Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2007

PROVOKASI DAN INFILTRASI

Bukan tujuan saya untuk membincangkan dengan panjang lebar tuntutan Hindu Rights Action Force atau Hindraf tetapi sekadar untuk berkongsi pendapat tentang impak perhimpunan 25 November itu. Tidak seperti perhimpunan Bersih pada 10 November, perhimpunan Hindraf itu kelihatan lebih ganas dengan ramai penyokong Hindraf dan pihak keselamatan mengalami kecederaan. Berdasarkan beberapa ceramah-ceramah Hindraf sebelum ini sama ada di Pulau Pinang, Banting atau Johor Baharu yang boleh ditonton di dalam laman “YouTube”, suasana panas pada perhimpunan Ahad lepas adalah sesuatu yang sudah dijangkakan. Pada pendapat saya perhimpunan itu mungkin akan memberi dua impak yang besar kepada rakyat terutamanya orang Melayu iaitu : 1. Memori perhimpunan aman Bersih mungkin akan telah terpadam kerana rakyat sekarang telah dihantui oleh babak baling-membaling dan lempar-melempar penyokong-penyokong Hindraf. 2. Orang Melayu mungkin akan merasa terancam dengan apa yang dilihat sebagai kebangkitan Hindu d

PERIHAL FATWA DAN MAJLIS SYURA

Ramai seperti saya yang amat berterima kasih kepada Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin di atas artikel DEMONSTRASI SAH DARI SEGI SYARA’ yang pada mulanya disiarkan di dalam Harakhdaily. Dengan artikel tersebut ianya dapat mematikan segala hujjah-hujjah yang mengatakan demonstrasi itu bukan budaya kita. Budaya asing. Budaya ganas. Budaya tidak bertamaddun. Ustaz Ghani telah menceritakan semula kisah bagaimana umat Islam berdemonstrasi, menunjukkan kekuatan apabila Saidina Umar R.A. memeluk Islam. Tetapi alangkah baik sekiranya bagi setiap isu yang dihadapi kita sekarang terdapat satu penjelasan yang mempunyai “authority” agar dapat di“pegang” oleh semua ahli. Di dalam hal demonstrasi baru-baru ini, saya yakin Ustaz Ghani mempunyai “authority” yang cukup kuat berdasarkan kedudukan tinggi beliau di dalam Parti dan hujjah beliau itu akan di“pegang” oleh ahli-ahli. Tetapi bukan sahaja demonstrasi tetapi banyak lagi perkara-perkara dari yang paling kecil kepada yang paling besar diperlukan p

BERSIHKAN BEKAS TAPAK MEDAN SELERA DI JALAN PANDAN ILMU

Masyarakat di Pandan Indah mahu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengarahkan pemilik tanah bekas sebuah medan selera dibersihkan dengan segera. Kawasan itu dipenuhi dengan semak-samun dan bangunan-bangunan yang hampir runtuh serta sampah-sarap. Ianya ditakuti menjadi sarang bagi binatang-binatang merbahaya seperti ular dan anjing liar selain dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kedudukannya di antara 2 buah sekolah bermakna ia boleh mengancam keselamatan pelajar-pelajar yang melalui kawasan itu. Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Abdul Samad, telah membangkitkan perkara ini ketika hari bertemu pelanggan MPAJ pada 25 Mei lepas tetapi sehingga kini belum terdapat sebarang tindakan.

POLIS LAMBAT BERTINDAK KERANA CAMPURTANGAN POLITIK?

Ramai yang berpendapat kelewatan pihak polis menangkap dan mendakwa penyerang yang cuba membunuh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali, berpunca dari campurtangan politik. Pada 28 September lepas, Suhaimi telah diserang selepas solat Jumaat di luar Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam. Penyerang yang dikenali masyarakat sebagai “Din Jepun” telah menumbuk Suhaimi sejurus selepas solat dan telah pergi untuk mendapatkan senjata untuk menyerang beliau sekali lagi. Suhaimi telah cedera di kepala, bahu, tangan dan kaki. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ampang Jaya pada 29 September tetapi Suhaimi atau pihak PAS belum lagi dimaklumkan tentang apa-apa tindakan oleh pihak polis. Ini amat mengejutkan kerana penyerang pernah menumbuk seorang petugas PAS dua tahun lalu dan dikenali oleh polis. Apa yang paling mengejutkan, penyerang yang juga dikenali ramai sebagai ahli Pemuda UMNO dan “orang kuat Datuk” telah hadir pada solat Jumaat di masjid yang sama pada ming

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BERJAYA MEMBELI PEJABAT SENDIRI

Pusat khidmat masyarakat PAS di DUN Cempaka telah berjaya membeli pejabatnya sendiri di Taman Angsana Hilir. Walaupun ditubuhkan kurang dari 2 tahun, hasil dari sokongan masyarakat ia telah berjaya memiliki pejabatnya sendiri. Buat masa ini ia berkongsi bangunan dengan pejabat PAS Kawasan Pandan di Kg. Pandan dan dijangka berpindah ke pejabat baru pada bulan Januari depan. Menurut penasihat pusat khidmat ini, Iskandar Abdul Samad (kiri), dengan pejabat sendiri pusat ini akan dapat memberi khidmat yang lebih berkesan kepada masyarakat di Pandan, khususnya di DUN Cempaka. Beliau yang juga Timbalan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan berkata pusat ini sekarang dibuka setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Selain dari menerima aduan rakyat, ia turut menawarkan khidmat nasihat guaman pada pagi Ahad kedua setiap bulan dan rawatan perubatan secara Islam pada pagi Ahad terakhir setiap bulan, tambah Islandar. Sementara it

Foto Perhimpunan BERSIH 10 November 2007 - Sekitar Masjid Jamek, Jln Raja Laut & Masjid India

SAYA TIADA PILIHAN

Pada pagi 26 Oktober lepas, setelah menghantar anak-anak ke sekolah di Keramat saya berasa kurang sihat dan mengambil keputusan untuk berehat di rumah ibu saya yang berdekatan. Ketika itu saya terasa berdebar-debar dan langsung tidak berdaya untuk pergi ke kerja. Saya merasakan terlalu letih walaupun untuk melangkahkan kaki ketika berjalan. Isteri saya telah beberapa kali menasihatkan saya berjumpa doktor kerana saya telah tidak merasa cergas sejak minggu terakhir bulan Ramadhan. Pada lebih kurang jam 11.30 pagi, saya telah ke kedai percetakan seorang kawan dari Ampang bagi menguruskan “bookmark” yang ditempah untuk diedarkan ketika ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim malam nanti. SOLAT JUMAAT Kemudian saya telah singgah di rumah sekejap untuk meminum air sebelum ke solat Jumaat di Bukit A, Kg. Cheras Baru. Sejurus selepas solat di dalam keadaan lemah dan tanpa menunggu doa saya telah terus ke kereta. Saya cuba berehat di situ sebentar dan setelah berasa segar sedikit, saya telah