Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI MAJLIS PERUNDINGAN RAKYAT CHEMPAKA (MPRC)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera, Pada kempen pilihan raya umum 2008 saya telah berjanji untuk meningkatkan penglibatan rakyat di dalam pentadbiran kerajaan jika menang di Chempaka. Sehubungan itu saya telah mencadangkan diwujudkan Parlimen Rakyat untuk memberi peluang kepada wakil-wakil masyarakat memberi pandangan. Janji ini telah ditunaikan setelah kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat di Chempaka apabila majlis-majlis dialog bersama rakyat kerap diadakan. Kali terakhir dialog ini diadakan adalah Dialog Isu-Isu Keselamatan pada 1 November lepas bersama pihak Polis dan MPAJ. Walau bagaimanapun untuk meningkatkan lagi penglibatan rakyat secara formal saya mencadangkan diwujudkan satu majlis perundingan yang dinamakan Majlis Perundingan Rakyat Chempaka (MPRC). Penubuhan MPRC ini adalah selari dengan matlamat Jawatankuasa Tetap Kehidupan Bandar Negeri Selangor iaitu "Memberdayakan Rakyat" atau "Empowering The People". MPRC akan dil...

SELANGOR TUBUH TABUNG UNTUK PULIHKAN PROJEK TERBENGKALAI.

Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan penubuhan satu tabung khas untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai. Tabung ini yang dinamakan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) akan memiliki dana sehingga RM20 juta. Dana ini akan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. Kos pemulihan akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan pembeli. Peratus kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan pembeli untuk memulihkan sesuatu projek terbengkalai adalah seperti berikut : ( i.) Rumah Kos Rendah (RM35,000 hingga RM42,000) - 100 peratus Kerajaan Negeri / 0 peratus pembeli. ( ii.) Rumah Kos Sederhana Rendah (RM72,000) - 80 peratus Kerajaan Negeri / 20 peratus pembeli. ( iii.) Rumah Kos Sederhana (RM100,000) - 70 peratus Kerajaan Negeri / 30 peratus pembeli. ( iv.) Harga jualan RM101,000 hingga RM200,000 - 40 peratus Kerajaan Negeri / 60 peratus pembeli. ( v.) Harga jualan RM201,000 hingga RM300,000 - 30 peratus K...

Merasmikan ceramah Hak-Hak Pengguna oleh Haji Yusuf Abdul Rahman dari FOMCA di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan malam tadi.

PEMBAYARAN SMUE DITERUSKAN SEPERTI BIASA.

Pembayaran untuk fasa pertama Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu RM1,000 akan diteruskan seperti biasa. Pembayaran adalah melalui saluran biasa iaitu Ahli Dewan Negeri (ADN) Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) dan Penyelaras Kawasan Dewan Negeri (KDN) Pakatan Rakyat. Tidak pernah ada arahan dari kerajaan negeri untuk menggantung program ini. Untuk sebarang pertanyaaan orang ramai bolehlah menghubungi ADN Pakatan Rakyat atau Penyelaras KDN Pakatan Rakyat mereka. Mereka juga boleh menghubungi Rantaian Mesra Sdn Bhd di 03-5510 3468 / 3472 (En Mohd Fauzi Nordin). Iskandar A Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Negeri Selangor 21 Ogos 2014

TABUNG L'CERIA : RM5 JUTA KHUSUS UNTUK BAIKPULIH LIF.

Kerajaan negeri Selangor hari ini telah memanggil kontraktor-kontraktor lif utama di negara ini bagi membincangkan masalah lif-lif di rumah kos rendah. Pertemuan telah dipengerusikan Menteri Besar serta dihadiri oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar YB Iskandar A. Samad dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) Puan Norzaton Aini Mohd. Kassim. Minggu lepas kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan tabung L'CERIA bertujuan untuk membantu penduduk pangsapuri kos rendah membaik pulih lif-lif mereka. Had tabung ini telah ditetapkan pada RM5 juta. Sejak 2012 kerajaan negeri telah menubuhkan Tabung Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA bagi membantu penduduk pangsapuri kos rendah membaikpulih pangsapuri mereka. Lebih RM13 juta telah dibelanjakan bagi Fasa 1. Pada awal tahun ini kerajaan negeri juga telah juga meluluskan had bagi tabung ini sebanyak RM13 juta. Walau bagaimanapun 70 peratus dari peruntukan ini aka...

LAWATAN KE BILIK GERAKAN SEROJA PANGSAPURI KENANGA, BUKIT BERUNTUNG.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad telah mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan SEROJA (Skim Rondaan Keselamatan Dan Kejiranan) Pangsapuri Kenanga, Bukit Beruntung pada 17 Ogos lepas. SEROJA adalah seperti Rukun Tetangga yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor di pangsapuri-pangsapuri kos rendah. Setiap skim yang diwujudkan akan mendapat peruntukan RM10,000 setahun bagi menganjurkan program-program kemasyarakatan. Peserta SEROJA yang menjalankan rondaan dilindungi oleh kerajaan negeri jika berlaku kecederaan, kemalangan atau musibah. Sasaran untuk tahun hadapan adalah memastikan 50 kawasan pangsapuri kos rendah akan menyertai SEROJA. Untuk tahun ini 5 kawasan pangsapuri telah menyertai skim ini dan 10 kawasan telah diluluskan untuk dilaksanakan. Skim ini bukan hanya bertujuan untuk mengurangkan kejadian jenayah dan vandalisme tetapi dapat mewujudkan semangat kerjasama di kalangan penduduk. Iskandar A Sa...

DARI CORETAN YDP SIRI 59 : SEBUAH BASIKAL CHOPPER

Saya masih ingat ketika Darjah 5 di mana saya teringin sangat hendak memiliki sebuah basikal berjenama "Chopper”. Ketika itu ramai rakan-rakan di Seksyen 14, Petaling Jaya atau di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya memiliki basikal tersebut. Walau bagaimanapun hajat saya tidak kesampaian kerana saya tidak dibelikan basikal "Chopper" tetapi basikal yang seperti "Chopper". Walaupun bentuknya seperti "Chopper" tetapi ia tetap bukan "Chopper". Saya tidak ingat apakah jenamanya, mungkin  "Dragon" atau "Crane". Saya tidak faham kenapa ibu bapa saya tidak membeli jenama "Chopper". Ia hanya beberapa puluh ringgit lebih mahal dari jenama yang ibubapa saya belikan. Ibubapa saya boleh membeli barang yang lebih mahal dari basikal tersebut tetapi tidak mahu membeli basikal "Chopper" saya. Selama beberapa tahun saya tertanya-tanya kenapa saya tidak dibelikan basikal berjenama tersebut. Saya hanyalah faham ...

Dari CORETAN YDP Siri 60 : CAMEROON OH CAMEROON

Ketika coretan ini ditulis 3 negara telah disahkan akan pulang awal dari kejohanan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil kerana telah kalah 2 perlawanan. Negara-negara itu adalah pemenang kejohanan yang lepas, Sepanyol, Cameroon dan Australia. Mungkin ramai yang terkejut akan nasib yang menimpa Sepanyol dan ramai juga yang mengandaikan pemain-pemain negara itu telah menjual perlawanan mereka. Kalau benar, memang hebat bookie-bookie yang terlibat. Mungkin dari Malaysia agaknya. Walau bagaimanapun, pada saya iktibar yang patut kita ambil adalah nasib yang menimpa Cameroon. Tentang Australia, tidak ramai yang menjangkakan mereka boleh pergi jauh walaupun negara itu mempunyai ramai pemain yang beraksi di Eropah. Terdapat kisah yang tersendiri bagi Cameroon yang boleh menjadi pengajaran kepada kita semua. Cameroon pertama kali menyertai Piala Dunia dalam tahun 1982 di Sepanyol. Mereka tidak pernah kalah pada kejohanan tersebut. Mereka seri 3 kali tetapi telah tersin...

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

Dari Coretan YDP 57 ....... KISAH BUDAK BELANDA.

Bulan lepas terdapat berita yang menggemparkan dari negara Belanda di mana kerajaan di sana bercadang menutup 19 buah penjara kerana bilangan banduan yang tidak mencukupi. Menurut berita tersebut kadar jenayah di negara Eropah itu telah menurun dan terdapat 9,710 banduan berbanding dengan 9,914 pegawai penjara. Terdapat lebih ramai pegawai penjara dari banduan. Ini berbeza dengan Amerika Syarikat di mana bilangan banduan adalah 5 kali ganda bilangan pegawai penjara. Saya telah cuba mencari maklumat yang sama bagi Malaysia tetapi masih belum berjumpa hingga ke saat ini. Selain dari kadar jenayah yang berkurangan, negara Belanda telah memperkenalkan system “electronic tagging” di mana pesalah jenayah ringan dibenarkan pulang ke rumah dan bekerja seperti biasa tetapi setiap gerak-geri mereka dipantau. Saya bukanlah pakar tentang negara Belanda. Ramai dari kita tidak mengetahui banyak perkara tentang negara itu. Yang kita tahu mereka adalah penjajah yang cukup kejam. Merek...

CORETAN YDP SIRI 55 - JADILAH SEORANG NEGARAWAN.

Pada 5 Mei Isnin lepas maka genaplah satu tahun PRU 13. Satu pilihan raya yang amat menakjubkan dengan keputusan-keputusan sekali seumur hidup (once in a lifetime results). Bagi kita di Selangor, majoriti di bawah 5,000 dikira kecil. Majoriti tertinggi PAS adalah lebih 16,000 di Seri Serdang. Bagi Chempaka, majoriti kita meningkat dari lebih kurang 1,000 sehingga hampir 10,000 GELOMBANG ABU Ada yang berkata keputusan ini adalah hasil dari kerja keras di peringkat akar umbi. Tetapi ada yang berkata bahawa ia adalah akibat gelombang yang melanda seluruh negara. Gelombang ABU. Gelombang "Asalkan Bukan UMNO" atau "Gelombang Anything But Umno". Mereka berpandangan tidak ada seorangpun yang boleh mendabik dada merekalah yang bekerja begitu keras sehingga mendapat majoriti 7,000, 10,000 atau 16,000. Kesemuanya adalah tsunami rakyat menolak UMNO dan BN. Tetapi pada saya tidak mustahil untuk kita melihat senario yang sama berulang lagi. PRU 2013 mungkin merupa...

PENEROKA BANDAR KG. RIMBA JAYA AKAN DAPAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN.

Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan sebuah bank untuk membiayai bekas peneroka-peneroka bandar (setinggan) Kg Rimba Jaya membeli rumah kos rendah mereka. Peneroka-peneroka tersebut telah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman biasa daripada bank. Di bawah program ini Kerajaan Negeri akan menjadi penjamin. Program ini adalah sebahagian dari program pinjaman perumahan yang akan diusahakan oleh Kerajaan Negeri sepertimana yang dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum 2013. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri masih belum lagi mendapatkan persetujuan dari mana-mana bank untuk membiayai 2 lagi kes yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Kes-kes itu adalah untuk pembeli Rumah Kos Rendah Sg Sering di Hulu Kelang dan peneroka bandar Pandan Jaya. Sekiranya usaha ini gagal maka Kerajaan Negeri perlu mencari jalan penyelesaian lain iaitu tanpa melalui mana-mana bank. Walau bagaimanpun sebarang program pe...

KENYATAAN AKHBAR : DAKWAAN HANYA 10 PERATUS RUMAH RM42,000 WAJIB DIBINA TIDAK TEPAT.

KENYATAAN AKHBAR : DAKWAAN HANYA 10 PERATUS RUMAH RM42,000 WAJIB DIBINA TIDAK TEPAT. Dakwaan seorang Ahli Dewan Negeri Selangor dari Barisan Nasional bahawa polisi Rumah Selangorku hanya mewajibkan pemaju membina 10 peratus rumah berharga RM42,000 adalah tidak tepat. Rumah berharga RM42,000 adalah Rumah Selangorku Jenis A. Peratus jenis rumah yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah bergantung kepada lokasi projek. Bagi kawasan-kawasan di mana permintaan rumah-rumah tersebut adalah rendah, hanya 10 peratus diwajibkan dibina. Tetapi di kawasan-kawasan di mana terdapat permintaan, pemaju wajib membina sehingga 20 peratus rumah jenis A sepertimana polisi yang lama. Contohnya 20 peratus rumah jenis A ini diwajibkan dibina bagi projek-projek di antara 10 hingga 20 ekar di Zon 1 dan Zon 2 di mana permintaan bagi rumah tersebut adalah yang paling tinggi. Zon 1 adalah kawasan Lembah Kelang meliputi mukim-mukim di dalam daerah-daerah berikut, 1.) Petaling - Keseluruhan Daerah ...

KENYATAAN AKHBAR EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PENEROKA BANDAR NEGERI SELANGOR : PEMAJU LEWATKAN PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK AKAN DIAMBIL TINDAKAN.

Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju-pemaju yang telah mendapat kelulusan untuk membina Rumah Mampu Milik (RMM) tetapi gagal mengemukakan permohonan untuk Kebenaran Merancang (KM). 3 projek telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri / Exco dalam tahun 2011 tetapi tiada yang telah mendapat KM. 10 projek dalam tahun 2012 dan 2 projek telah mendapat KM. 14 projek dalam tahun 2013 dan 1 projek telah mendapat KM. 4 projek dalam tahun 2014. Satu jawatankuasa khas di bawah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah ditubuhkan untuk memantau pembinaan RMM dan terdapat di antara pemaju-pemaju terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Pemaju-pemaju akan diarah untuk mengemukakan permohonan KM mereka dalam masa 6 bulan iaitu sebelum November 2014. Pembinaan mesti bermula dalam masa setahun setelah KM diperolehi. Sekiranya terdapat pemaju yang berdegil maka Kerajaan Negeri boleh membatalkan kelulusan MMKN untuk RMM ...

PERJUANGAN KELUARGA PENJUAL KAIN BAJU....

Malam tadi lebih kurang jam 11.15 ketika melalui tapak pasar malam Taman Kencana saya telah ternampak satu keluarga yang sedang mengemas. Mereka memang setiap minggu menjual kain baju di situ. Turut bersama adalah kanak-kanak yang berumur sekitar 5 hingga 8 tahun. Amat menyedihkan kerana kanak-kanak lain mungkin telah nyeyak tidur tetapi kanak-kanak ini terpaksa keluar berniaga dengan ibu bapa mereka. Begitulah keadaannya setiap minggu. Begitu gigih usaha mereka.  Pengorbanan keluarga itu patut menjadi pengajaran kepada mereka yang hanya mengharapkan bantuan atau subsidi. Mereka yang merasakan masyarakat atau kerajaan WAJIB membantu mereka walaupun mereka itu sihat walafiat dan berkemampuan. Walaupun Allah SWT mengurniakan kesihatan dan akal fikiran namun mereka enggan memanfaatkannya. Mungkin budaya ini telah sebati dalam masyarakat kita sejak berpuluh tahun. Adakah ia salah Kerajaan Barisan Nasional? Atau salah semua kerajaan termasuk Kerajaan Pakatan Rakyat? Pada hakikatnya raky...

PEMUNGUT KOTAK YANG MULIA

Ketika ada yang meminta projek dari saya agar dapat menyara kehidupan, saya mendapat tahu ada pemungut kotak dan besi buruk berbangsa Rohingya yang boleh mendapat sehingga RM150 hingga RM200 sehari. Seorang kawan memberitahu terdapat ahli jemaah surau beliau yang berbangsa Rohingya dan dia yang membayar bil elektrik surau itu, lebih RM200, yang selalunya ditampal di papan tanda surau. Dari peristiwa te rsebut dapatlah diketahui pendapatan sebenar pemungut kotak dan besi buruk ini. Mungkin sehinggga RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Oleh itu, lain kali apabila berjumpa dengan pemungut kotak dan besi buruk yang berkereta tolak, janganlah kita pandang mereka hina.  Pertama, mereka telah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal tanpa bantuan atau subsidi dari sesiapa.  Kedua, pendapatan mereka mungkin lebih tinggi dari kita.

LAWATAN TAPAK EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PENEROKA BANDAR NEGERI SELANGOR KE PROJEK TERBENGKALAI PANGSAPURI SAGA SURIA YANG TELAH BERJAYA DIPULIHKAN.

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Tuan Iskandar Abdul Samad, EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor akan mengadakan lawatan ke pangsapuri tersebut sepertimana butiran berikut: Tarikh : 21 Mac 2014 (Jumaat) Masa : 3.00 petang Tempat : Pangsapuri Saga Suria, Taman Saga , 68000 Ampang, Kuala Lumpur. Tempat berkumpul : Stesyen Bh Petrol, Jalan Taman Putra, Ampang. Jam 2.45 petang. Pangsapuri ini telah mula dibina pada tahun 2006 tetapi telah terbengkalai. Ia mengandungi 468 unit Rumah Kos Rendah. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor telah memantau projek ini dari masa ke semasa. YB Exco Perumahan telah turut mengadakan 2 lawatan tapak sebelum ini. Mesyuarat pemantauan telah juga diadakan. Akhirnya Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) telah dikeluarkan pada bulan Disember 2013. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tuan Haji Suhaimi di talian 019-759 8622 atau Encik Hafiz di talian 013-246 9027 / 013-635 7990. Para wartawan dan ju...

BUKIT BOTAK : DULU TIDAK YAKIN, HARI INI MENJADI REBUTAN.

Pada mesyuarat JK Tetap Perumahan minggu lepas isu Bukit Botak telah dibincang secara panjang lebar. Alhamdulillah isu peneroka bandar di situ telah hampir selesai. Lebih 1,400 buah rumah berkembar (semi detached) telah siap dibina dan boleh diduduki. Pada awalnya ramai tidak yakin dengan penyelesaian Kerajaan Negeri Selangor. Ramai yang marah kerana Kerajaan Negeri hendak menjual rumah kepada peneroka dengan harga RM99,000. Tetapi hari ini tidak ramai yang marah lagi kerana harga di pasaran rumah-rumah tersebut adalah melebihi RM300,000. Hari ini ramai yang hendak memiliki rumah di Bukit Botak. Apabila PKNS membuka untuk jualan baki rumah-rumah di sana, lebih kurang 200 buah, ribuan telah memohon. Sekarang ini telah menimbulkan masalah yang lain. PKNS telah dituduh tidak adil di dalam mengendalikan penjualan baki rumah-rumah itu seolah-olah adalah menjadi hak mereka yang menuduh untuk membeli rumah-rumah tersebut. Tidaklah diketahui dari mana mereka mendapat idea itu. Sebenarnya PKNS ...