Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2007

BERHARGANYA UNDI KAUM INDIA!

Akhirnya 31 perserta himpunan Hindraf telah dilepaskan dari tuduhan cuba membunuh anggota Polis. Pengguguran dilakukan hanya apabila Perdana Menteri meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan ke atas mereka atas alasan “mereka diperdaya pimpinan Hindraf dan sudah insaf”. Dilaporkan juga bahawa Peguam Negara telah mempertimbangkan pendakwaan itu hanya selepas MIC menghantar wakil menemui beliau. Ini menunjukkan kepada rakyat bahawa Peguam Negara bersedia untuk tunduk kepada kehendak-kehendak pemimpin BN. Saya tetap dengan pendirian bahawa rakyat berhak berhimpun secara aman sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan mereka yang ditindas perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya tanpa mengira kaum. Tetapi sungguh mudah satu tuduhan yang begitu berat, cubaan membunuh, digugurkan atas dasar mereka yang dituduh telah insaf. Jika begitu sesiapa sahaja boleh terlepas dari sebarang tuduhan dengan mengaku telah insaf dan tidak akan melakukannya lagi! Keadilan ala Malaysia Sama ad

Are you and your family safe?

A former IGP, Tun Hanif Omar, in his column “Points Of View” (Sunday Star – 3rd August 2006) commenting on several snatch theft, rape and murder cases said, “They all make us worry about letting our womenfolk and daughters walk about or even drive in public places and carparks”. If a former IGP feels unsafe, what about common people like us? For us in Pandan, the attack on angkasawan Dr. Faiz Khaleed on 21st November shocked us all. He was robbed in front of his house in Taman Mawar. Many Malaysians like Dr. Faiz had become victims of serious crimes. Our country is not that safe anymore with robberies, rapes and murders being very common these days. Even small children are not being sparred. According to a study there is a marked increase in crimes commited :- Violent Physical Crime 2003 - 22,790 2006 - 42,343 Increment - 85.6% Rape 2003 - 4.0 per day 2006 - 6.7 per day Increment - 65.8% Overall Crime Comitted 2003 - 156,315 2006 - 226,836 Increment - 45.1% Last year I had a meeting wi

RESIDENTS IN DIRE NEED OF A BRIDGE - KALBANA PERIMBANAYAGAM ( MALAY MAIL )

Pandan Indah, 20 December 2007 - Residents of Taman Pandan Indah are flirting with danger every day as their children cross a busy road in Jalan Pandan Utama to reach a playground and schools on the opposite side. Yesterday, some 20 parents and residents gathered in front of the Ampang Jaya Municipal Council’s field to express their concern. Hasnita Abdul Rahman, a 38-year-old teacher who was at the gathering, said she fears for her two children when they walk to their school daily. “Though they are grown up and are able to cross the road on their own, I feel the traffic there is too dangerous for them. “There have been three cases along the stretch involving two teenagers and an old man and I always fear for my children’s safety, ” she said. Hasnita said the road is not only used by young children, but by many residents in the neighbourhood. “Sometimes housewives and commuters of public transport cross the road to get to the mar- ket and bus stop,” she added. Another resident, Mohamm

Hari Raya Korban Di Balai Islam PAS Ubudiah, Pandan Indah - 20 Dis '07.

MOTIVASI PELAJAR ANJURAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PANDAN 9 DISEMBER 2007.

SIDANG AKHBAR - PERMINTAAN PENDUDUK AGAR MPAJ MENYEDIAKAN JEJANTAS - 19 DIS '07.

PKMP / Am / 12-07 ( 2 ) 18 Disember 2007 Kepada, Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur. Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tuan, PERMINTAAN PENDUDUK PANDAN INDAH (DEKAT SURAU AR-RAIHAN) AGAR MPAJ MENYEDIAKAN JEJANTAS DARI TAMAN MEREKA KE PADANG PERBANDARAN MPAJ, PANDAN INDAH. Adalah dimaklumkan bahawa penduduk taman tersebut berharap pihak MPAJ dapat menyediakan sebuah jejantas menghubungi taman mereka dan Padang Perbandaran Ampang Jaya. Menurut mereka, Jalan Pandan Utama di antara taman mereka dan padang itu adalah terlalu sibuk dengan lalulintas. Adalah amat merbahaya bagi penduduk terutamanya kanak-kanak untuk melintas. Selain dari itu, terdapat pelajar-pelajar sekolah dari kawasan perumahan sekitar padang itu yang terpaksa melintasi jalan tersebut untuk ke sekolah-sekolah mereka di Jalan Pandan Ilmu. Oleh itu, jejantas ini amat diperlukan oleh semua pihak maka perhatian dan tindakan pih

BUKAN SEKADAR ISU

Beberapa tahun lepas seorang kanak-kanak telah mati lepas di satu sungai di Selangor kerana menurut bapanya sungai tersebut telah menjadi merbahaya akibat dari aktiviti mencuri pasir. Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidaklah boleh diharapkan untuk mengambil tindakan kerana rasuah di kalangan PBT sememangnya teramatlah kritikal. Begitu juga dengan kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan yang boleh dilelong kepada pembida yang tertinggi. Tetapi saya ingin mepersoalkan apakah tindakan ahli-ahli PAS, Cawangan atau Kawasan di mana tragedi ini berlaku? Mustahil aktiviti mencuri pasir ini tidak disedari. Kenapa tidak ada bantahan? Kenapa tidak ada memorandum? Kenapa tidak ada demonstrasi membantah tindakan yang boleh membahayakan rakyat itu? Satu nyawa telah terkorban dan ahli-ahli Cawangan PAS di mana perkara ini berlaku, saya yakin ada Cawangan di situ, sepatutnya rasa berdosa kerana gagal berbuat sesuatu. Mereka tidak prihatin. Jika saya merupakan Ketua Cawangan di mana kejadian ini berlaku dan

AWAS STRATEGI MUSUH!

Beberapa hari lepas saya diberitahu oleh seorang AJK penting Kawasan bahawa isteri beliau mendapat telefon dari seseorang bahawa beliau telah berkahwin dua. Maka berlakulah peperangan dunia ketiga. Sehari selepas itu saya mendapat satu SMS yang kononnya dari seorang wanita yang memaklumkan bahawa beliau telah bertukar nombor telefon. SMS itu seolah-olah saya begitu mengenali “perempuan” itu. Isteri saya telah terbaca SMS tersebut tetapi beliau masih lagi waras dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Inilah taktik-taktik musuh yang hendak mengganggu kestabilan kita di saat-saat pilihanraya hampir tiba. Banyak lagi cubaan-cubaan sedang dan akan dilakukan untuk mengkucar-kacirkan kita. Sama ada kerja UMNO atau SB, inilah perkara-perkara “asam garam” perjuangan yang perlu kita hadapi. Saya tahu ada usaha-usaha sekarang untuk melaga-lagakan pimpinan kita di Selangor. Ada yang menjaja cerita bertujuan untuk melaga-lagakan Dato’ Pesuruhjaya dan Kawasan-Kawasan. Ada juga yang cuba hendak melaga-la

“ORANG MELAYU YANG PALING BANGSAT TETAPI HINDU YANG MENGAMUK”

Pada 3 Disember lepas, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa pendapatan kaum Bumiputera adalah yang terendah di antara bangsa-bangsa utama di negara kita. Menurutnya pendapatan isi rumah kasar bulanan kaum kaum bumiputera ialah RM2,711 sementara kaum India sebanyak RM3,456 dan yang paling tinggi adalah kaum Cina sebanyak RM4,437. Katanya lagi, peratus kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2004 ialah bumiputera sebanyak 8.3 peratus, kaum India 2.9 peratus, manakala kaum Cina 0.6 peratus. Tujuan statistik ini didedahkan adalah untuk mematahkan dakwaan Hindraf bahawa kaum India adalah yang paling miskin. Tetapi dengan sekali-gus ia menunjukkan sikap sebenar UMNO-BN terhadap orang Melayu-Bumiputera. Kerajaan di dalam mendedahkan angka-angka tersebut langsung tidak gentar akan tindakbalas (backlash) orang Melayu terhadap fakta-fakta yang diumumkan. Sepatutnya di dalam keadaan masyarakat India “mengamuk”

Bantahan Caj Letak Kereta Di Pandan Indah

Persatuan Penduduk Membantah Caj Letak Kereta PANDAN INDAH, 1 DISEMBER - Persatuan penduduk Talam Business Park, Pandan Indah membantah perlaksanaan caj letak kereta di kawasan mereka. Menurut mereka, sistem caj berpalang itu tidak akan menggalakkan para pengunjung dan sekali-gus merugikan pekedai-pekedai di situ. Tambahan pula cajnya, RM 1 sejam, adalah lebih mahal dari kawasan-kawasan lain di Pandan Indah iaitu hanya 50 sen sejam. Terdapat juga caj selepas jam 5 petang dan pada hari Ahad yang juga akan menakutkan para pengunjung. Satu sidang akhbar telah diadakan pada 30 November lepas. Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Abdul Samad dan Pengarah DAP Teratai, Jenice Lee Ying Ha telah turut hadir memberi sokongan. Iskandar juga telah turut menulis kepada Menteri Besar Selangor memohon campur tangan beliau kerana pihak pengendali tempat letak kereta itu nampak kurang berminat untuk berbincang dengan penduduk. Resident Association Protest Against Parking Charges PANDAN INDAH, 1