Skip to main content

KUATKAN PARTI, APA SAHAJA BOLEH BERLAKU!

Mengukuhkan kedudukan dan jentera Parti adalah teramat penting.

Ketika menjadi pembangkang, tumpuan utama pimpinan dan ahli-ahli adalah ke arah memperkuatkan Parti. Sama ada menambah ahli, menambah cawangan atau melatih ahli, ianya sentiasa menjadi agenda utama kita.

Tetapi setelah menjadi kerajaan maka tumpuan kita terbahagi dua, pertama mentadbir negeri dan kedua pula gerak kerja Parti. Perlu seimbang di antara keduanya kerana kita tidak mahu gerak kerja Parti diabaikan kerana terlalu sibuk mentadbir negeri di mana-mana peringkat sekalipun.

Masalahnya akan timbul jika kita hilang kerajaan. Ketika menguasai kerajaan tentu sekali banyak kemudahan tetapi tanpa kerajaan kita terpaksa bergantung kepada kekuatan Parti sahaja.

Contohnya ketika berkuasa kita boleh menggunakan mana-mana dewan serbaguna atau dewan orang ramai tetapi tanpa kerajaan, hanya markas dan bilik gerakan Parti yang boleh digunakan. Bayangkan apa akan jadi jika ketika berkuasa kita mengabaikan markas dan bilik gerakan kita?

Selepas 8 Mac ada cawangan yang tidak mahu lagi menyewa markas kerana kata mereka boleh menggunakan dewan orang ramai. Tetapi jika tiba-tiba kita kehilangan kerajaan seperti di Perak, mungkin ketika itu akan tercari-cari markas atau gerak kerja Parti akan terhalang sama sekali.

Saya tidak tahu bagaimana PAS di peringkat akar umbi di Perak berhadapan dengan kehilangan kerajaan tetapi ianya menjadi peringatan kepada kita agar bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Satu cabaran jika kita telah membiasakan diri dengan bantuan RELA atau majlis perbandaran tetapi dengan tiba-tiba kita kehilangan semua itu akibat dari kehilangan kuasa.

Cabaran juga jika ahli-ahli hanya bekerja apabila ada peruntukan, ada bayaran walhal dahulunya segala-galanya adalah demi Allah dan Rasul. Jika tiba-tiba tiada lagi peruntukan seperti di Perak, apa akan terjadi?

Bagi saya, walaupun berapa ramai sekalipun yang hadir dan membantu pada program-program mesra rakyat atau turun padang, akhirnya hanya ahli-ahli Parti yang komited akan terus bersama ketika kita menjadi kerajaan atau pembangkang. Ahli-ahli yang tidak akan merajuk atau meletakkan jawatan jika tidak mendapat imbuhan kewangan. Ahli-ahli yang dapat melihat lebih dari hanya wang ringgit tetapi juga dosa dan pahala.

16 Februari 2009

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi