Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera,
Pada kempen pilihan raya umum 2008 saya telah berjanji untuk meningkatkan penglibatan rakyat di dalam pentadbiran kerajaan jika menang di Chempaka.
Sehubungan itu saya telah mencadangkan diwujudkan Parlimen Rakyat untuk memberi peluang kepada wakil-wakil masyarakat memberi pandangan.
Janji ini telah ditunaikan setelah kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat di Chempaka apabila majlis-majlis dialog bersama rakyat kerap diadakan.
Kali terakhir dialog ini diadakan adalah Dialog Isu-Isu Keselamatan pada 1 November lepas bersama pihak Polis dan MPAJ.
Walau bagaimanapun untuk meningkatkan lagi penglibatan rakyat secara formal saya mencadangkan diwujudkan satu majlis perundingan yang dinamakan Majlis Perundingan Rakyat Chempaka (MPRC).
Penubuhan MPRC ini adalah selari dengan matlamat Jawatankuasa Tetap Kehidupan Bandar Negeri Selangor iaitu "Memberdayakan Rakyat" atau "Empowering The People".
MPRC akan diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap tersebut di mana saya adalah Pengerusinya. Ianya akan menjadi projek perintis bagi seluruh negeri Selangor.
Oleh yang demikian saya menjemput warga Chempaka untuk memohon menjadi MPRC.
Jumlah ahli MPRC adalah 25 orang. Terdapat 5 zon Ahli Majlis MPAJ di Chempaka dan setiap zon akan di wakili oleh 5 orang.
MPRC akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali dan ia merupakan satu peluang kepada ahli-ahli untuk memberi pandangan atau membangkitkan sebarang isu-isu tempatan selain dari membantu menjayakan program-program saya.
Saya amat berharap agar anda yang mendokong aspirasi Kerajaan Pakatan Negeri Selangor akan memohon.
Sila emel permohonan anda kepada isksmd@gmail.com atau Whats App kepada 012 318 9835 dengan menyatakan butiran peribadi, harapan anda untuk kawasan Chempaka dan bagaimana anda boleh menyumbang untuk mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Permohonan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Tarikh tutup adalah pada 31 Disember 2014.
Ikhlas dari saya,
Iskandar Abdul Samad
Ahli Dewan Negeri Selangor /
Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor
7 Disember 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...
-
Pagi 9 April 2025, bagi pihak NGO Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri (Fikir Selangor), saya telah menyampaikan sumbangan-sumbangan unt...
-
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan...