Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Libatkan Ahli-Ahli Parlimen

Saya bersetuju dengan hasrat Dato' Menteri Besar Selangor agar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor terlibat di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kita mempunyai ramai ahli-ahli Parlimen yang berkaliber dan tidak wajar jika mereka tidak dimanfaatkan untuk membangunkan negeri. Tambahan pula kita mahu Exco, ADUN dan ahli Parlimen bergerak seiringan. Exco dan ADUN selesa menyesuaikan diri sebagai kerajaan. Oleh itu, kita tentu tidak mahu ahli-ahli Parlimen masih mempunyai mentaliti pembangkang walaupun tugas mereka di Dewan Rakyat masih sebagai pembangkang. Di Selangor, di luar dewan mereka adalah kerajaan. Penglibatan mereka di dalam mentadbir negeri juga akan dapat memberi gambaran yang jelas kepada mereka perkembangan-perkembangan terkini. Pengalaman ini lebih bermakna dari taklimat-taklimat. Kita tidak mahu ahli Parlimen tidak puas hati kerana mereka tidak memahami polisi kerajaan negeri. Dengan itu, dapatlah mereka membawa agenda negeri dan tuntutan negeri ke Parlimen. ...

LEBIH PIRING DARI KAWAH

Media-media BN memang tidak akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Mereka akan sentiasa mencari peluang untuk memutarbelitkan kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan. Tetapi adakah ini bermakna kita terpaksa berdiam diri? Tidak membuat sebarang kenyataan? Di dalam politik komunikasi adalah amat penting. Walaupun media-media BN akan berusaha untuk memburuk-burukkan Pakatan tetapi banyak maklumat-maklumat yang dapat disalurkan kepada rakyat melaluinya. Kita juga yakin rakyat semakin matang dan dapat mencium propaganda-propaganda BN. Tidak salah mengeluarkan kenyataan tetapi perlu berhati-hati. Di Singapura, parti-parti politik pembangkang selalunya mengeluarkan kenyataan yang pendek, padat dan ringkas. Kadang-kala hanya 2 atau 3 perenggan sahaja. Mungkin ini kerana parti pemerintah, PAP, gemar menyaman mereka yang menentangnya. Setelah hampir 20 tahun di dalam politik dan 1 tahun menjadi kerajaan, banyak perkara yang telah saya pelajari apabila berurusan dengan media. Contohnya untuk kenyat...

PUNGUTAN RM3 DI PASAR MALAM

Saya ingin memberi ulasan kepada isu pungutan di pasar malam yang sedang dijaja oleh pihak-pihak tertentu di Selangor. Menurut mereka, pungutan yang dibuat oleh pengurus-pengurus pasar malam ini satu penindasan kerana para peniaga telah membayar kepada PBT untuk lesen perniagaan tahunan Saya mengambil contoh kawasan MPAJ di dalam ulasan saya. Para peniaga perlu membayar RM48 setahun untuk lesen bagi setiap tapak pasar malam. Lesen perniagaan dibayar oleh semua mereka yang menjalankan perniagaan sama ada di rumah kedai, warung atau di mana sahaja. Selain dari lesen perniagaan, ada juga lesen-lesen lain seperti lesen pengiklanan sebagai sumber hasil PBT yang akan digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Para peniaga juga perlu membayar kepada pengurus pasar malam RM3 untuk setiap petak berniaga setiap minggu. Bayaran yang dikatakan zalim ini digunakan untuk, 1. Mengupah pekerja-pekerja untuk mengutip sampah dan membersihkan seluruh kawasan pasar malam. 2. Mengangkut dan mengh...

JANGAN MENARI BERSAMA MEREKA

Saya menasihatkan ahli-ahli PAS supaya tidak melatah ketika berhadapan dengan pelbagai perkembangan terkini di Selangor. Setelah kalah pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, BN telah bersungguh-sungguh berusaha untuk menghapuskan keaiban mereka. Di Perak mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat. Saya yakin perkembangan-perkembangan terkini dirancang oleh BN bertujuan untuk memberi tekanan kepada PR sama ada untuk menumbangkan kerajaan-kerajaan PR atau menganggu pentadbirannya. Sebagai ahli-ahli PAS mereka tidak seharusnya mengikut rentak BN tetapi sentiasa berwaspada bahawa semua ini adalah satu permainan politik musuh. Jangan pula BN memukul gendang dan mereka turut menari bersama. Jangan memasuki perangkap BN. Jangan pula menjadi lebih BN dari BN. Jangan menjadi tangan-tangan ghaib BN untuk menjatuhkan kerajaan PR. Tetapi saya yakin perpaduan PR tidak akan dapat dipecahbelahkan ahli-ahli PAS bijak membaca keadaan...

SPRM MAHU AMBIL ALIH TUGAS MAHKAMAH?

Bolehkah kata kita mempercayai SPRM? Selepas rakyat Malaysia melihat gelagat pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengumumkan keputusan siasatan ke atas YAB Tan Sri Khalid Ibrahim susah hendak mempercayai SPRM sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Begitu gembira Pengerusi SPRM apabila mengumumkan kononnya ada kes untuk mendakwa MB Selangor itu. Seolah-olah bagai seorang yang baru berkahwin dua! Tambahan pula, ucapan beliau pada sidang akhbar itu bagaikan telah menjatuhkan hukuman ke atas Tan Sri Khalid. Bukankah tugas mahkamah untuk menentukan seseorang itu bersalah atau tidak? Kenapa SPRM mengambil alih tugas mahkamah? Benar sungguh ada orang menggelarkan nama Inggeris SPRM, MACC, bukan Malaysian Anti Corruption Agency tetapi Malaysian Agency for Cows and Cars. Kalau SPRM apa pula ya? 21 Februari 2009

FROM CHARLES HECTOR BLOGSPOT : Were Developers behind Elizabeth Wong's privacy invasion?

There have been a whole lot of theories/speculations out there about who was behind the circulation of the photos (possibly also a VDO) infringing the rights to privacy of Bukit Lanjan State Assemblyperson (State Assemblyman is a gender insensitive term), Elizabeth Wong...Why was it done? Yesterday, a Star report suggested that "...It could be her no-nonsense approach to environmental and other issues that led to someone “framing” her by circulating her scandalous pictures...". It also reported: '...that Wong played a prominent role in ensuring that the state government issued a blanket ban on hillside development in the state following the Bukit Antarabangsa landslide on Dec 6...“If the culprit or culprits succeed in removing an ‘unfriendly’ exco member, this can be repeated again and again,” It could be her no-nonsense approach to environmental and other issues that led to someone “framing” her by circulating her scandalous pictures, executive councillor Iskandar Abdul ...

KES YB ELI

Sejak hari Isnin lepas, saya telah mendapat panggilan telefon yang bertalu-talu dari pelbagai wartawan memohon pandangan saya tentang kes yang melibatkan rakan Exco, YB Elizabeth Wong. Saya telah memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan kerana adalah tidak adil untuk memberi komen berdasarkan fakta-fakta yang diterima dari pihak ketiga. Tambahan pula, tujuan kebanyakan media arus perdana hanyalah untuk memberi gambaran yang buruk terhadap Pakatan Rakyat. Contohnya kenyataan akhbar PAS Selangor tentang kejadian ini telah tidak disiarkan dengan sepenuhnya mungkin bertujuan untuk menunjukkan seolah-olah parti-parti Pakatan Rakyat sedang berbalah. Tiga hari selepas berita yang melibatkan YB Elizabeth mula disiarkan, banyak pandangan dan ulasan telah disiarkan dari pelbagai pihak dan mungkin tidak perlu lagi bagi saya untuk membuat sebarang komen. Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa saya kurang bersetuju dengan mereka yang berkata Barisan Nasional yang merancang untuk menjatu...

KUATKAN PARTI, APA SAHAJA BOLEH BERLAKU!

Mengukuhkan kedudukan dan jentera Parti adalah teramat penting. Ketika menjadi pembangkang, tumpuan utama pimpinan dan ahli-ahli adalah ke arah memperkuatkan Parti. Sama ada menambah ahli, menambah cawangan atau melatih ahli, ianya sentiasa menjadi agenda utama kita. Tetapi setelah menjadi kerajaan maka tumpuan kita terbahagi dua, pertama mentadbir negeri dan kedua pula gerak kerja Parti. Perlu seimbang di antara keduanya kerana kita tidak mahu gerak kerja Parti diabaikan kerana terlalu sibuk mentadbir negeri di mana-mana peringkat sekalipun. Masalahnya akan timbul jika kita hilang kerajaan. Ketika menguasai kerajaan tentu sekali banyak kemudahan tetapi tanpa kerajaan kita terpaksa bergantung kepada kekuatan Parti sahaja. Contohnya ketika berkuasa kita boleh menggunakan mana-mana dewan serbaguna atau dewan orang ramai tetapi tanpa kerajaan, hanya markas dan bilik gerakan Parti yang boleh digunakan. Bayangkan apa akan jadi jika ketika berkuasa kita mengabaikan markas dan bilik gerakan k...

PERINGATAN UNTUK AHLI-AHLI MAJLIS

Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan diingatkan supaya tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana pemaju untuk membuat lawatan ke luar negera. Tidak kira sama ada ke Hong Kong atau ke Australia, sebarang lawatan akan ditafsirkan oleh rakyat sebagai imbuhan untuk meluluskan projek-projek tertentu atau mempercepatkan kelulusan projek-projek itu. Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, terdapat perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum satu-satu projek pembangunan itu diluluskan. Di antaranya adalah kecerunan tapak, kesan kepada penduduk sekitar dan kemampuan projek itu bersaing. Kerajaan bukan mahu menyekat pembangunan tetapi mahu kepentingan dan keselamatan rakyat terjamin. Ahli-ahli majlis perlu menjaga integriti mereka. Rakyat mestilah melihat dengan terang dan jelas bahawa mereka berbeza dari ahli-ahli majlis sebelum ini. Jika mereka menerima imbuhan dengan janji projek-projek atau cadangan-cadangan akan diluluskan maka mereka tidak layak menjadi seorang ahli majl...

UMNO DAN SPR MASIH BELUM BERTAUBAT.

Kita semua bersedih di atas perkembangan di negeri Perak. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan bahawa UMNO dan SPR masih belum bertaubat. Selepas pilihanraya umum yang lalu kita menyangka UMNO akan melakukan perubahan terhadap imejnya dan mungkin terhadap parti itu secara menyeluruh. Tetapi yang disaksikan oleh rakyat ketika usaha-usaha menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, UMNO tetap UMNO seperti UMNO sebelum PRU12. Di dalam kesedihan dengan perkembangan di Perak, kita boleh menarik nafas lega kerana UMNO masih enggan berubah. Hanya Gerakan, MCA dan mungkin PPP yang bersungguh-sungguh cuba mengenalpasti kenapa BN ditolak pada PRU12. Tetapi UMNO masih mengekalkan imej dan modus operandi yang membuatkan BN ditolak rakyat pada 8 Mac lepas. Oleh itu, saya yakin selepas rampasan kuasa di Perak, kemarahan dan kebencian rakyat terhadap UMNO dan BN akan memuncak. Buktinya hanya pemimpin UMNO yang banyak membuat ulasan tentang perkembangan di Perak tetapi tidak pemimpin BN yang lain. Seola...

ANAK ADUN AKAN DICULIK?

Saya menggesa semua ADUN-ADUN Selangor mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini berikutan perkembangan terkini di Perak yang melibatkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat. Pada tahun 60'an, ADUN-ADUN PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong UMNO. Ini merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Tetapi usaha ini gagal setelah beberapa orang ADUN yang diculik telah menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri. Saya berharap ADUN-ADUN akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil tidak terdedah kepada sebarang usaha untuk menculik mereka. Saya bimbang jika taktik ini akan digunakan untuk memaksa mana-mana ADUN berpaling tadah. Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi ia perlu sentiasa berwaspada. Barisan Nasional sekarang tertekan selepas kalah di Kuala Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku. Petugas...