Ada orang berkata seorang pemimpin tidak mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang beliau mahu laksanakan difahami dengan mudah oleh mereka yang dipimpin, Tetapi seorang pemimpin mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang beliau mahu laksanakan pada mulanya tidak difahami oleh mereka yang dipimpin. Mereka hanya akan memahaminya setelah perlaksanaan atau setelah beliau telah tiada. Seorang pemimpin yang hebat mestilah berupaya memandang jauh ke hadapan. Melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat. Menjangka apa yang orang lain tidak dapat menjangka. Setelah arahan atau idea beliau dilaksanakan barulah orang berkata, ”Betul jugak ye!”. Mungkin perkara ini benar dan mungkin juga tidak. Tetapi seorang pemimpin mestilah mempunyai idea-idea yang luarbiasa atau idea-idea yang menakjubkan untuk mengangkat martabat mereka yang dipimpin sehingga kadang kala ianya tidak masuk akal. Atau untuk membawa organisasi yang dipimpin ke satu tahap yang lebih tinggi atau mencapai sasaran-sasaran yang...
Dato' Iskandar Abdul Samad