Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Di antara tuduhan UG dan tuduhan keganasan

Akhirnya AJK PAS Pusat telah mengadakan mesyuarat khas mereka Rabu lepas. Mesyuarat yang pada mulanya dikatakan untuk membincangkan EGM tetapi berdasarkan keputusannya telah menjadi gelanggang bagi beberapa pihak untuk menyembelih PAS Selangor terutamanya Pesuruhjayanya. Saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut perkara ini. Seperti kenyataan akhbar Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, kita seharusnya menyerahkan perkara ini kepada Jawatankuasa Disiplin yang telah diberi amanah oleh mesyuarat untuk menyiasat sebarang tuduhan. Walau bagaimanapun saya amat bimbang dengan isu Unity Government atau UG? Presiden telah mengumumkan bahawa tidak ada kerjasama dengan UMNO tetapi isu UG ini terus dibangkitkan oleh beberapa pihak. Tuduh menuduh, yang ini pro UG dan yang itu tidak begitu berleluasa. Apakah motifnya? Tuduhan UG ini sudah menjadi semacam tuduhan keganasan yang dilemparkan imperialis Amerika Laknatullah. Amerika selepas peristiwa 9/11 telah menjadikan tuduhan keganasan atau de

Siasat semua sekali!

''Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor'' Begitulah laporan di dalam Harakahdaily pagi ini. Saya mengalu-alukan sebarang siasatan agar PAS Selangor dapat membersihkan namanya. Siasatan ini mestilah menyeluruh, bukan terhadap pimpinan tertentu seperti Pesuruhjaya sahaja. Tindakan keras juga perlu diambil ke atas mereka yang telah membuat dakwaan-dakwaan tersebut sekiranya ianya didapati tidak benar. 29 Oktober 2009

SYAWAL YANG BERMAKNA

Bulan Syawal tahun ini pada saya sungguh produktif walaupun yang paling sibuk. Sejurus selepas cuti Raya selama seminggu, hidup kembali normal. Malah mesyuarat, lawatan, perbincangan, taklimat dan majlis-majlis sama ada Kerajaan atau Parti lebih banyak diadakan dari tahun lepas. AJK Kawasan di Pandan telah bermesyuarat sejurus selepas Raya, kalau dulu mungkin sebulan selepasnya. Mungkin disebabkan PRK Bagan Pinang yang menyebabkan bulan Syawal tahun ini begitu sibuk. Bagi diri saya, banyak perkara yang dapat dibereskan dalam bulan tersebut walaupun saya kadang kala terpaksa mengadakan mesyuarat di SUK sebelah malam. Malah terlampau sibuk sehingga saya terpaksa bermesyuarat di dalam kereta. Tetapi walaupun sibuk ianya prouduktif. Sebabnya mungkin setelah satu tahun setengah menjadi Kerajaan, saya telah dapat memanfaatkan sepenuhnya jabatan-jabatan Kerajaan yang ada. Dato’ Menteri Besar selalu memberitahu Exco-Exco tentang tugas sebenar mereka. Beliau selalu mengingatkan kami, kami buk

GANYANG DAN KENYANG

Slogan KENYANG BUKAN GANYANG telah dilaungkan oleh warga Indonesia di Malaysia yang membantah tindakan rakan senegara mereka mengutuk negara kita. Periuk nasi mereka yang mencari rezeki di Malaysia sudah tentu akan terganggu jika hubungan Kuala Lumpur dan Jakarta terjejas. Mungkin hampir 2 juta warga Indonesia sedang berada di negara kita. Bilangan yang tepat saya tidak tahu? Mungkin juga Imigresen malah Menteri Dalam Negeri pun tidak tahu. Memang ramai warga Indonesia di Malaysia. Sama ada secara sah atau tidak sah. Sama ada mencari rezeki secara halal atau secara haram. Ada di antara kita yang senang dengan kehadiran mereka dan ada yang kurang senang. Tetapi walau apa sekalipun, mereka memang KENYANG. Tetapi kadang-kala orang Malaysia akan kena GANYANG agar mereka KENYANG. Pada 19 Oktober, Pegawai Khas saya Ahmad Yazid Alias, telah dirompak RM15,000 oleh 3 orang yang dipercayai warga Indonesia di hadapan rumahnya di Taman Keramat Permai. Mereka yang bersenjatakan parang panjang

Lawatan Kerja Ke Pulau Pinang

Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pulau Pinang hari ini. Bertolak dari rumah jam 5.00 pagi, solat subuh di R&R Tanjung Malim dan sarapan pagi di R&R Tapah. Akhirnya tiba di Pusat Khidmat Masyarakat YB Ustaz Salleh Man di Permatang Pasir jam 8.45 pagi. Telah membawa sekali keluarga, hendak memberi peluang kepada anak-anak melihat dunia. Lajnah telah bermesyuarat di situ dan telah mendengar taklimat tentang perkembangan di Pulau Pinang terutamanya tentang masyarakat Islam. Di antara yang hadir Sdra Mazlan Aliman selaku Pengerusi Lajnah, Sdra Zulkifli Omar Timbalan Pengerusi dan Ustaz Salleh sendiri yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selaku tuan rumah. Ini kali kedua saya bertemu Sdra Zulkifli setelah PRK Bagan Pinang. Kali pertama di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri PAS Pusat di Taman Melewar 18 Oktober lepas. Walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan kekalahan PAS di Bagan Pinang dengan isu Selcat di Selangor namun hubungan saya dengan

BERANI MENYAHUT CABARAN

Beberapa bulan lepas satu pertemuan telah diadakan di antara pekedai-pekedai di Pandan Indah dan MPAJ. Para pekedai telah memohon agar sewa bulanan petak letak kereta dikurangkan. Kebanyakan mereka pemilik bengkel atau penjual kereta yang memajak beberapa petak-petak letak kereta agar tidak menghalang laluan ke kedai mereka. Bagi orang awam, pertemuan itu adalah satu pertemuan biasa. Di antara majlis perbandaran dan pembayar cukai yang mahu masalah mereka didengar. Tetapi kepada orang politik ianya menghantar isyarat yang berbeza. Pandan Indah berada di dalam kawasan DUN Chempaka. Persoalannya kenapa para pekedai itu tidak memohon bantuan ADUN atau sekurang-kurangnya memohon bantuan PAS? MASYARAKAT TIDAK DAPAT MENCARI KITA Ia membuat saya berfikir sedalam-dalamnya. Adakah kita sudah “out of touch” dengan masyarakat? Adakah rakyat hendak berjumpa dengan kita tetapi tidak tahu di mana? Adakah kita hanya bergerak di sekitar orang-orang kita atau di kalangan orang-orang masjid dan sura

Pastikan baki pajakan rumah yang hendak dibeli.

Orang Cina dikatakan lebih berminat untuk membeli rumah yang tanahnya "freehold" dan bukan pajakan. Orang Melayu pun begitu juga tetapi mungkin orang Cina lebih teliti. Semua orang mahu tanah "selama-lamanya" bukan "leasehold" 99 tahun. Tetapi apa boleh buat, bukan senang hendak mencari tanah "freehold". Kalau ada pun lebih mahal. Semua tanah yang dikurniakan selepas 1965 atau selepas kewujudan Kanun Tanah Negara (National Land Code) adalah pajakan 99 tahun. Kalau tidak ada pilihan, belilah tetapi pastikan baki pajakan pada rumah atau tanah yang hendak dibeli. Walaupun pajakan diandaikan 99 tahun tetapi tidak semestinya bakinya masih 99 tahun. Pemaju mungkin telah mengambil masa yang lama untuk memajukan projek mereka selepas dikurniakan tanah atau memperbaharui pajakan. 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau mungkin 30 tahun? Selalunya tarikh tamat tempoh pajakan ini ditulis dengan huruf yang paling kecil dan ditempat yang paling bawah pada iklan ata

Tidak boleh jual sebelum 5 tahun ...

Rumah kos rendah tidak boleh dijual jika kurang 5 tahun dari tarikh ia dibeli. Saya ada menerima rayuan dari mereka yang telah menandatangani perjanjian jual beli untuk menjual rumah kos rendah mereka. Walau bagaimanapun kebenaran untuk menukar nama ditolak oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana rumah itu dimiliki kurang dari 5 tahun. Rumah kos rendah dijual dengan harga RM42,000 sebuah atau RM35,000 bagi yang terlibat dengan pemindahan setinggan. Pemaju yang memajukan tanah lebih dari 10 ekar diwajibkan membina 20 peratus rumah kos rendah. Kos pembinaan adalah lebih dari RM42,000 sebuah. Ada yang sehingga RM60 hingga 70,000 termasuk kos tanah dan infrastruktur. Pemaju terpaksa menanggung kos tambahan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR). Oleh itu sebagai rumah yang disubsidi, hanya mereka yang memerlukan layak membelinya. Mereka mestilah berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan tidak memiliki rumah kos rendah yang lain. Ianya bukan untuk mereka yang mahu mencari keuntungan. Ter

Kembali mengukuhkan jemaah

Di bulan Syawal ini pelbagai majlis-majlis hari raya dan rumah terbuka akan dianjurkan di serata pelusuk. Sama ada jabatan kerajaan, persatuan penduduk, masjid, surau, parti politik atau orang perseorangan tidak akan melepaskan peluang untuk mengadakan sambutan masing-masing. Ada yang mengatakan majlis-majlis ini adalah satu pembaziran kerana terlalu banyak dianjurkan dan berlaku pertindihan. Walau bagaimanapun saya berpandangan majlis-majls ini mempunyai kesan-kesan yang positif. Pertama ia merapatkan tali silaturrahim di antara kita. Kedua ia juga menggerakkan organisasi yang menganjurkannya. Sama ada melatih mereka bekerja di dalam satu pasukan atau mencungkil tenaga-tenaga penggerak yang baru. Ini amat penting bagi sebuah parti politik seperti PAS. Oleh itu saya saya selalu menekan kepada Cawangan-Cawangan saya di Pandan supaya menganjurkan majlis-majlis Hari Raya. Ianya amat penting bagi Cawangan-Cawangan terutamanya yang tidak banyak menganjurkan program. Majlis ini bukanlah se