Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

"ENGLISH @ CHEMPAKA"

-PROGRAM PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH -3 KALI SEMINGGU -HANYA RM30 SEBULAN -DI PUSAT KHIDMAT PAS PANDAN & ADUN CHEMPAKA, PANDAN INDAH. -UNTUK MAKLUMAT 0123645634 (RODZI) / 0122462982 (ZAHARAH) -DAFTARLAH DENGAN SEGERA -TEMPAT TERHAD -ANJURAN YB ISKANDAR A. SAMAD

Selangor to revive 38 abandoned projects

SHAH ALAM, June 30 – Thirty-eight abandoned housing and development projects in Selangor will be revived, state Housing, Building Management and Squatter Affairs Committee chairman Iskandar Abdul Samad said today. He said reviving the abandoned housing projects involving 4,532 units would take 18 to 36 months. Among the projects are the low-cost apartments involving 402 units and medium-cost apartments (180 units) in Ukay Bistari, Hulu Kelang and 964 units of semi-detached houses and bungalows in Klang and Kuala Langat. Iskandar had earlier witnessed the signing of an agreement between four original developers and eight contractors who will revive a number of abandoned housing projects in the state. He said the state government was only acting as facilitator in the effort to revive abandoned projects, while the effort was being undertaken by the task force on abandoned projects and assisted by two consultant companies, Rimbun Capital Sdn Bhd and RSS-PMC Sdn Bhd. Iskandar said the

Bagi komen sikit YB .......

Sejak isu kerajaan perpaduan menjadi hangat, tidak ada pemberita yang meminta ulasan saya tentangnya. Amat menghairankan kerana selalunya mereka akan menelefon saya apabila ada isu-isu yang panas. Tetapi kali ini tidak ada cerita tentang kerajaan perpaduan. Yang ada bertanya hanya tentang isu-isu perumahan, perancangan atau setinggan. Atau mungkin saya tidak menjawab telefon sejak beberapa hari yang lepas. Atau mungkin juga pada mereka tidak guna bertanya pandangan tentang kerajaan perpaduan kepada seseorang seperti saya yang sememangnya sudah berada di dalam kerajaan. Lainlah jika saya seorang ADUN di negeri yang dikuasai BN atau ahli Parlimen yang tidak terlibat dengan pentadbiran sesuatu kerajaan. Saya yakin mereka sudah menjangkakan jawapan saya dan ianya bukan sesuatu yang dapat digunakan untuk memecahbelahkan atau sekurang-kurang memburukkan PAS. Nampaknya ada semacam tiga jenis pendirian atau ulasan yang sedang dimainkan oleh media. Pertama, menyokong. Kedua, menentang. Keti

PERANG TERHADAP ALONG : HANYA SATU SANDIWARA!

Sebelum Muktamar, heboh cerita pasal Along. Kononnya polis sedang memburu Along yang merantai mangsa-mangsanya. Ada yang ditangkap, ada yang terlepas. Cerita Along merantai mangsa bukan perkara baru. Cerita kewujudan "penjara" Along juga bukan satu yang baru. Sudah lama kita mendengar tentang wujudnya "penjara" itu di Pandan Indah. Tetapi kenapa dengan tiba-tiba cerita Along itu hilang begitu sahaja? Baru satu sahaja kumpulan Along yang diburu. Bagaimana dengan beratus-ratus kumpulan Along yang lain? Apa sebenarnya yang dilakukan pihak polis? Beribu-ribu poster, kain rentang dan risalah Along ditampal, digantung dan diedar. Mustahil pihak polis tidak dapat mengesan mereka. SB kita memang hebat. Mas Selamat pun boleh ditangkap. Seorang SB pernah memberitahu dia diarah mengekor saya ke mana-mana. Oleh itu, kalau mereka berkata susah hendak mengesan Along, rakyat tidak dapat menerima alasan itu. Betul ke susah hendak dikesan atau memang tidak mahu mengesan? Kez

LAWATAN KE TAPAK KEJADIAN KEJUTAN ELEKTRIK DI KAMPUNG SETINGGAN BAWAH TALIAN ELEKTRIK BERVOLTAN TINGGI, PANDAN JAYA/KG PANDAN.

Lawatan akan diadakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor seperti berikut, Tarikh - 9 Jun 2009 (Selasa) Masa - Mulai jam 3.00 petang Tempat Berkumpul - Di hadapan Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau tahap keselamatan kampung tersebut setelah 4 penduduk kampung terbakar terkena kejutan elekytrik. 2 dari mereka sedang koma di HKL. Selain dari itu, ia juga untuk membincangkan penyelesaian jangkapanjang bagi penduduk. Turut akan hadir adalah pegawai-pegawai dari MPAJ dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. MPAJ telah diarah untuk mengemukakan satu perancangan terperinci untuk memindahkan penduduk keluar dalam masa 6 bulan. Pihak media dijemput hadir.

Cerita monyet dalam zoo .....

Di dalam perbahasan Muktamar ke 55, terdapat perwakilan yang telah menyentuh tentang pemilihan Pesuruhjaya Negeri-Negeri. Perlembagaan PAS menetapkan pemilihan adalah budi bicara Presiden. Ada yang mahu ahli-ahli PAS atau lebih tepat lagi ahli-ahli Badan Perhubungan sesuatu negeri menentukan siapa Pesuruhjaya mereka. Saya tidak pasti bagaimana. Adakah akan diadakan undian? Atau mereka hanya akan ditanya pendapat mereka? Jika undian, maka kita tidak ada lagi Pesuruhjaya kerana Pesuruhjaya adalah wakil Presiden. Oleh itu, perlu ditukar kepada Ketua Perhubungan sepertimana Badan Perhubungan UMNO. Tetapi itu bukan isunya. Jika diadakan undian maka sudah tentu ada pertandingan. Jika ada pertandingan sudah tentu ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang ada penyokong dan yang kalah juga ada penyokong. Saya tidak bersetuju dengan satu lagi jawatan yang dipertandingkan. Pertandingan di mesyuarat-mesyuarat agong Kawasan di Selangor baru-baru ini begitu sengit di sesetengah tempat. Sen

TERIMA KASIH PARA PERWAKILAN .......

Bagi pihak Jawatankuasa Panitia Muktamar Ke 55 saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama para perwakilan. Kami telah melakukan persiapan yang rapi dan terperinci untuk memastikan kejayaan Muktamar tahun ini dan berharap ia akan dapat meninggalkan kenangan manis kepada perwakilan sekelian. Kami juga memohon maaf kepada para pimpinan, perwakilan, pemerhati, pengunjung dan peniaga sekiranya terdapat sebarang silap dan salah yang dilakukan oleh kami. Untuk Muktamar tahun ini, 15 jawatankuasa kecil yang telah ditubuhkan selain dari jawatankuasa induk. Keseluruhannya lebih 100 orang telah terlibat di dalam mesyuarat-mesyuarat yang telah bermula sejak bulan Mac lagi. Untuk mengendalikan Muktamar yang ke 55 ini, telah dikerahkan lebih 100 petugas keselamatan, 400 anggota Unit Amal, 60 petugas dewan atau Bentara, 60 petugas protokol, 60 petugas pemilihan serta petugas-petugas lain untuk jamuan, persegaran, gerai, penerangan, media dan lain-lain lagi. Kami telah berusaha untuk menjadi

TRAGEDI SETINGGAN PANDAN JAYA : MPAJ PERLU PINDAHKAN PENDUDUK DALAM MASA 6 BULAN

Saya berharap keluarga mangsa-mangsa kejutan elektrik dari sebuah kampung setinggan di Pandan Jaya dapat bersabar. Dalam kejadian 3 Jun 2009 jam 6.30 petang, dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak telah cedera parah akibat kejutan elektrik. Kampung mereka terletak di bawah talian elektrik bervoltan tinggi. Saya telah melawat mangsa kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur malam tadi. Seorang dari mereka terbakar sehingga 100% manakala seorang lagi 30%. Dua lagi mangsa dewasa berada di HUKM di mana seorang dari mereka juga terbakar 100%. Kejadian semalam memang tidak disangka-sangka. Ketika itu kanak-kanak tersebut sedang bermain basikal di bawah talian elektrik itu. Menurut penduduk tempatan, dengan tiba-tiba mereka disambar arus elektrik yang juga telah membakar kawasan di sekeliling mereka. Sebagai ADUN mereka, saya akan cuba membantu mangsa-mangsa tetapi satu penyelesaian jangkapanjang perlu dicari untuk penduduk setinggan yang tinggal di bawah talian elektrik itu. Telah terbukt

PEMANSUHAN YURAN PENDAFTARAN RM50 PENIAGA PASAR MALAM MPAJ

Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato' Menteri Selangor yang bersetuju kos mengambil alih pasar-pasar malam MPAJ akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini bermakna pengurus-pengurus pasar malam yang baru tidak perlu memungut yuran pendaftaran RM50 dari para peniaga. Sebelum ini para peniaga telah mengadu menghadapi masalah untuk membayar yuran pendaftaran ini. Perkara ini telah dibangkitkan semasa mesyuarat Exco hari ini dan keputusan telah diambil untuk memansuhkan yuran RM50 ini. Keputusan ini menguntungkan semua pihak sama ada peniaga atau pengurus pasar malam. Kebanyakan pengurus-pengurus pasar malam yang baru terdiri dari jawatankuasa penduduk atau JKP yang baru dibentuk dan tidak mempunyai modal. Semasa pemerintahan BN, kebanyakan pasar-pasar malam dikendalikan oleh cawangan-cawangan parti komponen BN yang mempunyai modal yang banyak. Saya berharap keputusan Exco hari ini akan mewujudkan situasi menang-menang atau 'win-win' bagi semua. Iskandar A

KONSPIRASI TERHADAP EXCO-EXCO PAS : SAYA BELUM NAMPAK LAGI SEBARANG BUKTI!

Saya belum lagi nampak sebarang bukti bahawa terdapat satu konspirasi untuk mengagalkan Exco-Exco PAS di Negeri Selangor. Walaupun terdapat khabar-khabar angin tetapi saya belum lagi nampak sebarang bukti-bukti yang kukuh. Memang terdapat perancangan-perancangan yang gagal dilaksanakan dengan lancar tetapi ini mungkin akibat dari prosedur kerja yang lapuk dan usang yang masih digunapakai. Perkara ini dan struktur pentadbiran kerajaan negeri pernah dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas oleh beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat. Mereka mahu Exco bukan hanya menjadi Pengerusi Tetap sesuatu portfolio yang bermesyuarat dari ke semasa tetapi mereka mahu Exco-Exco diperuntukkan kakitangan-kakitangan kerajaan khusus di pejabat mereka. Buat masa ini, setiap Exco hanya diperuntukkan seorang setiausaha kerja dan seorang kerani untuk mentadbir seluruh negeri Selangor! Yang membantu perancangan dan perlaksanaan Exco-Exco adalah jabatan-jabatan kerajaan yang terpaksa dikongsi be