Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Di Majlis Sambutan Ramadhan ADUN Chempaka dan penyampaian sumbangan kepada masjid-masjid dan surau-surau DUN Chempaka 28 Julai 2011

Setiap masjid telah mendapat RM2,500 dan setiap surau telah mendapat RM1,000. Bantuan ini disampaikan setiap tahun sejak Chempaka diambil alih oleh PAS.

Tazkirah Tarawih malam pertama 1 Ogos 2011

Malam pertama Tarawih Ramadhan 1432.

Di mana?

29 Julai 2011 -Ibrahim dipanggil ke IPD Ampang Jaya

Sdra. Ibrahim Yahya, Penolong Setiausaha PAS Kawasan Pandan di IPD Ampang Jaya setelah mendapat notis 111. Turut kelihatan Tuan Hj Meor Rithuan Md. Said, TYDP dan Sdra. Mamat, AJK Pemuda. Beliau dipanggil kerana kes ceramah tanpa permit. Pening kepala memikirkan Polis ada masa buat kerja politik. Di Ampang Jaya ada hanya 168 anggota Polis tapi penduduk lebih 400,000. Ini bermakna nisbah polis kepada penduduk adalah 1: 3,000. Walhal menurut Polis Antarabangsa atau Interpol nisbah ini sepatutnya 1:250. Jadi hentikanlah kerja-kerja politik seperti menangkap OKU memakai baju Bersih. Tumpukan perhatian untuk menangkap penjenayah. Ragut, pecah rumah dan rompak ada di mana-mana. Lebih baik membanteras jenayah-jenayah ini.

25 Julai 2011 - Perasmian tandas awam di gelanggang bola keranjang Kg Baru Ampang oleh YB Iskandar A. Samad yang dibina dengan peruntukan beliau.

22 Disember 2010 - Turun padang di pasar malam Taman Dagang.

14 Disember 2010 - YB Iskandar A. Samad turun padang ke Kg. Baru Ampang meninjau masalah penduduk.

24 Julai 2011 - Ramah mesra YB Iskandar A. Samad bersama penduduk Indian Settlement, Kg. Pandan.

24 Julai 2011 - YB Iskandar A. Samad bersama Ahli Majlis MPAJ, Cik Lee Shok Jean dan JKP Zon 13.

24 Julai 2011 - Penyampaian sumbangan YB Iskandar A. Samad kepada penduduk Indian Settlement, Kg. Pandan.

12 Disember 2010 - Penduduk Taman Mawar, Ampang menerima surat hakmilik mereka setelah lebih 20 tahun menduduki rumah mereka.

KENYATAAN AKHBAR
PROGRAM MINUM PETANG BERSAMA ADUN CHEMPAKA DI INDIAN SETTLEMENT, KG. PANDAN, SELANGOR D.E.

Y.B. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka akan bersama-sama di dalam program minum petang bersama rakyat seperti berikut : Tarikh - 24 Julai 2011 (Ahad) Masa - 5.30 petang Tempat - Indian Settlement, Kg. Pandan, Selangor D.E. Wartawan dan jurufoto adalah dijemput hadir. Pejabat Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor 22 Julai 2011

KENYATAAN AKHBAR
PROGRAM ADUN CHEMPAKA BERSAMA RAKYAT DAN PERASMIAN TANDAS AWAM, LAMPU TAMAN DAN LAMPU LIMPAH DI KG. BARU AMPANG.

Y.B. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka akan bersama-sama di dalam program bersama rakyat seperti berikut : Tarikh - 24 Julai 2011 (Ahad) Masa - 8.30 pagi - 2.00 petang Tempat - Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Youth, Kg. Baru Ampang. Acara-acara menarik yang akan diadakan adalah : 1.) Pemeriksaan kesihatan 2.) Peraduan mewarna kanak-kanak 3.) Demonstrasi memasak 4.) Pertunjukan mencegah kebakaran 5.) Pameran-pameran Selain daripada itu, YB Iskandar juga akan merasmikan tandas awam, lampu taman dan lampu limpah yang disediakan dengan menggunakan peruntukan beliau. Kemudahan-kemudahan tersebut telah diminta oleh penduduk tempatan yang menggunakan gelanggang bola keranjang tersebut dan kemudahan-kemudahan rekreasi di sana. Wartawan dan jurufoto adalah dijemput hadir. Pejabat Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor 22 Julai 2011

Kenyataan Awang Adek hangatkan teori konspirasi menjatuhkan Najib.

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Husin semalam menyokong teori saya bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Najib sebagai Presiden UMNO dan PM. Awang Adek dilaporkan berkata Bank Negara Malaysia boleh membekukan akaun sesiapa sahaja yang menyalurkan bantuan kewangan kepada BERSIH 2.0. Kenyataan itu dibuat di dalam keadaan di mana sepanjang minggu lepas media antarabangsa melanyak kerajaan UMNO-BN Malaysia kerana tindakan keras ke atas rakyat pada BERSIH 2.0. Adakah Awang Adek tidak tahu implikasi kenyataan beliau? Imej Malaysia yang sekarang begitu buruk selepas 7/9 akan terus menjadi parah. Tetapi kenapa Menteri itu melakukannya? Tambahan pula kenyataan ini dibuat ketika PM Najib berada di luar negara. Sudah tentu kenyataan tersebut akan memberi tekanan lagi kepada Najib. Adakah ini sebahagian dari konspirasi untuk memberi tekanan ke atas Najib untuk melepaskan jawatan beliau? Najib telah menjadi bebanan kepada UMNO dan BN. Pak Lah ketika PM telah membiarkan

Idris di Majlis Penutup Kursus Bolasepak Anjuran Bersama PKNS FC dan ADUN Chempaka - 2 Julai 2011.

Suasana pilu menyelubungi Masjid Al Akram, Kg Dato Keramat jam 12 tengah malam apabila jenazah Dr. Lo' Lo' Ghazali dibawa masuk dari Hospital Selayang. Al Fatihah.

Ceramah Umum Dr. Tan Seng Giaw, Sdra. Lee Sang, Cik Lee Shiok Jean dan Iskandar A. Samad di Kg. Baru Ampang 17 Julai 2011.