Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

BIJAKNYA MASYARAKAT CINA

Kita selalu mendengar teori bagaimana orang Cina menuntut hak-hak mereka melalui dua saluran. Yang pertama adalah dari dalam kerajaan di mana parti-parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan membuat tuntutan atau mempertahankan hak-hak mereka dari dalam. Saluran kedua adalah dari luar kerajaan terutamanya melalui parti pembangkang DAP atau NGO-NGO masyarakat kaum Cina. Bagi isu-isu yang terlalu sensitif untuk dibangkitkan di dalam kerajaan yang mungkin akan menggugat kedudukan MCA di dalam BN atau akan menyebabkan BN kelihatan lemah atau menggentingkan hubungan di antara pimpinan MCA dan PM maka saluran kedua ini digunakan. Saya belum berkesempatan untuk bertanya rakan-rakan di dalam DAP adakah teori ini benar tetapi nampaknya banyak perkara yang dituntut oleh masyarakat Cina melalui saluran DAP dan NGO-NGO telah dipenuhi kerajaan walaupun secara tidak langsung. Mungkin ada “pre-council” antara mereka, yang ini MCA yang bersuara dan yang itu pula DAP atau NGO, saya tidak tahu. Mu

PAS MESTI KEKAL SEBAGAI KUMPLULAN PENDESAK

Pada hari Jumaat lepas, satu perarakan aman membantah kenaikan harga minyak telah diadakan di bandaraya Kuala Lumpur. Satu perhimpunan besar ala Bersih 2007 telah dirancang untuk bulan Julai bagi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sehingga 41%. Bagi kedua-dua bantahan ini, PAS adalah merupakan penggerak utamanya. Walaupun PAS di dalam Pakatan Rakyat yang telah membentuk kerajaan di 5 negeri namun pendekatan bantahan secara aman ini masih terus dikekalkan. Kenapa tidak bantahan dibuat melalui saluran kerajaan ke kerajaan? Ini tidak mungkin kerana BN yang walaupun di ambang kematian nampaknya semakin angkuh. Saya berpendapat peranan PAS sebagai kumpulan pendesak atau “pressure group” ini perlu dikekalkan. Walaupun di negeri-negeri di mana PAS memerintah atau menjadi rakan kongsi di dalam pemerintahan, PAS perlu terus menjadi kumpulan pendesak. Malah di negeri-negeri itu PAS patut berperanan dengan lebih aktif lagi. Walaupun MB mungkin PAS atau Exco-Exco juga ada dari ka

LIM GUAN ENG DAN UMAR ABDUL AZIZ

Dengar cerita seorang pimpinan PAS telah tawarkan jawatan di dalam sebuah GLC kerajaan Pulau Pinang. Tetapi beliau telah menolak tawaran itu kerana tidak mahu terikat dan tidak mahu hilang kebebasan untuk menegur. Tindakan ini mungkin tidak akan difahami oleh pimpinan BN kerana jawatan di dalam GLC memang sesuatu yang dikejar. Ada elaun. Ada peluang untuk mendapatkan kontrak. Ada peluang untuk mengagihkan kontrak. Tetapi GLC ini amat penting. Ada negeri yang mempunyai beratus-ratus GLC. Penting orang parti duduk di dalamnya untuk memastikan halatuju syarikat-syarikat itu selaras dengan aspirasi atau manifesto parti yang memerintah. Kita tidak mahu GLC itu berkembang atau berjalan tidak sejajar dengan polisi parti yang memerintah. Walaupun Pakatan baru 100 hari memerintah tetapi jika tidak ada orang parti mengawal mungkin banyak harta-harta telah digadai. Tidak seharusnya menunggu sehingga segala-galanya botak licin bagaikan gua penyamun yang disapu bersih oleh Kassim Baba. Dulu Ket

“TO BE A MUSLIM IS TO BE A SCIENTIST”

Akhirnya cuti sekolah pun berakhir. Maka bermulalah kesesakan jalanraya. Taman-taman menjadi sepi semula kecuali di waktu pagi dan petang. Seperti biasa cuti sekolah yang lepas melihat kenduri-kenduri kahwin diadakan di serata ceruk dan pelusuk. Tetapi terdapat banyak kelainan di antara kenduri kahwin dulu dan sekarang. Kalau dulu, hidangan di masak secara bergotong royong tetapi sekarang semuanya “catering”. Tidak ada lagi rewang. Kalau dulu bunga telur dengan telur rebus diberikan kepada tetamu tetapi sekarang telur telah diganti dengan bahan-bahan lain. Mungkin kepakaran untuk merebus beribu-ribu biji telur tanpa pecah atau retak sudah hampir pupus. Maka diganti dengan tuala kecil, kipas kecil, sabun atau gula-gula dan agar-agar untuk kanak-kanak. Pada saya hendak bagi apa pun bagilah tidak ada undang-undang yang menetapkan telur rebus wajib diberikan kepada tetamu. Tetapi saya agak berhati-hati apabila gula-gula atau agar-agar diberikan kepada anak-anak saya yang selalunya mengik

OKU’s are not relevant as Councilors says Isa Kassim (ADUN BN Hina Orang Kurang Upaya)

Isa Abu Kasim, the BN State Assemblyman for Batang Kali, in today’s Sinar Harian* (A local Malay tabloid) labeled the proposal by the Selangor government to appoint the disabled or OKU (Orang Kurang Upaya) as local government councilors as irrelevant. According to him the OKU’s would not be able to carry out their duties as councilors as they are unable to visit their constituencies to look into the problems of the people. Such a statement is an insult to the OKU’s and an act unbecoming of a people’s representative. Many OKU’s despite their disabilities have performed their duties equally well if not better than most citizens without any disability. In the UK there has been a government minister that is blind. I am sure that there are many OKU’s in Isa’s constituencies. As a leader, he should have least give them some form of encouragement rather than dismissing them as irrelevant. Isa’s act of belittling the OKU’s must not be left unpunished by society. *Full report – Page S18,

MINYAK NAIK 78 SEN FAHAM!

Projek pertama yang saya bekerja setelah pulang dari Britain adalah Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah Darul Aman. Sintok sebenarnya tidak lagi wujud, ianya telah dibakar oleh pengganas komunis. Yang wujud hanyalah pekan Changlun, lebih kurang 10 km dari tapak projek universiti itu. Ketika itu, Changlun adalah sebuah pekan koboi lebih kurang 25 km dari sempadan Negeri Thai. Ramai penduduk di pekan itu, Melayu atau Cina, boleh berbahasa Thai. Malah saya juga sedikit sebanyak dapat berbahasa Thai ketika di sana. Mungkin ini adalah peninggalan dari penjajahan Thai yang menguasai negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Saya difahamkan ramai orang-orang tua di Kedah yang masih ingat akan kekejaman tentera Thai yang menjajah utara Tanah Melayu. Ramai di antara kami yang bekerja di projek tersebut tinggal di Jitra malah ada di Alor Setar kerana jumlah rumah sewa di Changloon adalah amat terhad. Mungkin ada hampir 500 kakitangan syarikat konsultan dan kontraktor untuk pr

JANGAN KITA MENJADI SEPERTI TUAN PENYAPU

Belanda telah menguasai Melaka dari 1641 sehingga 1724. Mereka telah merampasnya dari Portugis dalam beberapa siri peperangan yang akhirnya melihat penguasaan Portugis ke atas pelabuhan itu berakhir setelah 130 tahun. Belanda pula telah melepaskan Melaka kepada Inggeris di dalam satu perjanjian yang melihat alam Melayu terbahagi dua hingga ke hari ini. Ketika Belanda memerintah Kota Melaka, mereka telah memastikan kebersihan pelabuhan itu dengan melantik seorang penguatkuasa. Beliau akan menunggang kuda ke seluruh kota dan memastikan keadaannya bersih. Apabila penduduk melihat beliau datang, mereka akan pergi mendapatkan penyapu dan terus menyapu kawasan rumah mereka jika tidak mahu didenda. Akhirnya penguatkuasa ini digelar sebagai “Tuan Penyapu”. Saya tidak tahu berapa ramai “Tuan Penyapu” yang telah dilantik ketika era Belanda di Melaka tetapi salah seorang darinya telah menjadi gila dan telah terjun dari sebuah menara lalu terus meninggal dunia. “Tuan Penyapu” ini tidak disukai o