Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR

Semalam, Sabtu 26 Julai, telah diadakan program makan durian bersama ADUN Chempaka sempena kempen kesedaran alam sekitar di kawasan pangspuri Taman Dagang Fasa 3. Dua lori durian telah disediakan untuk penduduk tempatan tetapi yang datang dari seluruh DUN Chempaka. Dari pelbagai bangsa, tidak siapa yang akan menolak durian percuma. (Foto-foto akan disiarkan di masa akan datang - kabel kamera tak jumpa lagi!) Durian hanyalah tarikan, yang penting kempen kesedaran alam sekitar. Amat sesuai bagi kawasan yang dibelenggu dengan masalah tikus! Kita boleh adakan gotong-royong tetapi jika mentaliti dan sikap penduduk tidak berubah maka keadaan akan kembali seperti sebelumnya. Membuang sampah di dalam longkang, sampah tidak diletakkan di dalam plastik sampah tetapi dibuang sesuka hati dan kalau dibungkus di dalam plastik tetapi tidak diletakkan di dalam tong di rumah sampah boleh menggalakkan pembiakan tikus. Penyelesaiannya adalah di tangan penduduk bukan majlis perbandaran atau pihak-piha

FLASHBACK 8 MAC 2008

Keputusan tidak rasmi, BA menang besar! Harakahdaily Sat Mar 08, 08 9:31:48 pm MYT KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Keputusan tidak rasmi yang diterima oleh Harakahdaily menunjukkan peningkatan prestasi BA dalam pilihan raya kali ini. --> KELANTAN Di Kelantan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa telah mengesahkan rakyat Kelantan memberi mandat apabila memenangi 30 kerusi negeri. KEDAH Di Kedah, sehingga berita ini ditulis (9.30pm), PAS Kedah telah memenangi 15 kerusi Dun. PULAU PINANG Manakala di Pulau Pinang, pembangkang secara tidak rasmi telah menang 24 kerusi dan mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri. KUALA LUMPUR Sementara itu, di Kuala Lumpur, untuk Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo menang dengan majoriti 2,00o undi. Di Parlimen Lembah Pantai, menurut laporan Malaysiakini, Nurul Izzah (KeADILan) menang mengalahkan Sharizat Jalil (BN). Menurut sumber tidak rasmi, BN hanya menang di dua kawasan parlimen dan salah satu antaranya ialah Parlimen Putrajaya

PAS KETINGGALAN?

PAS ketinggaalan di dalam Pakatan Rakyat? Puas saya memikirkan dari sudut mana. Kalau dari segi kerusi yang dimenangi memang benar tetapi itu bukan salah Pakatan Rakyat. PAS hanya menang 8 kerusi walhal PKR mendapat 15 dan DAP 13. PAS telah bertanding 20 kerusi, PKR 20 dan DAP 15. Adakah PAS akan memenangi lebih kerusi jika tidak berada di dalam Pakatan? Adakah salah Pakatan yang membuat PAS gagal mendapatkan sebarang kerusi di Sabak Bernam, Tg. Karang atau Sg. Besar? Dalam kerajaan pula bagaimana? PAS dengan 8 kerusi mendapat 3 orang Exco sama dengan DAP yang ada 13 kerusi. Fikirkan! Ahli majlis dalam PBT? Memang benar PAS ketinggalan berbanding dengan DAP dan PKR. Tetapi menurut rakan-rakan lain dalam Pakatan, ini sepadan dengan kerusi yang dimenangi. PAS sudah tentu akan berkata mereka mempunyai jentera yang lengkap, mempunyai ahli di setiap ceruk negeri Selangor oleh itu wajar diberikan jumlah ahli majlis yang lebih. Mungkin ada benarnya hujjah ini kerana jumlah ahli-ahli majl

ARAK JUGA DITENTANG OLEH ORANG EROPAH

"The Heineken Cup sponsored by Heineken (known as the H Cup in France due to alcohol advertising laws) is an annual rugby union competition involving leading club, regional and provincial teams from the Heineken Cup: England, France, Scotland, Wales, Ireland, and Italy. It is one of the most prestigious trophies in the sport. "Tahukah anda di Perancis, syarikat arak dilarang menjadi penaja sukan? Heineken Cup, piala untuk kejohanan ragbi yang diadakan di negara-negara di Eropah, di Perancis ianya tidak boleh menggunakan nama Heineken Cup tetapi dikenali sebagai H Cup. Nama-nama syarikat arak juga tidak boleh dipamerkan pada pakaian pasukan-pasukan yang bertanding. Saya ingat lagi apabila Leeds United, sebuah kelab bolasepak Inggeris, memasuki pertandingan Piala UEFA pada awal tahun-tahun 90'an, mereka terpaksa menyediakan set jersey kedua. Ini kerana mereka ditaja oleh sebuah syarikat arak "Strongbow" dan mereka tidak boleh memakai jersey itu jika bertemu

Keupayaan PAS menghimpun rakyat tidak dapat dinafikan

Perhimpunan Bersih 2007 yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dikatakan sebagai "turning point" kepada gerakan menentang cengkaman BN di negara kita. Malah ada yang yakin lebih 100,000 orang telah dapat dikerah pada hari itu. Selepas itu giliran Hindraf pula berhimpun tetapi segala-galanya bermula dengan Bersih. Apa yang terjadi selepas itu adalah sejarah. Kerajaan menjadi pembangkang dan pembangkang menjadi kerajaan di 5 buah negeri pada 8 Mac 2008. 100 hari selepas itu, Selangor pimpinan Pakatan Rakyat pula mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam merayakan 100 hari pentadbiran yang baru. Tapi sayang, stadium besar itu hanya setengah penuh. Selepas itu diadakan pula himpunan menuntut harga minyak diturunkan tetapi peristiwa melondeh seluar lebih diingati oleh ramai orang. Mana tidaknya, hanya lebih kurang 15,000 yang hadir. Adakah sebab pembangkang sudah membentuk kerajaan maka penyokong tidak berminat untuk berhimpun? Duduk di rumah sahaja? Kalau ini alasannya, k

Pengajaran Dari Tahun-Tahun 70'an

Ingat lagi tak tahun-tahun 70'an? Mungkin ada di antara anda yang belum lahir lagi tetapi bagi yang hidup di dekad itu tentu ingat akan perkara-perkara berikut, 1. Banjir besar Kuala Lumpur 2. Seluar "bell-bottom" 3. Planet Of The Apes 4. Kereta Colt Gallant 5. Beg kertas berwarna cokelat dengan tali pemegang merah dan putih 6. Rindu Bayangan 7. King Ghaz 8. Muhammad Ali 9. Payung kertas 10. Basikal Chopper Mungkin bagi ramai generasi sekarang tidak akan ingat atau mengenali basikal Chopper atau King Ghaz. Basikal Chopper merupakan basikal yang menjadi impian ramai pelajar-pelajar sekolah seperti saya ketika itu. Memiliki basikal Chopper adalah satu status symbol ketika saya bersekolah rendah di Petaling Jaya. King Ghaz pula adalah jolokan bagi Ghazali Shafie (ketika itu Tan Sri bukan lagi Tun) yang sebagai Menteri Dalam Negeri merupakan di antara orang yang paling berkuasa di Malaysia. Di zaman beliau ramai yang telah ditangkap di bawah ISA seperti Kasim Ahmad dan b

SEMANGAT GOTONG ROYONG DAN AKTA 663

Gotong-royong sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu. Mereka bergotong-royong untuk kenduri kahwin, membersih masjid dan surau apabila bulan Ramadhan menjelang tiba atau bila membuka kampung. Rasa tanggung jawab bahawa mereka adalah sebahagian dari masyarakat dan setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing merupakan di antara aset penting masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun kadang-kala di kawasan-kawasan bandar atau pinggir-pinggir bandar, amalan ini telah pupus. Bukanlah perlu sangat ahli-ahli masyarakat itu turun bersama-sama bermandi peluh, untuk bertanya khabar di antara satu sama lain pun susah. Tetapi dengan berkuatkuasanya Akta 663 tahun lepas yang menetapkan bahawa pengurusan sebarang rumah bertingkat sama ada pangsapuri atau kondominium akan akhirnya dilakukan oleh penduduknya sendiri, semangat amalan gotong-royong ini menjadi amat penting. Dengan akta tersebut, setiap blok atau kawasan perlu menubuhkan apa yang dipanggil sebagai Badan Pengurusan

LEBARKANLAH FOKUS KITA

Pada 7 Julai lepas, wakil-wakil Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengunjungi saya di pejabat saya di Shah Alam. Rombongan itu diketuai oleh Ustaz Zaharuddin (bukan yang “glamour” tu tapi yang menantu TG Presiden) dan beberapa orang dari unit penyelidikan Dewan tersebut. Mereka menyerahkan kepada saya satu kertas kajian tentang kedudukan tanah “freehold” atau tanah yang dipajak di dalam Islam. Kertas itu cukup terperinci dengan hujjah-hujjah dan dalil-dalil tentang kedudukan tanah-tanah seperti itu di dalam Islam. Saya amat kagum dengan kajian Ustaz Zaharuddin dan rakan-rakannya kerana sejak dilantik sebagai Exco, inilah kali pertama saya telah menerima satu kajian tentang subjek yang bukan tradisional bagi ulamak-ulamak PAS atau PAS itu sendiri. Walaupun ianya jarang-jarang disentuh oleh para ulamak tetapi berupaya memberikan impak yang besar kepada masyarakat. Kita kadang-kala gagal mengenalpasti perkara-perkara seperti itu yang berupaya mengancam “survival” ummah. Sebelum ini, saya ti

MENANGANI KEPELBAGAIAN

Ketika kita cemas dengan Mas Idayu dan Ella, rupa-rupanya ada yang lebih mencemaskan malah turut mengancam. “Ratu Rock” dan “Ratu Dangdut” yang hadir sebelum satu perlawanan bolasepak 6 Julai lepas amat dibimbangi akan menghanyut umat Islam. Menjadikan mereka memaksikan hidup mereka kepada hiburan dan akan menjauhkan diri dari agama. Melahirkan masyarakat yang subur dengan pelbagai gejala sosial yang ditahap terkini sudah membimbangkan kita. Tetapi insiden di protes “Turun Minyak” pada hari yang sama, hanya beberapa kilometer darinya, menunjukkan bertapa banyak tentang negara kita yang kita tidak tahu. Londehan seluar oleh seorang ahli kumpulan “underground” Carburetor Dung membuat Ella dan Mas Idayu kelihatan begitu sopan. Tentu sekali selepas ini pimpinan PAS yang terlibat secara langsung di dalam perhimpunan itu seperti Dr. Hatta Ramli akan dicincang lumat-lumat di dalam blog-blog dan laman-laman web yang lain. Muktamar PAS yang akan berlangsung bulan depan juga akan menyaksikan par

JANGAN SEKADAR KONSEP SAHAJA ......

Ketika belajar “architecture” di Hull, U.K. dulu apabila kami mempersembahkan projek kami untuk dinilai, selalunya soalan pertama yang akan ditanya oleh para pensyarah adalah apakah konsep projek kamu? Dalam apa saja projek yang kami hasilkan sama ada muzium, pusat komuniti, hotel, sekolah, pejabat, pangsapuri malah sebiji banglo pun kami akan ditanya konsep rekabentuk kami. Kami diajar untuk memastikan sebelum sebarang rekabentuk dihasilkan, konsep bagi projek itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Konsep ini akan menentukan segala-galanya, dari yang paling kecil kepada yang paling besar. Dari kecuraman bumbung kepada saiz pemulas pintu. Dari penyusunan ruang kepada bentuk tingkap. Dari ketinggian pokok yang ditanam kepada kemasan bagi lantai. Begitulah juga di dalam kehidupan, di dalam apa saja yang kita lakukan, perlu ada garispanduan yang perlu dipatuhi agar perkara-perkara yang dilaksanakan tidak tersasar atau terbabas dari yang dihasratkan. Di dalam “architecture”, konsep i