30 DIS 2011
9.30 MALAM
Friday, December 30, 2011
EXCO DIHALANG RASMIKAN KEJOHANAN RAGBI 7-SEBELAH.
TERKINI : SAYA BARU DAPAT PANGGILAN TELEFON SEBENTAR TADI BAHAWA SAYA TIDAK DIBENARKAN MERASMIKAN KEJOHANAN RAGBI 7-SEBELAH ANJURAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT) MPAJ ZON 19 DI PADANG SEK MEN TMN KOSAS ESOK 31 DIS 2011. SAYA DIBERITAHU JIKA SAYA MERASMIKAN KEJOHANAN TERSEBUT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS GURU BESAR DAN GURU-GURU YANG TERLIBAT. KEJOHANAN ITU MENGGUNAKAN PERUNTUKAN MPAJ. SEBAGAI EXCO SAYA TIDAK BOLEH MASUK KE DALAM SEKOLAH YANG TERLETAK DI DALAM NEGERI SELANGOR. DASYAT SUNGGUH MENTALITI MENTERI KITA YANG MASIH BERADA DI ZAMAN BATU. SUNGGUH MEMALUKAN NEGARA MEMPUNYAI PEMIMPIN SEDEMIKIAN.
Wednesday, December 28, 2011
KUASA KERAJAAN NEGERI DAN KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN KE ATAS PEMAJU-PEMAJU PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Kuasa Kerajaan Negeri utk mengambil tindakan ke atas pemaju projek perumahan terbengkalai adalah terhad. Kuasa Kerajaan Negeri adalah hanya ke atas tanah.
Kerajaan Negeri boleh mengambil alih tanah atau merampas tanah pemaju di dalam keadaan tertentu. Ianya pernah dilakukan di Bukit Botak. Untuk Ukay Bistari, projek tersebut sedang berjalan walaupun perlahan.
Adalah tidak praktikal bagi Kerajaan Negeri untuk merampas semua tanah-tanah Talam yang melibatkan projek perumahan terbengkalai.
Walau bagaimanapun kuasa yang ada pada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) ada lebih meluas. Menteri boleh mengambil mana-mana projek dan memberikannya kepada pihak ketiga. Menteri juga boleh memaksa pemaju menerima nasihat dari pihak ketiga bagaimana hendak menguruskan projek mereka. Tetapi kuasa ini jarang digunakan.
Mungkin telah sampai masanya Menteri menggunakan kuasanya bagi projek-projek Talam.
Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu utk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai. Mesyuarat diadakan dari masa ke semasa utk memantau kemajuan projek-projek itu.
Pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan sentiasa menghulur bantuan untuk memastikan sebarang kelulusan dapat disegerakan. Tetapi keselamatan dan kepentingan rakyat tidak akan dikompromi.
Maka di dalam menangani pemaju-pemaju yang tidak bertanggung jawab dan tidak pernah menepati janji, Menteri mesti menggunakan kuasanya.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
27 Disember 2011
Saturday, December 24, 2011
Thursday, December 22, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Tuesday, December 20, 2011
20/12/2011 - Telah mempengerusikan Dialog Mekanisme Penyelenggaraan Kuota Perumahan Bumiputera di SUK, Shah Alam.
Isu kuota perumahan Bumiputera melibatkan kepentingan 2 pihak iaitu pemaju dan masyarakat Bumiputera. Oleh itu, saya telah menjemput kedua-dua pihak.
Bagi pihak pemaju, REHDA dan FIABCI telah menghantar delegasi yang ramai. Lebih 10 orang telah mewakili REHDA.
Tetapi malang sekali hanya 1 NGO Melayu/Islam yang hadir.
Lawatan kerja ke Ampang Chinese Methodist Church 19/12/2011.
Bersama Pastor gereja itu, Reverend Toh Kee Hean dan keluarganya. Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Cik Lee Shok Jing, Ahli Majlis MPAJ bagi Zon 17.
Monday, December 19, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
PAS–UMNO : YANG PENTING PERSEFAHAMAN, BUKAN SIAPA MEMIMPIN.
Bagi saya, persoalan siapa yang mengetuai kerjasama antara PAS dan UMNO atau antara PN dan BN bukanlah perkara yang paling penting. Apa yang...
-
Pagi 9 April 2025, bagi pihak NGO Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri (Fikir Selangor), saya telah menyampaikan sumbangan-sumbangan unt...
-
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan...


















































