Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Isi perut terburai di Hulu Selangor!

Memang benar banyak yang dapat dipelajari dari pilihanraya kecil Hulu Selangor. Tetapi yang paling penting bagi saya dan mereka yang bergerak di peringkat akar umbi adalah kita sekarang tahu siapa kawan dan lawan. Di Pandan dan tentu serupa di kawasan-kawasan lain, kami didatangi oleh mereka yang mengaku menyokong Pakatan. Mungkin pada anggapan mereka kalau kata sokong Pakatan senang dapat sokongan, kelulusan, bantuan atau peruntukan. Kadang kala mereka marah-marah kerana tidak dapat apa yang mereka mahu dan berkata sia-sia menyokong Pakatan. Walhal di masa yang sama mereka yang telah bertahun-tahun mengedar risalah atau bertugas di ceramah-ceramah tidak pula menuntut itu dan ini. Tetapi isi perut mereka terburai di Hulu Selangor. Kita nampak siapa mereka. Kita tahu siapa mereka. Kita pun ada menghantar orang ke bilik gerakan UMNO Pandan di Hulu Selangor. Kalau betul bersama kita, kenapa bekerja untuk BN? Ada seorang yang cukup baik dengan kita. Bila bercerita memberi sokongan kepada k

PARA PENIAGA DIGESA AGAR TIDAK TUNDUK KEPADA UGUTAN

Pejabat saya telah membuat siasatan dan mendapati banyak perniagaan di atas tanah kerajaan, kawasan lapang, kawasan landskap, tempat letak kereta, rizab jalan dan rizab-rizab lain tidak menyumbang sebarang hasil kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Walau bagaimanapun, para peniaga telah membayar sumbangan kepada orang-orang perseorangan seperti Ketua UMNO Cawangan. Sehubungan itu, saya akan meminta MPAJ memastikan agar amalan-amalan sedemikian diberhentikan serta merta. Perkara yang sama telah dibangkitkan di dalam sidang Dewan Negeri Selangor awal bulan ini. Sebagai ADUN saya akan meminta MPAJ mengambil tindakan yang sewajar ke atas perniagaan-perniagaan tersebut. Saya akan mengadakan satu perbincangan dengan MPAJ berkenaan senarai peniaga yang terlibat hasil dari siasatan pejabat saya. Saya berharap para peniaga akan melapurkan kepada MPAJ atau pihak Polis tentang sebarang ugutan yang mereka terima. Tidak ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang hak ke atas kawasan-kawasa

Isu MPAJ hentikan bayaran sewa rumah untuk bekas penduduk setinggan

Di bawah program Setinggan Sifar kerajaan BN negeri Selangor yang lepas, penduduk yang tinggal di atas tanah kerajaan atau rizab kerajaan akan ditempatkan di rumah transit dengan sewanya dibayar oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga rumah kekal mereka siap dibina. Walau bagaimanapun, terdapat rumah kekal atau penempatan-penempatan semula ini yang gagal dibina menurut jadual yang menyebabkan PBT terpaksa menanggung bayaran sewa yang lebih lama dari yang sepatutnya. Malangnya tidak ada perjanjian yang ditandatangani yang membolehkan PBT-PBT membuat tuntutan ke atas pemaju yang gagal menyiapkan penempatan-penempatan semula ini menurut jadual. Kerajaan negeri menyedari hakikat ini maka mesyuarat Exco pada 11 Februari 2009 telah memutuskan menjadi tanggung jawab PBT untuk memastikan penempatan-penempatan semula ini disiapkan menurut jadual. Sementara itu, sewa rumah-rumah transit akan terus ditanggung oleh PBT. Kerajaan negeri mahu PBT lebih serius di dalam memastikan penempatan-penem

BN guna pelajar politeknik di Hulu Selangor

Saya telah solat zuhur di Masjid Bandar Baru Batang Kali Seksyen 4. Terdapat ramai budak-budak muda yang memakai t-shirt putih BN yang solat di sana. Setelah ditanya rupa-rupanya mereka adalah pelajar-pelajar Politeknik Shah Alam. Mereka diberi RM30, makan dan tempat tinggal untuk berkempen untuk BN. Mana dia tindakan pihak polis? Mana dia tindakan SPR? Cakap tak serupa bikin! Bandar Baru Batang Kali 2.30 petang 25 April 2010

Hulu Selangor : Kenapa rakyat perlu bimbang?

Pengundi Hulu Selangor telah mula membuang undi untuk memilih wakil rakyat mereka. Jelas sekali pilihanraya kecil kali ini berlainan dari 9 pilihanraya kecil selepas 8 Mac 2008. Seperti biasa BN telah mengerahkan jentera kerajaan Persekutuan. Tetapi mereka juga mendakwa PR telah mengerahkan jentera kerajaan Negeri. Adakah ini benar? Memang benar banyak program-program kerajaan Negeri telah bertumpu di Hulu Selangor sejak dua minggu lepas. Tetapi ini adalah satu tindakbalas kepada tindakan kerajaan Persekutuan membanjiri kawasan Parlimen itu dengan pelbagai program-program Persekutuan. Kita mempunyai tetamu-tetamu maka kita seharusnya meraikan mereka. Hampir semua Menteri Kabinet telah turun ke Hulu Selangor maka tidak salah Exco-Exco turut berkampung di Hulu Selangor. Lagipun ini negeri kami, kami kerap naik turun ke Hulu Selangor. Saya telah banyak kali turun ke Hulu Selangor sejak dilantik sebagai Exco sehingga lupa berapa kali. 10 kali? 20 kali? 30 kali. Hanya PA saya yang tahu. Tet

BN cuba sabotaj Himpunan Anak-Anak Felda Generasi Kedua Di Sg Tengi.

Insiden berlaku ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berucap menutup himpunan lebih kurang jam 6.10 petang tadi. Mula kenderaan-kenderaan BN yang memasang lagu dengan kuat telah dihantar untuk mengganggu ucapan Tan Sri Khalid. Setelah itu gagal maka dihantar kumpulan budak-budak motor. Walaupun ucapan itu terganggu sekejap tetapi akhirnya budak-budak motor itu cabut lari. 24 April 2010

Najib ugut lagi!

Sah saya dengar dalam berita TV jam 8 tadi Najib kata dia akan beri sumbangan RM3 juta kepada Sekolah Cina Rasa jika BN menang di Hulu Selangor. Terang dan jelas, tanpa segan silu PM berkata kalau hari Ahad BN menang, RM3 juta akan dimasukkan ke dalam akaun Lembaga Pengarah sekolah itu hari Isnin. Adakah itu satu ugutan? Atau lebih kepada rasuah? Walau apa sekalipun, BN memang kaki ugut dan kaki rasuah. 10.25 malam Sabtu 24 April 2010

Kempen Pangsapuri Ku Indah, Bersih Dan Ceria di Pangsapuri Seri Kembangan, Bukit Beruntung pada 24 April 2010.

Kempen Pangsapuri Ku Indah, Bersih Dan Ceria di Pangsapuri Seri Kembangan, Bukit Beruntung pada 24 April 2010.

Tawaran BN untuk menyelesaikan masalah peneroka Felda Sg Buaya

Baguslah PM petang tadi berkata hendak menyelesaikan masalah peneroka-peneroka tersebut. Alhamdulillah mereka sudah mendapat RM50,000 sebagai pendahuluan kepada penyelesaiannya. Saya menyokong jika penyelesaian itu adil kepada semua pihak. Itulah sepatutnya, masalah ini dari zaman BN lagi, sudah 15 tahun. BN tidak boleh cuci tangan. Tetapi yang kurang sedap didengari bila PM berkata ada syarat untuk menyelesaikannya. Syaratnya BN kena menang. Kalau tidak silap saya itu yang saya dengar dari ucapan PM yang disiar di dalam berita TV. Kenapa perlu diugut peneroka-peneroka yang telah lama menunggu? Beginikah kerajaan yang mengutamakan rakyat? Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah meletakkan syarat untuk memberi air percuma atau hadiah kepada bayi yang lahir di Selangor. Kami tidak bertanya BN atau Pakatan. Setiap rakyat Selangor diberi layanan yang adil. Berbalik kepada Sg Buaya, kerajaan negeri akan memantau perkembangan selanjutnya. Kami tidak mahu peneroka tertipu lagi. Kerajaan negeri

Penyampaian sijil-sijil JMB kepada 5 pangsapuri di Bt Beruntung dan Bt Sentosa pada 10 April 2010.

Lawatan YAB Dato' Menteri Besar Selangor ke Felda Sg. Buaya 9.00 pagi Jumaat 23 April 2010

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PENYELESAIAN MASALAH SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CF) DI BUKIT BERUNTUNG DAN BUKIT SENTOSA.

Wakil-wakil penduduk dari 5 taman perumahan telah menerima replika CF dari YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada satu majlis kesyukuran di Surau Ar-Raudah pada 22 April 2010.

Kempen Pangsapuri Ku Bersih, Ceria Dan Harmoni

Siapa sapu duit baiki bumbung?

Fakta-faktanya : BN -Peruntukan awal RM15.6 juta untuk 50 blok -Peruntukan tambahan RM2.1 juta untuk 7 blok -Jumlah RM17.7 juta untuk 57 blok -Kos purata satu blok RM310,526.32 PAKATAN RAKYAT -Kos membaiki RM372,196 untuk 2 blok -Kos purata satu blok RM186,096 KOS BAIKI BN RM120,000 LEBIH MAHAL DARI PAKATAN RAKYAT! KATAKANLAH KOS MENGECAT DAN BAIKPULIH LAIN-LAIN RM50,000, MASIH RM70,000 LEBIH MAHAL! ITU UNTUK SATU BLOK, UNTUK 57 BLOK BERAPA? RM3.99 JUTA! SIAPA SUDAH SAPU?

CENDOL TG. MALIM

NOSTALGIA TANJUNG MALIM

Minggu ni dah 2 kali sarapan di Tg. Malim. Ada program pagi di Hulu Bernam dan Kalumpang. Jadi selalunya sampai awal dan sempat sarapan di seberang Sg. Bernam di Tg. Malim. Saja nak tengok-tengok. Masa sekolah dulu apabila ibu bapa saya menghantar saya balik ke asrama di Kuala Kangsar, kami akan berhenti rehat dan makan di Tg. Malim. Ketika itu Tg. Malim rasanya begitu jauh dari KL. Macam nak pergi Pahang. Tetapi Tg. Malim sekarang tidak sesibuk dulu. Dah jam 9 lebih pun tak ramai orang dan tak banyak kereta. Dengan adanya lebuhraya, ramai tak singgah di sini lagi. Dah kena by pass. Dalam tahun-tahun 70'an dan 80'an kedai-kedai seperti ini menjadi tumpuan utama. Semua ada dijualnya. Dari sapu tangan ke botol susu. Dari surat khabar ke bedak sejuk. Tetapi semuanya tinggal sejarah. Seperti zaman kegemilangan BN di Selangor. 22 April 2010

KURANG AJAR!

Kain rentang, poster dan bendera BN serta MIC di pagar Sekolah Menengah Bandar Baru Batang Kali.

MASALAH SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CF) PEMILIK-PEMILIK 5 PEMBANGUNAN DI BUKIT BERUNTUNG DAN BUKIT SENTOSA SELESAI

Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah bersetuju akan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ketiadaan Sijil Layak Menduduki (CF) yang membimbangkan pemilik-pemilik rumah di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Hulu Selangor sejak tahun 2002. Sebelum ini pembangunan-pembangunan yang terlibat telah hanya dikeluarkan Sijil Layak Menduduki Sementara (TCF) kerana terdapat jalan-jalan yang tidak lagi dibina dengan sepenuhnya oleh pemaju. Contohnya terdapat jalan 4 lorong yang baru dibina 2 lorong. Hari ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melengkapkan pembinaan jalan-jalan itu dan kosnya akan dicaj kepada pemaju atau kumpulan syarikat pemaju tersebut. Oleh itu, sijil layak menduduki boleh dikeluarkan secepat mungkin untuk 1,521 unit kediaman yang terlibat. Majlis penyerahan akan disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Menteri Besar pada 22 April 2010, jam 8.30 malam di Jalan Widuri, Seksyen BB 18, Bukit Beruntung. Pembangunan-pembangunan yang terlibat adalah: a)

PEMBERIAN AIR PERCUMA 20 METER PADU KEPADA PERUMAHAN BERTINGKAT KOS RENDAH YANG MENGGUNAKAN METER AIR PUKAL

Kerajaan Negeri mahu penduduk pangsapuri-pangsapuri atau pembangunan berstrata yang lain melakukan migrasi ke meter individu. Dengan itu, mereka boleh menikmati skim air percuma 20 meter padu. Walau bagaimanapun, agar mereka yang berpendapatan rendah dapat menikmati skim air percuma ini sebelum migrasi dapat dilakukan, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kupon-kupon yang bersamaan dengan nilai 20 meter padu air kepada penduduk pangsapuri kos rendah. Kupon-kupon ini akan diedarkan melalui Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner of Building (COB) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada penduduk melalui pemaju, agen pengurusan, Badan Pengurusan Bersama/JMB atau Perbadanan Pengurusan/MC. Skim ini akan dilaksanakan di beberapa kawasan perintis terlebih dahulu mulai bulan Jun 2010. Terdapat 620 pembangunan pangsapuri kos rendah yang belum melakukan migrasi. Ini merangkumi 168,479 unit kediaman. Kos untuk memberi air percuma kepada pangsapuri-pangsapuri ini dianggarkan RM24,422

TIDAK BENAR JENTERA PAS TIDAK TURUN DI HULU SELANGOR!

Adalah tidak benar dakwaan sesetengah pihak bahawa jentera PAS tidak turun di Hulu Selangor. Di antara parti-parti Pakatan Rakyat, PAS mempunyai Cawangan yang terbanyak di kawasan Parlimen itu. Sebagai sebuah jemaah Islam, PAS tidak hanya menubuhkan Cawangan-Cawangan di kawasan yang hendak ditandingi. Selain dari tanggung jawab politik terdapat tanggung jawab dakwah yang lebih penting. Oleh itu, selain kawasan DUN Hulu Bernam yang PAS tandingi dalam tahun 2008, PAS juga ada Cawangan-Cawangan di Kuala Kubu Baru dan Batang Kali. Menerusi Cawangan-Cawangan tersebut, PAS telah menyiapkan bilik-bilik gerakan mereka sebelum hari penamaan calon lagi. Tetapi mungkin cara kempen yang berlainan dan persefahaman di antara parti yang menyebabkan kehadiran PAS tidak menonjol. Pertama adalah kempen dari rumah ke rumah yang diberi lebih keutamaan. Ianya lebih efektif dari ceramah-ceramah yang kadang kala hanya menarik minat para penyokong sahaja. Oleh itu, tanpa ceramah-ceramah besar yang banyak maka

BERSAMA MENTERI BESAR DI PERPUSTAKAAN PEKAN HULU BERNAM 19 APRIL 2010

UiTM untuk rakyat Selangor atau UiTM untuk YBK?

Akhbar hari ini melaporkan Yayasan Basmi Kemiskinan atau YBK akan menyaman dua orang ADUN. Nama mereka tidak disebut tetapi sudah tentu ADUN Selangor. Nampaknya aktiviti utama YBK sekarang bukan untuk basmi kemiskinan tapi menyaman orang. Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Exco-Exco Selangor dan Pentadbir Tanah Selangor diberitakan akan disaman. Kalau benar YBK hendak membasmi kemiskinan, buktikanlah! Kenapa perlu ke mahkamah? Begitu juga dengan UiTM. Kalau benar UiTM untuk rakyat Selangor, teruskan pembinaan. Ada banyak tanah-tanah di Hulu Selangor yang boleh Kerajaan Negeri berikan. Tetapi apabila UiTM tidak jadi dibina di Hulu Selangor dan hendak dibina di Melaka. Nampak sangat projek UiTM ini untuk kepentingan YBK semata-mata bukan untuk rakyat. Iskandar A. Samad 17 April 2010

PERASMIAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI PANGSAPURI MAWAR, BUKIT BERUNTUNG PADA 15 APRIL 2010.

BN SALAHGUNA JENTERA KERAJAAN DI BUKIT SENTOSA!

Gambar-gambar menunjukkan sebahagian dari anggota polis dan motorsikal-motorsikal polis yang hadir semasa satu program di Command Centre BN, Bukit Sentosa bagi pilihanraya kecil P.94 Hulu Selangor. Saya tidak tahu pemimpin BN yang mana yang hadir tetapi gambar-gambar ini dirakam pada jam 4 petang, Khamis 15 April 2010. BN memang pakar menyalahguna jentera kerajaan. Polis digunakan untuk program parti. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Sejak minggu lepas, Hulu Selangor telah dipenuhi dengan kenderaan agensi-agensi kerajaan Persekutuan yang menggunakan plet luar dari Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kita pun tahu tujuan apa kehadiran mereka. Pemimpin BN kata kerajaan negeri sedang berkampung di Kuala Kubu Baru. Sebenarnya ini bukan kali pertama Menteri Besar dan Exco-Exco bermesyuarat di luar Shah Alam. Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pernah diadakan di Sabak Bernam sebelum ini. Jadi tidak hairan jika ia diadakan di Kuala Kubu Baru kali ini. Saya sendiri sejak menjadi Exco telah

SOALAN NO. 3 DARI YB ABDUL RANI OSMAN (MERU) YANG DIJAWAB OLEH YB ISKANDAR A. SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN.

SOALAN NO.3, HARI KEDUA, PENGGAL KETIGA, SIDANG DUN SELANGOR KE 12. TAJUK : PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI a) Apakah masalah-masalah yang senarnya dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah terbengkalai di Taman Desa Kencana di DUN Meru yang merana kerana menunggu terlalu lama dan di masa yang sama terpaksa membayar bulanan di bank-bank? b) Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini? c) Apakah langkah-langkah sesuai yang eprlu diambil oleh pihak pembeli khususnya di Desa Kencana untuk menyelesaikan kemelut yang telah lama melanda mereka? JAWAPAN : Projek Taman Desa Kencana adalah di antara projek-projek terbengkalai yang masih belum disiapkan sepenuhnya. Buat makluman YB, masih terdapat 134 projek terbengkalai atau 48,539 unit setakat Januari 2010. Pecahan menurut Pihak Berkuasa Tempatam adalah seperti berikut: 1. Majlis Perbandaran Klang – 28 projek atau 4,134 unit 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya – 7 projek atau 2,996 unit 3. Majlis B

BN BAGAI ORANG YANG SETELAH BERCERAI BARU HENDAK BERTANYA KHABAR ANAK-ANAK

BN adalah bagaikan seorang suami yang tidak bertanggunjawab yang hanya setelah bercerai baru hendak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak. Hanya setelah kehilangan kuasa BN hendak menunjuk-nunjuk kononnya mereka prihatin terhadap nasib rakyat negeri Selangor. Walau bagaimanapun pentadbiran BN sebelum ini dipenuhi dengan penyelewengan, penindasan dan salahguna kuasa. Mereka sering mendakwa terdapat masalah-masalah yang gagal diselesaikan atau ditangani oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi pada hakikatnya BN yang menjadi punca kepada masalah-masalah tersebut. Ataupun BN yang telah diberi peluang memerintah negeri Selangor begitu lama telah gagal menyelesaikan masalah-masalah itu. Saya hairan apabila ada pemimpin BN yang menyalahkan kerajaan Pakatan kerana gagal menyelesai sesuatu masalah dalam masa 2 tahun walhal masalah itu telah wujud sejak bertahun-tahun di zaman mereka. Perangai BN sama seperti suami tadi yang selepas bercerai sibuk bertanya kenapa anak-anaknya tidak lulus peri

LAWATAN KE KAFA INTEGRASI KG. KUANTAN, BATANG KALI, HULU SELANGOR 9 APRIL 2010.

LAWATAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN KG. KUANTAN, BATANG KALI, HULU SELANGOR 9 APRIL 2010.

LAWATAN KE KAFA INTEGRASI BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR 8 APRIL 2010.

Lawatan telah diadakan untuk meninjau keperluan sekolah tersebut yang terletak di sebelah Masjid As-Salam. Sekolah dua sessi itu mempunyai 1400 orang pelajar. Satu bangunan tambahan telah diluluskan oleh JAIS untuk dibina.

RAKYAT YANG BERILMU AKAN TOLAK BN

Peningkatan kesedaran Islam turut akan menjadi faktor penentu kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah menyuburkan budaya ilmu di kalangan masyarakat Islam dengan menyediakan peluang-peluang bagi mereka untuk menambah ilmu pengetahuan. Masjid-masjid dan surau-surau giat menganjurkan majlis-majlis ilmu seperti kuliah, tazkirah dan forum. Ia menjadi pusat ilmu. Apabila rakyat menjadi semakin berilmu mereka akan dapat menilai dengan tepat pemimpin yang paling layak untuk memimpin mereka. Contohnya Al-Quran mengajar umat Islam bahawa Yahudi akan sentiasa memusuhi umat Islam maka umat Islam yang memahami hakikat ini akan menolak mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengan Yahudi. Dengan kesedaran terhadap aspek-aspek kerohanian ini maka rakyat juga akan menolak mereka yang mengamalkan budaya rasuah dan salahguna kuasa. Walau bagaimanapun, UMNO dan Barisan Nasional mahu rakyat terus jahil. Apabila rakyat jahil maka senanglah mereka diperbodoh-

PERASMIAN JAWATANKUASA PENAJA 6 CAWANGAN PAS OLEH YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA, TIMBALAN PRESIDEN PAS DAN AHLI PARLIMEN BACHOK PADA 5 APRIL 2010 DI PANDAN INDAH ANJURAN PAS KAWASAN PANDAN.

PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN WANITA 4 APRIL DI SEKOLAH KAFA INTEGRASI AR-RAHMANIAH, TAMAN DAGANG FASA 2A, AMPANG.

Ada dialog isu wanita, pameran dan peraduan mewarna kanak-kanak. Anjuran JKP Zon 15 pimpinan Ahli Majlis MPAJ, Tuan Haji Nik Mohd. Zain Mohammad. Selain merasmikan program, saya telah merasmikan pejabat pusat khidmat komuniti dan melepaskan anak-anak ikan untuk kolam Surau Ar-Rahmaniah.