Penantian 29 keluarga rumah panjang di PJS1, Petaling Jaya akan berakhir. Mereka telah menunggu hampir 7 tujuh tahun untuk rumah kos rendah mereka tetapi ia tidak dapat dibina kerana terdapat perintah mahkamah menghalang pembinaannya. Ianya diambil oleh penduduk setempat yang membantah pembinaan pangsapuri tersebut. Selain dari itu, rumah panjang itu juga terletak di atas tapak sekolah yang perlu dimulakan pembinaannya dengan segera. Beberapa siri perbincangan telah diadakan yang melibatkan Exco Perumahan, Pengurusan Bandar & Setinggan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pemaju untuk mencari satu penyelesaian. Akhirnya pemaju telah bersetuju untuk membina pangsapuri tersebut di tapak yang lain. Oleh yang demikian, penduduk rumah panjang itu akan mendapatkan kepastian bila rumah mereka akan siap. Maka penduduk akan mendapat rumah mereka dan sekolah akan dapat bina. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa berpindah buat sementara waktu ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Suban...
Dato' Iskandar Abdul Samad