Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

TIADA RAYUAN SAMAN BAGI PEKEDAI WARGA ASING DI KG. PANDAN.

Saya telah mendapat banyak aduan dari penduduk Kg Pandan tentang warga Indonesia yang menjalankan perniagaan di Jalan A dan Jalan F. Rumah-rumah kediaman telah dijadikan kedai makan, kedai jamu, kedai runcit dan sebagainya. Sambungan haram kepada bangunan sedia ada telah dilakukan sehingga ada aktiviti perniagaan yang menghalang lalulintas. MPAJ selalunya akan mengeluarkan saman dan ramai akan berjumpa saya memohon saya menyokong pengurangan saman itu. Selalunya tuan rumah rakyat Malaysia akan datang dan bukan penyewa Indonesia. Tetapi oleh kerana kebimbangan penduduk, di masa akan datang, saya tidak akan menyokong sebarang pengurangan bagi saman rumah kediaman yang digunakan oleh warga asing untuk perniagaan. Saya yakin ini perlu kerana kita tidak mahu Kg Pandan menjadi kampung Indon atau kampung Bangla. MPAJ diharap akan menjalankan satu operasi dengan segera. 31 Oktober 2008

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT KHIDMAT JKP ZON CHEMPAKA 17 DAN AHLI MAJLIS MPAJ, JEAN LEE SHOK JING PADA 11 OKTOBER 2008 DI KG. BARU AMPANG.

ORANG MELAYU PUN ADA PERASAAN

Strategi BN di Selangor untuk menawan balik negeri ini kelihatan terang dan jelas. Kemenangan 8 Mac PR adalah hasil dari peningkatan undi kaum Cina dan India. Kebanyakan pengundi Melayu kekal bersama BN kecuali di bandar-bandar besar. Keyakinan terhadap MCA, MIC dan Gerakan masih belum dipulihkan, harapan untuk memenangi kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu adalah amat tipis. Fokus BN nampaknya lebih kepada pengundi Melayu. Jika mereka yang dulunya mengundi PAS atau PKR di kerusi-kerusi majoriti Melayu dapat ditarik, undi orang Cina dan India mungkin tidak lagi menjadi penentu. Isu-isu yang khusus untuk pengundi-pengundi Melayu seperti ladang babi RM100 juta, kemasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UiTM, penggantungan pegawai MPAJ, amaran untuk merobohkan surau-surau tanpa izin dan perlantikan pengurus besar Cina bagi PKNS menjadi modal-modal UMNO dan BN. Sama ada isu-isu itu benar atau tidak, wajar atau sebaliknya, PR perlu melihat ancaman propaganda BN ini sebagai serius. Di dalam pol...

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR WAJAR KALAH JIKA GAGAL BANTU PENDUDUK BUKIT SENTOSA DAN PENYEWA-PENYEWA "COUNCIL HOME" & PPR.

Masalah penduduk Bukit Sentosa dan penyewa-penyewa "Council Home" & Projek Perumahan Rakyat telah beberapa kali dibangkitkan pada sidang DUN Selangor kali ini. Penduduk 54 blok pangsapuri Bukit Sentosa juga Bukit Beruntung sedang merana kerana bumbung-bumbung rumah mereka ranap akibat angin kencang. Mereka telah menanggung kesengsaraan ini sejak 2004 dan kerajaan BN pernah membaiki 3 blok tetapi diberhentikan sebelum pilihan raya 8 Mac. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menghantar satu kertas cadangan untuk menaiktaraf bumbung-bumbung itu yang disediakan oleh sebuah syarikat perunding jurutera. Tiga kontraktor telah menghantar sebutharga di antara RM10 hingga 12 juta. Walaupun banyak blok tidak sampai separuh penuh tetapi menjadi tanggung jawab kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah penduduk yang berhadapab dengan masalah apabila hari hujan. Kerajaan tidak seharusnya menunggu tindakan pemaju tetapi perlu bertindak segera. Jika tidak untuk semua blok serentak, ...

MOHON MAAF .....

Mohon maaf tidak dapat menghadiri mana-mana program dari 25-27 Oktober kerana berada di Terengganu. Isteri dah complaint, tak balik Raya di kampungnya walaupun Syawal sudah hampir berakhir! 26 Oktober 2008

JANGAN SAMPAI ADA GUNTING DALAM LIPATAN

Islam mahu kita bersikap maaf-memaafkan. Tetapi kerajaan negeri Selangor perlu bertindak bijak apabila mahu peneraju-peneraju anak-anak syarikat negeri (GLC) menebus kesilapan mereka yg lalu. Diakui ramai yg telah bekerja dgn baik dan telah menjadi mangsa keadaan tetapi ada yg telah memainkan peranan besar di dlm penyelewengan yg telah berlaku. Saya bimbang mereka akan menjadi tangan-tangan ghaib BN yg akan menggagalkan perancangan kerajaan Pakatan Rakyat. Sebagai Exco yg menjaga perumahan, perancangan telah dibuat utk GLC-GLC seperti PKNS membantu menyelesaikan masalah rakyat. Jika peneraju GLC masih mereka yg pernah terlibat dgn penyelewengan yg lampau, saya yakin perancangan membantu rakyat akan gagal. Dan jika ini berlaku, bukan GLC akan disalahkan tetapi EXCO dan kerajaan. Kerajaan Pakatan Rakyat ada 3 atau 4 tahun utk membuktikan kemampuan, tidak ada masa utk sebarang kesilapan. 26 Oktober 2008

Ucapan Penggulungan Pengerusi Jawatankuasa Tetap EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, YB Iskandar bin Abdul Samad Bagi Bajet 2009 Sidang

Pengurusan Bangunan Bajet kali di antara lain bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kualiti hidup perbandaran terutamanya di kediaman bertingkat turut akan diberikan perhatian. Menurut akta yang baru, Akta 663, menetapkan kesemua kediaman bertingkat akan ditadbir atau diurus, akhirnya, oleh penduduk itu sendiri. Joint Management Board (JMB) dan akhirnya Management Corporation (MC) yang dianggotai oleh penduduk akan menjadi badan pengurus. Tetapi akta ini masih baru, penduduk mesti dibimbing dan diberi tunjuk ajar. Tugas ini sekarang dipikul oleh Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Building atau COB) yang merupakan Dato’-Dato’ Bandar atau Yang Dipertua-Yang Dipertua Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Masalahnya tidak ada Jabatan/Unit Khas COB untuk menyelesaikan masalah kediaman bertingkat. Ada yang menumpang di Jabatan Penilaian dan ada yang di Jabatan Bangunan. Oleh itu, amatlah penting Jabatan atau sekurang-kurangnya Unit COB diwujudkan di perin...

KONSEP PARTI MENGUASAI KERAJAAN

Apabila sebuah parti politik atau gabungan parti-parti politik memenangi pilihanraya, ia akan membentuk kerajaan. Polisi kerajaan atau perjalanan kerajaan yang dibentuk mestilah menurut polisi parti atau parti-parti itu. Oleh yang demikian, mereka yang dilantik untuk menganggotai kerajaan seperti Menteri dan Exco malah perlantikan politik yang lain seperti ahli Majlis Perbandaran atau Ketua Kampung mestilah bertindak selari dengan polisi dan hasrat parti. Mereka tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi setiap tindakan dan keputusan perlulah bertepatan dengan kehendak parti. Mereka telah bertanding di dalam pilihanraya di atas platform parti atau perlantikan mereka dicadangkan oleh parti maka sudah tentu mereka perlu menurut kehendak parti. Atau sekurang-kurangnya mereka adalah “orang-orang politik” dan sudah tentunya mesti menurut kehendak atau keperluan politik. Di negeri Selangor, kawalan ini berlaku di beberapa peringkat. Keputusan-keputusan kerajaan negeri dipastikan selari dengan ...

KONSEP PARTI MENGUASAI KERAJAAN

Apabila sebuah parti politik atau gabungan parti-parti politik memenangi pilihanraya, ia akan membentuk kerajaan. Polisi kerajaan atau perjalanan kerajaan yang dibentuk mestilah menurut polisi parti atau parti-parti itu. Oleh yang demikian, mereka yang dilantik untuk menganggotai kerajaan seperti Menteri dan Exco malah perlantikan politik yang lain seperti ahli Majlis Perbandaran atau Ketua Kampung mestilah bertindak selari dengan polisi dan hasrat parti. Mereka tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi setiap tindakan dan keputusan perlulah bertepatan dengan kehendak parti. Mereka telah bertanding di dalam pilihanraya di atas platform parti atau perlantikan mereka dicadangkan oleh parti maka sudah tentu mereka perlu menurut kehendak parti. Atau sekurang-kurangnya mereka adalah “orang-orang politik” dan sudah tentunya mesti menurut kehendak atau keperluan politik. Di negeri Selangor, kawalan ini berlaku di beberapa peringkat. Keputusan-keputusan kerajaan negeri dipastikan selari dengan ...

PELUANG PERNIAGAAN UNTUK SEMUA

Gabungan Badan Kebajikan Islam DUN Teratai mahu peluang perniagaan untuk semua bangsa di pusat-pusat komersialnya. Mereka mahu gerai-gerai Bumiputera Taman Putra di hadapan Puteri Park Plaza dikekalkan malah dinaiktaraf oleh MPAJ. Mereka juga mahu gerai-gerai UPEN di hadapan pasar Taman Muda dibuka dengan segera. Sebelum gerai-gerai itu dibina, terdapat peniaga-peniaga Bumiputera yang berniaga di situ. Sebuah surau juga terdapat di situ yang digunakan oleh peniaga dan pengunjung pasar Taman Muda. Kelewatan pembukaan gerai-gerai itu mengakibatkan ramai peniaga-peniaga yang kehilangan punca pendapatan. Terdapat mereka yang mendakwa gerai-gerai di hadapan Puteri Park Plaza dan gerai-gerai UPEN dibina di tempat letak kereta atau bahu jalan dan perlu dirobohkan. Tetapi begitu juga seluruh Pasar Taman Muda dan gerai-gerai makan di Taman Putra yang dibina dan beroperasi juga di tempat letak kereta dan bahu jalan. Oleh yang demikian, kenapa bersikap pilih-kasih? Di satu masa dahulu, terdapat b...

PAS KAWASAN PANDAN UNTUK SELURUH PANDAN

Sejak kemenangan PAS di kawasan DUN Chempaka pada pilihanraya umum lepas, program-program yang melibatkan pimpinan PAS seolah-olah tertumpu kepada kawasan DUN itu. Di kawasan DUN Teratai pula, DAP yang telah menang di situ kelihatan lebih menonjol dan aktif. Suasananya berbeza sebelum pilihanraya di mana PAS bergerak dengan aktif di kedua-dua kawasan DUN malah jauh lebih menonjol dari DAP di Teratai. Oleh itu, tidak hairan terdapat dakwaan bahawa organisasi PAS telah lumpuh di Teratai. MEMBEZAKAN DI ANTARA PROGRAM KERAJAAN DAN PROGRAM PARTI Kekeliruan ini mungkin berlaku kerana ramai di antara kita yang gagal membezakan di antara program-program kerajaan yang melibatkan ADUN-ADUN dan program-program Parti. Cawangan-Cawangan PAS masih aktif di Teratai. Aktiviti PAS sama ada secara langsung atau tidak langsung masih berjalan seperti biasa di Cheras Indah, Pandan Perdana, Kg. Cheras Baru, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Teratai dan Taman Kencana. Malah jentera PAS di Cheras Indah bertangg...

KOS MENAIKTARAF BUMBUNG-BUMBUNG YANG ROSAK AKIBAT RIBUT DI BUKIT SENTOSA, BUKIT BERUNTUNG DAN PRIMA BERUNTUNG HAMPIR RM 12 JUTA.

Kos menaiktaraf bumbung-bumbung yang rosak akibat ribut di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Prima Beruntung adalah dianggarkan lebih dari RM 12 juta. 54 blok-blok rumah pangsa kos rendah di kawasan-kawasan tersebut telah menanggung kerosakan teruk lebih dari 5 tahun. Kerja-kerja membaikpulih dilakukan dari masa ke semasa tetapi satu penyelesaian jangkapanjang diperlukan. Kedudukan blok-blok itu adalah di laluan angin yang kencang. Kepingan-kepingan yang menutup bumbung telah diterbangkan oleh angin. Menurut satu cadangan yang dimajukan oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan, kesemua bumbung ( pitched roof ) yang sedia ada hendaklah dibuang. Dengan itu yang tinggal adalah lantai konkrit ( concrete flat slab ) di bawahnya. Rekabentuk pangsapuri-pangsapuri itu disediakan dengan dua lapis perlindungan. Yang pertama adalah bumbung biasa dan di bawahnya adalah lantai konkrit. Hanya di bawah lantai konkrit ini terdapat unit-unit kediaman. Lantai konkrit ini akan dijadikan bumbung (...

CADANGAN ALTERNATIF PROJEK BUKIT BOTAK DITERIMA

Kerajaan Negeri Selangor telah menerima satu cadangan bagi menyelamatkan projek Bukit Botak di Selayang. Sebelum ini Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS telah membuat keputusan untuk memberhentikan projek tersebut yang mereka ambil alih dari sebuah syarikat swasta, Delpuri Sdn. Bhd. PKNS akan kerugian RM140 juta jika meneruskan projek ini kerana mereka akan terpaksa membina dan menjual rumah kepada penduduk dengan harga di antara RM45,000 hingga RM80,000 walaupun kos pembinaannya adalah hampir RM180,000 sebuah. Di bawah kerajaan yang terdahulu, Delpuri telah diberikan sekeping tanah seluas lebih kurang 25 ekar untuk dibangunkan bagi menampung subsidi untuk menjual rumah-rumah itu di bawah harga pasaran kepada penduduk setinggan di situ. Menurut perjanjian, penduduk akan diperuntukan sebuah rumah berkembar (semi-detached) untuk dibeli. Walau bagaimanapun apabila PKNS mengambil alih projek tersebut kerana ianya mengalami kelewatan dan hampir terbengkalai, PKNS tidak mendapa...

Sejauh manakah perbezaan pendapat dibolehkan di dalam kerajaan?

Sejauh manakah perbezaan pendapat dibolehkan di dalam kerajaan? Persoalan ini berlegar-legar di kepala saya sejak saya mempertikaikan secara terbuka tindakan YB Ronnie Liew, Exco Kerajaan Tempatan & Penyelidikan Negeri Selangor, menggantung TYDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain dari tugas setelah dia dikatakan mengarahkan perobohan sebuah kuil Hindu di Ampang Tasik. Perbezaan pasti akan berlaku walaupun kerajaan yang memerintah itu terdiri dari sebuah parti. Maka sudah tentu wajib berlaku jika ia sebuah kerajaan campuran seperti di Selangor. Setiap parti sudah tentu mempunyai prinsip, dasar, penekanan dan sejarah yang berlainan. Selepas pilihanraya umum 8 Mac, UMNO telah dipersalahkan oleh parti-parti komponen BN yang lain kerana terlalu mendominasi pakatan itu. UMNO seolah-olah tidak memberi peluang untuk berperanan kepada parti-parti seperti MCA dan MIC yang dikatakan bagaikan “lembu dicucuk hidung”. Mereka terpaksa menjadi “yes man”. Orang Cina menolak MCA kerana ia tidak berani untuk ...