KENYATAAN AKHBAR : DAKWAAN HANYA 10 PERATUS RUMAH RM42,000 WAJIB DIBINA TIDAK TEPAT. Dakwaan seorang Ahli Dewan Negeri Selangor dari Barisan Nasional bahawa polisi Rumah Selangorku hanya mewajibkan pemaju membina 10 peratus rumah berharga RM42,000 adalah tidak tepat. Rumah berharga RM42,000 adalah Rumah Selangorku Jenis A. Peratus jenis rumah yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah bergantung kepada lokasi projek. Bagi kawasan-kawasan di mana permintaan rumah-rumah tersebut adalah rendah, hanya 10 peratus diwajibkan dibina. Tetapi di kawasan-kawasan di mana terdapat permintaan, pemaju wajib membina sehingga 20 peratus rumah jenis A sepertimana polisi yang lama. Contohnya 20 peratus rumah jenis A ini diwajibkan dibina bagi projek-projek di antara 10 hingga 20 ekar di Zon 1 dan Zon 2 di mana permintaan bagi rumah tersebut adalah yang paling tinggi. Zon 1 adalah kawasan Lembah Kelang meliputi mukim-mukim di dalam daerah-daerah berikut, 1.) Petaling - Keseluruhan Daerah ...
Dato' Iskandar Abdul Samad