laman web, Facebook, Twitter, SMS dan sebagainya bukan kerana ianya 'trend' masakini tetapi kerana kita tidak ada pilihan lain. - Media baru merupakan saluran yang paling berkesan menghadapi media arus perdana BN. - Pengendali media baru hendaklah bertanggung jawab dengan hanya menyiarkan berita-berita yang sahih dan bukan khabar-khabar angin atau perkara yang diadakan-adakan. - Jika kita tidak bertanggung jawab maka kita akan jadi sama seperti BN dan rakyat akhirnya tidak akan percaya kepada kita. - Tidak ada gunanya ada laman web atau ada akaun Facebook tetapi tidak dikemaskini kerana ia akan memberi imej yang buruk kepada kita. - Serangan-serangan dari 'cybertrooper' UMNO dan BN hendaklah dijawab atau ditangkis dengan pantas. - Perlu ada 'direct link' di antara Kerajaan Negeri dan Parti agar Parti dapat membantu ...

Ziarah Madrasah Tahfiz Nurul Hidayah, Lorong C1, Kg Pandan pada 15 Januari 2012.

Usrah/Tarbiah Haraki bersama jemaah Taman Saga 12 Januari 2012.

YB Iskandar berjaya dapatkan pampasan RM29,349 untuk mangsa banjir Pangsapuri Inai, Pandan Indah.

Pejabat Ahli Dewan Negeri Chempaka, YB Iskandar A. Samad telah berjaya mendapatkan pampasan bagi mangsa-mangsa banjir di Pangsapuri Inai, Pandan Indah dari kontraktor kerja-kerja menaiktaraf Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Kontraktor tersebut, Panji Bersatu Sdn. Bhd., telah bersetuju membayar sejumlah RM29,349 kepada 22 orang penduduk yang mengalami kerugian akibat banjir yang berlaku tahun lepas. Banjir itu telah dikenalpasti berlaku akibat kerja-kerja menaiktaraf itu. YB Iskandar telah menyampaikan cek-cek pampasan itu dalam satu majlis ringkas pada 7 Januari lepas. Beliau telah mengalu-alukan pihak kontraktor yang telah bersetuju membayar pampasan tersebut. YB Iskandar juga telah mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Pengurusan dan Persatuan Penduduk yang telah membantu menyiapkan tuntutan penduduk. Turut hadir pada majlis hari itu adalah Ahli-Ahli Majlis MPAJ, Cik Lee Shok Jing, Haji Meor Rithuan Mohd. Said dan Abdul Jalil Haji Hasan. Pegawai Khas YB Iskandar, Rodzi Man telah...

Penyampaian bantuan Kerajaan Negeri Selangor kepada KAFA Integrasi Al Huda, Taman Maju Jaya Fasa 3, Ampang pada 6 Jan 2012 oleh YB Iskandar A. Samad sebanyak RM20,000.

Pada 6 Januarl lepas YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka telah menyampaikan bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kepada KAFA Integrasi Al Huda, Taman Maju Jaya Fasa 3, Ampang. Pengetua KAFA itu, Ustaz Diman Abdullah telah menerima cek bernilai RM20,000 dari Iskandar. Menurut Iskandar, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap pendidikan agama dan telah memperuntukkan RM6 juta kepada sekolah-sekolah agama setiap tahun. Abdul Jalil Hasan, Pengerusi KAFA itu, berkata di zaman Barisan Nasional mereka pernah memohon bantuan dari Kerajaan Negeri tetapi ditolak di atas alasan status tanah di mana sekolah itu dibina tidak jelas.

Lawatan ke Pandan Indah Raihan 9 Jan 2012.

Lawatan ke Pandan Indah Raihan 9 Jan 2012.

DATO' HASAN PERLU BAWA KEPADA MAJLIS SYURA BUKAN KEPADA MEDIA.

Menurut Perlembagaan PAS, Dato' Hasan Ali mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulamak di atas pemecatan beliau sebagai ahli PAS. Diharap semua pihak akan menghormati hak beliau ini dan tidak akan membuat apa-apa spekulasi atau keputusan yang terburu-buru sehingga tamat tempoh rayuan atau sehingga Majlis Syura selesai membuat keputusan. Nasihat saya kepada Dato' Hasan, jangan bawa kepada media tetapi bawa kepada Majlis Syura yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi di dalam PAS. 9 Januari 2012

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat solat Jumaat di Masjid Al Azim, Pandan Indah 6 Jan 2012.

Turun padang ke Pangsapuri Inai, Pandan Indah 8 Jan 2012 untuk meninjau masalah rakyat.

Turun padang ke Pangsapuri Inai, Pandan Indah 8 Jan 2012 untuk meninjau masalah rakyat.

SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN NASARUDDIN TANTAWI

SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN USTAZ NASARUDDIN TANTAWI. MASALAH DALAMAN PAS BIARLAH PAS YANG SELESAIKAN. TIDAK PERLU CAMPUR TANGAN LUAR. KAMI YAKIN DENGAN KEUPAYAAN PRESIDEN KAMI UNTUK MENYELESAIKAN SEBARANG MASALAH. PAS TELAH WUJUD LEBIH 60 TAHUN DAN TELAH MELALUI PELBAGAI CABARAN. CABARAN KALI INI TIDAKLAH SEHEBAT YANG PERNAH DILALUI SEJAK PAS MULA DITUBUHKAN DALAM TAHUN 1951. INSYAALLAH KAMI TIDAK PERLU DIAJAR UNTUK MENTADBIR JEMAAH KAMI. Nasrudin: PAS perlu selesai isu Hasan Ali, elak orang luar campur tangan Oleh Syed Mu'az Syed Putra January 08, 2012 KUALA LUMPUR, 8 Jan - Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan mengingatkan kepimpinan tertinggi parti Islam itu agar menyelesaikan isu yang melibatkan Datuk Dr Hasan Ali dengan baik dan jangan sesekali membenarkan orang luar campur tangan. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Nasrudin berkata kenyataan  "melawan arus" yang dikeluarkan Dr Hasan baru-baru ini mengenai perhimpunan 901 esok disifatkan beliau sebagai pandan...

Pertemuan Pengerusi dan Setiausaha surau-surau di bawah Masjid Nurussaadah, Kg Cheras Baru 7 Januari 2012.

Di majlis perkahwinan anak-anak (2 serentak!) aktivis PAS Cawangan Taman Melur, En. Sabri dan Puan Ain di Dewan Serbaguna Tasik Permai 7 Januari 2012.

Gotong royong warga emas di Ampang Mewah 7 Januari 2012.

Himpunan aman menyokong mahasiswa dan mendesak penghapusan AUKU di depan Masjid Al Azim, Pandan Indah selepas solat Jumaat 6 Jan 2012.