Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Lawan Tetap Lawan?

Peningkatan jumlah calon yang bertanding untuk jawatan-jawatan utama pada mesyuarat-mesyuarat agong PAS tahun ini patut dialu-alukan. Ini bermakna lebih ramai ahli yang berminat untuk menyumbang kepada Parti. Perlembagaan PAS menetapkan pemilihan pimpinan diadakan dua tahun sekali. Tahun ini adalah tahun pemilihan. Jawatan-jawatan utama di peringkat Kawasan ( Parlimen ) adalah Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua. Mungkin lebih ramai yang berminat kerana dengan PAS sebahagian dari pakatan yang memerintah Selangor, peluang terbuka luas bagi PAS untuk berkembang. Suasana telah berubah sejak pemilihan yang lalu, dua tahun lepas. BN tidak lagi dapat mengancam dan menindas mereka yang tidak menyokongnya di Selangor. PAS dapat menganjurkan programnya dengan bebas. Laluan PAS adalah lebih mudah. Ini juga mendorong lebih ramai ahli bersetuju untuk dicalonkan berbanding dengan dua tahun lepas. Kalau dulu jawatan-jawatan utama akan dimenangi tanpa dicabar tetapi kali ini

Gunting tetap gunting walaupun dipanggil sudu.....

Pada 12 April lepas, PAS Kawasan Pandan telah mengadakan mesyuarat agong di Dewan MPAJ, Pandan Indah. Mesyuarat itu diresmikan oleh Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Tidak ada yang menggemparkan pada mesyuarat agung itu. Juga tidak ada yang luar biasa pada hari itu. Biasa sahaja! Isu-isu kelicinan pentadbiran Parti dan tarbiyyah telah dibangkitkan. Seperti biasa isu tarbiyyah telah dibangkitkan oleh para perwakilan. Ini menunjukkan PAS masih pada asasnya sebuah jemaah Islam. Walaupun ahli-ahli PAS terlibat di dalam pentadbiran beberapa buah negeri namun tarbiyyah masih dekat kepada hati-hati mereka seperti ahli-ahli PAS di dalam tahun-tahun 80'an dan 90'an. Tetapi adakah tarbiyyah pada millenium baru ini sama seperti tarbiyyah ketika PAS mula beralih kepada kepimpinan ulamak? Memang tidak dapat dinafikan banyak telah berubah. Suasana telah berubah dan cabaran-cabaran baru telah muncul. Tarbiyyah perlulah menyediakan ahli-ahli untuk

EXCO AKAN ADAKAN PERBINCANGAN KHAS UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM PENYAMPAIAN PBT

Saya mengakui bahawa terdapat terlampau banyak aduan tentang pihak berkuasa tempatan (PBT). Saya juga tidak akan menafikan bahawa sistem penyampaian PBT sering dipertikaikan rakyat negeri Selangor. Aduan-aduan tentang sampah, parit dan jalan di antara yang paling kerap saya terima sebagai Exco dan ADUN. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah berjaya di dalam agenda negara berkebajikannya dengan pemberian air percuma, skim Mesra Usia Emas, skim Tawas dan program-program kebajikan lain. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kerajaan negeri tidak memberi tumpuan kepada keberkesanan PBT. Satu perbincangan khas Exco-Exco akan diadakan untuk mengenalpasti sebarang masalah di dalam sistem penyampaian PBT. Kerajaan faham alasan tidak cukup peruntukan seperti yang diberikan oleh PBT-PBT ketika kerajaan BN yang lepas tidak akan diterima oleh rakyat. Kerajaan tahu rakyat mahukan tindakbalas yang pantas dari PBT untuk setiap aduan. Saya bimbang jika keadaan berterusan, keyakinan rakyat terhadap k

Nasi Ayam Tattoo

Hujung minggu ini saya terpaksa hadir kursus 2 hari di Putrajaya bersama Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS)dan wakil-wakil dari PBT dan PTG. Pada mulanya ingat hendak hadir pembukaan dan penutup sahaja sebab terpaksa berceramah di Bukit Gantang pada malam Ahad. Tetapi setelah berbincang dengan beberapa orang sahabat, saya telah mengambil keputusan untuk hadir di sepanjang kursus tersebut. Hendak jaga imej Exco PAS. Benar-benar serius dan bukan ponteng-ponteng. Ceramah mungkin ramai lagi yang boleh ganti dan sudah tiga kali saya ke Bukit Gantang sejak penamaan calon. Tadi selepas, perbincangan dalam kumpulan saya telah ke Alamanda. Pertama kali saya sampai di kompleks membeli belah itu. Di "food court"nya, Medan Selera Rasa, saya mencari-cari gerai untuk makan. Nasi ayam di sebuah gerai nampak sungguh menyelerakan. Yang menjual nampak seperti orang Islam tetapi alangkah terkejutnya apabila saya menghampiri untuk membuat pesanan. Ketiga-tiga orang pekerja mem

SETAHUN TELAH BERLALU - BAHAGIAN 5

Saya tidak ingat apa yang saya lakukan pada 9 Mac kecuali ke rumah ibu saya di Taman Seri Keramat. Dia memberitahu saya supaya jangan suka sangat, kemenangan ini adalah satu tanggung jawab yang besar. Tugas pertama saya selepas itu adalah membuka sebuah pusat khidmat ADUN. Kami memang ada sebuah pusat khidmat di nombor 20, Jalan H, Kg. Pandan. Berkongsi premis dengan Markas PAS Kawasan Pandan. Tetapi setelah beberapa kali dibuka, kami merasakan ianya kurang sesuai kerana terganggu oleh aktiviti-aktiviti Parti. Kami pun mengambil keputusan untuk berpindah ke Taman Angsana Hilir. Sebelum pilihanraya kami telah membeli sebuah pangsapuri di blok rumah kedai di taman itu. Kami membelinya kerana ia berhadapan dengan MRR2, sekurang-kurangnya kami dapat menaikkan papan tanda PAS. Dalam masa lebih kurang setahun kami dapat mengumpul wang dari ahli-ahli dan penyokong-penyokong untuk membelinya secara tunai. Begitu hebat ahli-ahli ahli dan penyokong-penyokong PAS. Tan Sri Khalid Ibrahim telah men