Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

PIMPINAN TERTINGGI PAS MESTI ISLAM

SHAH ALAM, 1 Mac 2012 – Pas tetap mengutamakan mereka beragama Islam memegang jawatan tertinggi dalam parti dan keputusan melantik bukan Islam sebagai timbalan presiden atau setiausaha agungnya mustahil dilaksanakan. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, melantik bukan Islam mengisi jawatan itu memerlukan pindaan perlembagaan dan persetujuan sepenuhnya daripada muktamar. "Jika (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) Dr Dzulkefly Ahmad mengesyorkan untuk membuka pintu membolehkan bukan Islam dilantik ke jawatan timbalan presiden, saya rasa itu hanya pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan dasar parti. Ia bukan keputusan Pas. "Pas tidak pernah berbincang mengenainya. Ia bukan perkara mudah kerana memerlukan suara majoriti dan mereka perlu bersetuju serta menerima keputusan untuk membuka jawatan itu kepada bukan Islam," katanya. Katanya, orang bukan Islam perlu memeluk Islam dan menjadi ahli Pas sebelum boleh diberi jawatan. Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk

PKNS, LZS BAWA SINAR BAHAGIA

Oleh: Wartawan Sinar Harian  Tarikh: February 26, 2012 BAGAN TERAP – Program Baikpulih Negeri Berkebajikan (Ceria) yang diwujudkan untuk kerja menaik taraf perumahan kos rendah dan sederhana rendah di kawasan bandar bakal direalisasikan ke kawasan luar bandar. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya akan membangkitkan cadangan untuk membawa program itu ke kawasan luar bandar bagi rumah golongan sasar menerusi perkongsian kos. "Kita akan bangkitkan, jika kita sudah tunaikan tanggungjawab di bandar, kita hendak membawa program yang sama di kawasan luar bandar dengan mewujudkan tabung bagi tujuan itu bersama-sama dengan PKNS dan anak syarikat," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika Majlis Perasmian Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) – Baik Pulih Rumah Asnaf Fakir dan Miskin, di Jalan Lubuk Pusing, di sini. Bantuan ditanggung penuh PKNS Bantuan baik pulih ruma

RENT DEFAULTERS MAY BE ASSIGNED TO GUARD LIFTS

PETALING JAYA, 2 December 2011 : Mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman said about RM4 million is spent yearly for the repair and maintenance of public housing scheme (PPR) flats in the city. To compound matters, rentals owed by occupants have reached about RM5 million. A vandalised lift with its missing button panel in PPR Lembah Subang. He added the council is thinking of safeguarding the PPR facilities, such as the lifts, by getting flat owners who default on their RM124 monthly rentals to become "security guards".    "Maybe those who default on their flat rentals should be assigned to guard the flats' lifts. The lifts at these flats are very important to the residents. Most of the time, they break down due to improper use and vandalism. "These flats do not belong to the council but the council is paying for their maintenance. We should think of a way to make sure the facilities are well guarded," said the mayor. He added that PPR Lembah Subang has eight blo

PANGSAPURI TAMAN CAHAYA DAPAT WAKAF

AMPANG, 28 FEBRUARI 2012 : Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Taman Cahaya telah mendapat sebuah wakaf serbaguna untuk kegunaan mereka. Wakaf tersebut 45 kaki panjang dan 18 kaki lebar telah dibina dengan kos RM36,500 dengan menggunakan peruntukan Ahli Dewan Negeri Chempaka, Iskandar Abdul Samad. Wakaf itu dapat digunakan untuk pertemuan, mesyuarat, sukan, rekreasi dan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Iskandar telah berjanji akan menyumbang sebuah meja ping pong untuk kegunaan penduduk di sana. Beliau yang juga merupakan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor berkata sumbangan ini adalah satu usaha untuk mempertingkatkan kemudahan di pangsapuri-pangsapuri kos rendah. Wakaf ini adalah wakaf kedua yang dibina di kawasan Chempaka menggunakan peruntukan Iskandar. Sebelum ini sebuah wakaf telah dibina di Pangsapuri Kos Rendah Taman Dagang.

BORANG RUMAH MAMPU MLIK TELAH CETAK SEMULA

  Borang pendaftaran untuk membeli Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Selangor telah dicetak semula.  Borang-borang boleh diperolehi dari Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,  40503 Shah Alam. Borang-borang tersebut mulai dijual pada bulan Jun tahun lepas apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan RMM mereka di Bandar Baru Bangi. Walau bagaimanapun kesemua 2,700 borang bagi cetakan pertama telah habis dijual dan memerlukan cetakan kedua. Setiap borang telah dijual dengan harga RM5 yang termasuk kos memproses. Untuk projek RMM PKNS di Bangi, sebanyak 640  permohonan telah diterima untuk 124 unit yang dibina. Nama-nama mereka yang terpilih untuk membeli RMM  itu telah dipamerkan di dalam laman web LPHS selama 2 minggu mulai 16 Disember lepas. Tetapi dengan pengumuman bahawa 136 unit RMM akan  disiapkan  oleh sebuah pemaju swasta di Sg. Long, Kajang pada bulan September ini maka adalah dijangka lebih ramai

BORANG RUMAH KOS RENDAH RM2 BUKAN RM300 SEKEPING.

23 MAC 2010 : Orang ramai yang ditawarkan borang permohonan membeli rumah kos rendah lebih tinggi daripada harga sebenar RM2 disarankan supaya membuat laporan polis atau melaporkanya terus kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata demikian setelah menerima aduan daripada orang ramai bahawa terdapat pihak menawarkan borang berkenaan dengan harga setinggi RM300. Menurutnya, borang permohonan untuk membeli rumah kos rendah di Selangor adalah hanya RM2 sekeping dan borang itu juga boleh didapati dari mana-mana pejabat daerah. "Saya menasihatkan mereka yang ditawarkan borang rumah kos rendah lebih daripada RM2 melaporkan kes kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan SUK Selangor, Shah Alam atau menghubungi 603 - 5544 7537/ 7170/ 7199." Iskandar turut menyangkal dakwaan bahawa ada pihak yang boleh membantu mendapatkan kelulusan untuk membeli rumah ko

PROJEK RUMAH KOS RENDAH KG. BEREMBANG SIAP APRIL INI

KUALA LUMPUR, 31 Jan 2012 - Kerajaan Negeri sentiasa memantau projek perumahan yang tertangguh supaya ianya dapat disiapkan segera bagi mengtasi masalah dihadapi penduduk di kawasan setinggan  Kampung Berembang,kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad. Ujarnya, projek perumahan setinggan Kampung Berembang, Ampang di sini yang menghadapi pelbagai masalah untuk disiapkan dalam masa kira-kira empat tahun lalu dijangka berakhir pada 1 April depan. Projek perumahan berupa pangsapuri dua blok bernilai lebih RM40 juta itu diusahakan syarikat pemaju perumahan Acmar International dengan mempunyai 694 unit rumah beserta kemudahan lain seperti rumah kedai, parkir kereta, padang permainan dan sebagainya. Menurutnya, pihaknya telah diberi jaminan oleh kontraktor yang mana projek itu akan disiapkan dalam masa terdekat pada awal April ini. "Kontraktor telah bagi jaminan akan siap pada 1 April. Kita telah minta agar ini adalah tarikh terakhir sebab sudah empat

KERAJAAN NEGERI SELANGOR PELOPORI PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK.

SHAH ALAM, 5 JUL 2012 : Selangor menjadi negeri pertama yang memperkenalkan Skim Rumah Mampu Milik sebagai inisiatif membantu golongan berpendapatan rendah sekaligus merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah dengan harga rendah. Menteri Besar,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata program perumahan mampu milik ini adalah usaha kerajaan negeri bagi menyediakan rumah yang selesa, selamat dan tersusun mengikut kemampuan golongan sasaran. Menurut Abdul Khalid, projek ini adalah satu usaha untuk kepentingan rakyat dan bukannya menguntungkan pemaju. Beliau menjelaskan kerajaan negeri merupakan pelopor kepada program perumahan itu berbanding kerajaan pusat yang memperkenalkannya pada awal  tahun ini. Beliau, bagaimanapun mengalu-alukan inisiatif kerajaan pusat itu untuk melaksanakan skim perumahan tersebut. "Kerajaan negeri telah merangka projek ini sejak tahun 2009 dan diluluskan pada awal 2010, berbeza dengan skim yang ditawarkan kerajaan persekutuan yang diumumkan awal 2011. &

SKIM BAIKPULIH KEDIAMAN LUAR BANDAR DICADANG

SABAK BERNAM, 26 FEB : Kerajaan Negeri akan dicadangkan mewujudkan satu lagi tabung khas sepertimana Skim Ceria bagi program membaikpulih rumah kediaman di kawasan luar bandar di Selangor.  Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya akan megemukakan cadangan itu kepada Kerajaan Negeri di dalam mesyuarat exco akan datang. Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian sama sepertimana rumah kediaman di kawasan bandar di mana kebanyakan pangsapuri dibaikpulih menerusi skim Ceria atau Caring Goverment For Residence Improvement Aid dengan peruntukan RM9.7 juta. "Kalau kita telah menunaikan tanggungjawab kita kepada mereka di bandar, mungkin kita perlu lihat satu program yang sama di luar bandar. Sekarang kita ada program rakyat termiskin iaitu juga CSR tetapi saya akan membangkitkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan satu lagi tabung untuk baik pulih sepertimana tabung bagi rumah-rumah di pangsapuri-pangsapuri. "Saya melihat

PAS BUKTIKAN IA "CELIK BUDAYA".

1 FEB 2012 - Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan "angpau bersampul putih" kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain. Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat. Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis. Negara Islam Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan 'kecerdikan' antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai 'buta budaya' dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup ma

INAI APARTMENTS TO BE REPAINTED

SINCE Inai Apartments in Pandan Indah was built, it has never been given a fresh coat of paint. It has been 18 years and the existing paint, exposed to the elements, has faded, peeled and cracked. Three colour proposals have been put up for residents of Inai Apartments to choose. Pic by Shah Adnan  Residents, however, can look forward to better-looking apartments soon. Four blocks of Inai Apartments, namely, Block A, B, C and D,  will be repainted with  colours chosen by residents themselves under the Caring Government For Residents Improvement Aid scheme (Ceria). Three colour proposals have been put up for residents to vote  at the recently held Clean and Harmonious Flats Campaign at the apartment compound. The campaign is an  anti-vandalism programme launched  by the Selangor government last year.     The programme, which is aimed at giving low and medium-cost flats a new coat of paint, has an allocation   of RM9.7 million. It was first implemented at Mentari Apartments in U5, Puchon

PAS praised for respecting Chinese culture

By Wong Teck Chi and Low Chia Ming 2 FEB 2012 : bWhile the Malay right-wing group Perkasa has come into fire for distributing 'white ang pow' in their open house programme, Islamic party PAS has won cheers among  Facebook users for respecting Chinese culture during Chinese New Year celebrations. A few photographs of the opposition party's Chinese New Year programmes have gone viral in  Facebook , especially a picture that depicts a grassroots leader from Mersing, Johor, giving an ang pow to a pork seller. Other photographs that have gone viral include Selangor PAS exco member Iskandar Abdul Samad giving an ang pow in front of a pork stall and a "green lion" performance at an open house function held by Perlis PAS. (Green is the symbolic colour for PAS.) The  Facebook  users were comparing PAS with Perkasa, praising the opposition party for its open-mindedness and understanding of Chinese culture. "This is a scene which MCA will not want to see, its Islamic st