UMNO MEMBUAT ORANG MELAYU DIPANDANG HINA Seorang jurutera sebuah syarikat kontraktor pernah dengan tiba-tiba memberi saya sebuah bungkusan. Saya terkejut apabila membukanya kerana mendapati wang berjumlah RM25,000. Setelah mendapatkan nasihat dari peguam Zulkifli Nordin saya telah membuat laporan polis dan juga laporan kepada BPR. Rasuah di dalam industri pembinaan adalah satu perkara biasa. Siling runtuh, tiang retak, bumbung bocor dan pelbagai lagi kerosakan yang berlaku kemungkinan besar akibat dari amalan rasuah. Tidak salah jika saya mengatakan yang memberi selalunya Cina dan yang menerima selalunya Melayu. Apabila sesuatu kelulusan tidak diberi maka andaiannya adalah sogokan perlu diberikan. Di dalam kes saya kelulusan untuk beberapa kerja yang tidak menurut piawaian telah saya tahan. Maka pihak kontraktor menyangka bahawa saya seperti orang Melayu lain yang mahukan sogokkan jika inginkan kelulusan. Begitulah hinanya orang Melayu di kaca mata orang Cina. Pada mereka orang Melayu ...
Dato' Iskandar Abdul Samad