Skip to main content

Posts

Showing posts from 2007

BERHARGANYA UNDI KAUM INDIA!

Akhirnya 31 perserta himpunan Hindraf telah dilepaskan dari tuduhan cuba membunuh anggota Polis. Pengguguran dilakukan hanya apabila Perdana Menteri meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan ke atas mereka atas alasan “mereka diperdaya pimpinan Hindraf dan sudah insaf”. Dilaporkan juga bahawa Peguam Negara telah mempertimbangkan pendakwaan itu hanya selepas MIC menghantar wakil menemui beliau. Ini menunjukkan kepada rakyat bahawa Peguam Negara bersedia untuk tunduk kepada kehendak-kehendak pemimpin BN. Saya tetap dengan pendirian bahawa rakyat berhak berhimpun secara aman sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan mereka yang ditindas perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya tanpa mengira kaum. Tetapi sungguh mudah satu tuduhan yang begitu berat, cubaan membunuh, digugurkan atas dasar mereka yang dituduh telah insaf. Jika begitu sesiapa sahaja boleh terlepas dari sebarang tuduhan dengan mengaku telah insaf dan tidak akan melakukannya lagi! Keadilan ala Malaysia S

Are you and your family safe?

A former IGP, Tun Hanif Omar, in his column “Points Of View” (Sunday Star – 3rd August 2006) commenting on several snatch theft, rape and murder cases said, “They all make us worry about letting our womenfolk and daughters walk about or even drive in public places and carparks”. If a former IGP feels unsafe, what about common people like us? For us in Pandan, the attack on angkasawan Dr. Faiz Khaleed on 21st November shocked us all. He was robbed in front of his house in Taman Mawar. Many Malaysians like Dr. Faiz had become victims of serious crimes. Our country is not that safe anymore with robberies, rapes and murders being very common these days. Even small children are not being sparred. According to a study there is a marked increase in crimes commited :- Violent Physical Crime 2003 - 22,790 2006 - 42,343 Increment - 85.6% Rape 2003 - 4.0 per day 2006 - 6.7 per day Increment - 65.8% Overall Crime Comitted 2003 - 156,315 2006 - 226,836 Increment - 45.1% Last year I had a

RESIDENTS IN DIRE NEED OF A BRIDGE - KALBANA PERIMBANAYAGAM ( MALAY MAIL )

Pandan Indah, 20 December 2007 - Residents of Taman Pandan Indah are flirting with danger every day as their children cross a busy road in Jalan Pandan Utama to reach a playground and schools on the opposite side. Yesterday, some 20 parents and residents gathered in front of the Ampang Jaya Municipal Council’s field to express their concern. Hasnita Abdul Rahman, a 38-year-old teacher who was at the gathering, said she fears for her two children when they walk to their school daily. “Though they are grown up and are able to cross the road on their own, I feel the traffic there is too dangerous for them. “There have been three cases along the stretch involving two teenagers and an old man and I always fear for my children’s safety, ” she said. Hasnita said the road is not only used by young children, but by many residents in the neighbourhood. “Sometimes housewives and commuters of public transport cross the road to get to the mar- ket and bus stop,” she added. Another resident, M

Hari Raya Korban Di Balai Islam PAS Ubudiah, Pandan Indah - 20 Dis '07.

MOTIVASI PELAJAR ANJURAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PANDAN 9 DISEMBER 2007.

SIDANG AKHBAR - PERMINTAAN PENDUDUK AGAR MPAJ MENYEDIAKAN JEJANTAS - 19 DIS '07.

PKMP / Am / 12-07 ( 2 ) 18 Disember 2007 Kepada, Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur. Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tuan, PERMINTAAN PENDUDUK PANDAN INDAH (DEKAT SURAU AR-RAIHAN) AGAR MPAJ MENYEDIAKAN JEJANTAS DARI TAMAN MEREKA KE PADANG PERBANDARAN MPAJ, PANDAN INDAH. Adalah dimaklumkan bahawa penduduk taman tersebut berharap pihak MPAJ dapat menyediakan sebuah jejantas menghubungi taman mereka dan Padang Perbandaran Ampang Jaya. Menurut mereka, Jalan Pandan Utama di antara taman mereka dan padang itu adalah terlalu sibuk dengan lalulintas. Adalah amat merbahaya bagi penduduk terutamanya kanak-kanak untuk melintas. Selain dari itu, terdapat pelajar-pelajar sekolah dari kawasan perumahan sekitar padang itu yang terpaksa melintasi jalan tersebut untuk ke sekolah-sekolah mereka di Jalan Pandan Ilmu. Oleh itu, jejantas ini amat diperlukan oleh semua pihak maka perhatian dan tindakan pih

BUKAN SEKADAR ISU

Beberapa tahun lepas seorang kanak-kanak telah mati lepas di satu sungai di Selangor kerana menurut bapanya sungai tersebut telah menjadi merbahaya akibat dari aktiviti mencuri pasir. Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidaklah boleh diharapkan untuk mengambil tindakan kerana rasuah di kalangan PBT sememangnya teramatlah kritikal. Begitu juga dengan kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan yang boleh dilelong kepada pembida yang tertinggi. Tetapi saya ingin mepersoalkan apakah tindakan ahli-ahli PAS, Cawangan atau Kawasan di mana tragedi ini berlaku? Mustahil aktiviti mencuri pasir ini tidak disedari. Kenapa tidak ada bantahan? Kenapa tidak ada memorandum? Kenapa tidak ada demonstrasi membantah tindakan yang boleh membahayakan rakyat itu? Satu nyawa telah terkorban dan ahli-ahli Cawangan PAS di mana perkara ini berlaku, saya yakin ada Cawangan di situ, sepatutnya rasa berdosa kerana gagal berbuat sesuatu. Mereka tidak prihatin. Jika saya merupakan Ketua Cawangan di mana kejadian ini berla

AWAS STRATEGI MUSUH!

Beberapa hari lepas saya diberitahu oleh seorang AJK penting Kawasan bahawa isteri beliau mendapat telefon dari seseorang bahawa beliau telah berkahwin dua. Maka berlakulah peperangan dunia ketiga. Sehari selepas itu saya mendapat satu SMS yang kononnya dari seorang wanita yang memaklumkan bahawa beliau telah bertukar nombor telefon. SMS itu seolah-olah saya begitu mengenali “perempuan” itu. Isteri saya telah terbaca SMS tersebut tetapi beliau masih lagi waras dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Inilah taktik-taktik musuh yang hendak mengganggu kestabilan kita di saat-saat pilihanraya hampir tiba. Banyak lagi cubaan-cubaan sedang dan akan dilakukan untuk mengkucar-kacirkan kita. Sama ada kerja UMNO atau SB, inilah perkara-perkara “asam garam” perjuangan yang perlu kita hadapi. Saya tahu ada usaha-usaha sekarang untuk melaga-lagakan pimpinan kita di Selangor. Ada yang menjaja cerita bertujuan untuk melaga-lagakan Dato’ Pesuruhjaya dan Kawasan-Kawasan. Ada juga yang cuba hendak mel

“ORANG MELAYU YANG PALING BANGSAT TETAPI HINDU YANG MENGAMUK”

Pada 3 Disember lepas, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa pendapatan kaum Bumiputera adalah yang terendah di antara bangsa-bangsa utama di negara kita. Menurutnya pendapatan isi rumah kasar bulanan kaum kaum bumiputera ialah RM2,711 sementara kaum India sebanyak RM3,456 dan yang paling tinggi adalah kaum Cina sebanyak RM4,437. Katanya lagi, peratus kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2004 ialah bumiputera sebanyak 8.3 peratus, kaum India 2.9 peratus, manakala kaum Cina 0.6 peratus. Tujuan statistik ini didedahkan adalah untuk mematahkan dakwaan Hindraf bahawa kaum India adalah yang paling miskin. Tetapi dengan sekali-gus ia menunjukkan sikap sebenar UMNO-BN terhadap orang Melayu-Bumiputera. Kerajaan di dalam mendedahkan angka-angka tersebut langsung tidak gentar akan tindakbalas (backlash) orang Melayu terhadap fakta-fakta yang diumumkan. Sepatutnya di dalam keadaan masyarakat India “meng

Bantahan Caj Letak Kereta Di Pandan Indah

Persatuan Penduduk Membantah Caj Letak Kereta PANDAN INDAH, 1 DISEMBER - Persatuan penduduk Talam Business Park, Pandan Indah membantah perlaksanaan caj letak kereta di kawasan mereka. Menurut mereka, sistem caj berpalang itu tidak akan menggalakkan para pengunjung dan sekali-gus merugikan pekedai-pekedai di situ. Tambahan pula cajnya, RM 1 sejam, adalah lebih mahal dari kawasan-kawasan lain di Pandan Indah iaitu hanya 50 sen sejam. Terdapat juga caj selepas jam 5 petang dan pada hari Ahad yang juga akan menakutkan para pengunjung. Satu sidang akhbar telah diadakan pada 30 November lepas. Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Abdul Samad dan Pengarah DAP Teratai, Jenice Lee Ying Ha telah turut hadir memberi sokongan. Iskandar juga telah turut menulis kepada Menteri Besar Selangor memohon campur tangan beliau kerana pihak pengendali tempat letak kereta itu nampak kurang berminat untuk berbincang dengan penduduk. Resident Association Protest Against Parking Charges PANDAN INDAH, 1

PROVOKASI DAN INFILTRASI

Bukan tujuan saya untuk membincangkan dengan panjang lebar tuntutan Hindu Rights Action Force atau Hindraf tetapi sekadar untuk berkongsi pendapat tentang impak perhimpunan 25 November itu. Tidak seperti perhimpunan Bersih pada 10 November, perhimpunan Hindraf itu kelihatan lebih ganas dengan ramai penyokong Hindraf dan pihak keselamatan mengalami kecederaan. Berdasarkan beberapa ceramah-ceramah Hindraf sebelum ini sama ada di Pulau Pinang, Banting atau Johor Baharu yang boleh ditonton di dalam laman “YouTube”, suasana panas pada perhimpunan Ahad lepas adalah sesuatu yang sudah dijangkakan. Pada pendapat saya perhimpunan itu mungkin akan memberi dua impak yang besar kepada rakyat terutamanya orang Melayu iaitu : 1. Memori perhimpunan aman Bersih mungkin akan telah terpadam kerana rakyat sekarang telah dihantui oleh babak baling-membaling dan lempar-melempar penyokong-penyokong Hindraf. 2. Orang Melayu mungkin akan merasa terancam dengan apa yang dilihat sebagai kebangkitan Hindu d

PERIHAL FATWA DAN MAJLIS SYURA

Ramai seperti saya yang amat berterima kasih kepada Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin di atas artikel DEMONSTRASI SAH DARI SEGI SYARA’ yang pada mulanya disiarkan di dalam Harakhdaily. Dengan artikel tersebut ianya dapat mematikan segala hujjah-hujjah yang mengatakan demonstrasi itu bukan budaya kita. Budaya asing. Budaya ganas. Budaya tidak bertamaddun. Ustaz Ghani telah menceritakan semula kisah bagaimana umat Islam berdemonstrasi, menunjukkan kekuatan apabila Saidina Umar R.A. memeluk Islam. Tetapi alangkah baik sekiranya bagi setiap isu yang dihadapi kita sekarang terdapat satu penjelasan yang mempunyai “authority” agar dapat di“pegang” oleh semua ahli. Di dalam hal demonstrasi baru-baru ini, saya yakin Ustaz Ghani mempunyai “authority” yang cukup kuat berdasarkan kedudukan tinggi beliau di dalam Parti dan hujjah beliau itu akan di“pegang” oleh ahli-ahli. Tetapi bukan sahaja demonstrasi tetapi banyak lagi perkara-perkara dari yang paling kecil kepada yang paling besar diperlukan p

BERSIHKAN BEKAS TAPAK MEDAN SELERA DI JALAN PANDAN ILMU

Masyarakat di Pandan Indah mahu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengarahkan pemilik tanah bekas sebuah medan selera dibersihkan dengan segera. Kawasan itu dipenuhi dengan semak-samun dan bangunan-bangunan yang hampir runtuh serta sampah-sarap. Ianya ditakuti menjadi sarang bagi binatang-binatang merbahaya seperti ular dan anjing liar selain dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kedudukannya di antara 2 buah sekolah bermakna ia boleh mengancam keselamatan pelajar-pelajar yang melalui kawasan itu. Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Abdul Samad, telah membangkitkan perkara ini ketika hari bertemu pelanggan MPAJ pada 25 Mei lepas tetapi sehingga kini belum terdapat sebarang tindakan.

POLIS LAMBAT BERTINDAK KERANA CAMPURTANGAN POLITIK?

Ramai yang berpendapat kelewatan pihak polis menangkap dan mendakwa penyerang yang cuba membunuh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali, berpunca dari campurtangan politik. Pada 28 September lepas, Suhaimi telah diserang selepas solat Jumaat di luar Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam. Penyerang yang dikenali masyarakat sebagai “Din Jepun” telah menumbuk Suhaimi sejurus selepas solat dan telah pergi untuk mendapatkan senjata untuk menyerang beliau sekali lagi. Suhaimi telah cedera di kepala, bahu, tangan dan kaki. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ampang Jaya pada 29 September tetapi Suhaimi atau pihak PAS belum lagi dimaklumkan tentang apa-apa tindakan oleh pihak polis. Ini amat mengejutkan kerana penyerang pernah menumbuk seorang petugas PAS dua tahun lalu dan dikenali oleh polis. Apa yang paling mengejutkan, penyerang yang juga dikenali ramai sebagai ahli Pemuda UMNO dan “orang kuat Datuk” telah hadir pada solat Jumaat di masjid yang sama pada ming

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BERJAYA MEMBELI PEJABAT SENDIRI

Pusat khidmat masyarakat PAS di DUN Cempaka telah berjaya membeli pejabatnya sendiri di Taman Angsana Hilir. Walaupun ditubuhkan kurang dari 2 tahun, hasil dari sokongan masyarakat ia telah berjaya memiliki pejabatnya sendiri. Buat masa ini ia berkongsi bangunan dengan pejabat PAS Kawasan Pandan di Kg. Pandan dan dijangka berpindah ke pejabat baru pada bulan Januari depan. Menurut penasihat pusat khidmat ini, Iskandar Abdul Samad (kiri), dengan pejabat sendiri pusat ini akan dapat memberi khidmat yang lebih berkesan kepada masyarakat di Pandan, khususnya di DUN Cempaka. Beliau yang juga Timbalan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan berkata pusat ini sekarang dibuka setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Selain dari menerima aduan rakyat, ia turut menawarkan khidmat nasihat guaman pada pagi Ahad kedua setiap bulan dan rawatan perubatan secara Islam pada pagi Ahad terakhir setiap bulan, tambah Islandar. Sementara it

Foto Perhimpunan BERSIH 10 November 2007 - Sekitar Masjid Jamek, Jln Raja Laut & Masjid India

SAYA TIADA PILIHAN

Pada pagi 26 Oktober lepas, setelah menghantar anak-anak ke sekolah di Keramat saya berasa kurang sihat dan mengambil keputusan untuk berehat di rumah ibu saya yang berdekatan. Ketika itu saya terasa berdebar-debar dan langsung tidak berdaya untuk pergi ke kerja. Saya merasakan terlalu letih walaupun untuk melangkahkan kaki ketika berjalan. Isteri saya telah beberapa kali menasihatkan saya berjumpa doktor kerana saya telah tidak merasa cergas sejak minggu terakhir bulan Ramadhan. Pada lebih kurang jam 11.30 pagi, saya telah ke kedai percetakan seorang kawan dari Ampang bagi menguruskan “bookmark” yang ditempah untuk diedarkan ketika ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim malam nanti. SOLAT JUMAAT Kemudian saya telah singgah di rumah sekejap untuk meminum air sebelum ke solat Jumaat di Bukit A, Kg. Cheras Baru. Sejurus selepas solat di dalam keadaan lemah dan tanpa menunggu doa saya telah terus ke kereta. Saya cuba berehat di situ sebentar dan setelah berasa segar sedikit, saya telah

BUKAN SEKADAR AIR LIUR SAHAJA

Menurut Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa, perkataan Inggeris “tangible” bermaksud “yang dapat dirasai oleh pancaindera, bukan khayalan” atau “dapat dibuktikan kebenarannya”. “Rhetorical” pula bermakna “yang menggunakan kata-kata (bahasa) dan gaya yang bertujuan untuk menarik hati atau memujuk”. Sebagai sebuah parti politik pembangkang mungkin adalah agak payah bagi kita hendak menawarkan sesuatu yang “tangible”. Kita mungkin akan dicap sebagai “rhetorical” sekiranya kita sekadar berucap atau berceramah sahaja. UMNO seringkali melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang “rhetorical” tanpa menawarkan sesuatu yang “tangible” kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin PAS dikatakan hanya pandai berceramah sahaja. Walau bagaimanapun, “track record” kita di Kelantan sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar. Tetapi itu di dalam keadaan kita merupakan kerajaan yang memerintah, bagaimana pula dengan PAS di negeri-negeri lain di mana kita tidak memegang tampuk pemerintahan?

Edaran Bubur Lambuk Ramadhan 2007

Turun Padang Pasar Taman Muda 30 September 2007

GAMBAR-GAMBAR PELANCARAN BERSIH PANDAN PADA 7 OKTOBER 2007

PELANCARAN BERSIH KAWASAN PANDAN, SELANGOR.

Jawatankuasa BERSIH Kawasan Pandan akan dilancarkan pada hari Ahad 7 Oktober 2007, jam 10.00 pagi. Majlis pelancaran akan diadakan di pasar Taman Muda berdekatan dengan kedai 7-Eleven. Senarai Jawatankuasa BERSIH Kawasan Pandan adalah seperti berikut: Penasihat - BERSIH Pengerusi - NIK MD ZAIN BIN NIK MOHAMAD (012-6970367) Timbalan Pengerusi - ISKANDAR ABDUL SAMAD (019-2989835) Timbalan Pengerusi - JENICE LEE YING HA (017-3678488) Setiausaha - JENNIFER TNEW KON HUANG (013-3665203) Penolong Setiausaha - HAJI ABDUL HADI JOBAK (013-3303766) AJK - K. A. RAMU (016-6114891) AJK - HILMI BIN MALEK (012-9757510) AJK - RODZI MAN (019-2757564) Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk mendesak pihak yang bertanggungjawab agar pilihanraya di Malaysia berjalan dengan bebas dan adil. Jawatankuasa BERSIH Pandan akan berusaha untuk menyedarkan rakyat di Pandan akan hak-hak mereka sebagai seorang pengundi. Kami juga akan memastikan matlamat jangkapendek BERSIH iaitu penggunaan dakwat kekal,

THE LAUNCHING OF THE BERSIH COMMITTEE FOR PANDAN

The BERSIH committee for Pandan would be launched on Sunday 7th October 2007 at 10.00 a.m. The launching ceremony would be held at the Taman Muda market near the 7-Eleven store. The committee members would be as follows: Adviser - BERSIH Chairman - NIK MD. ZAIN BIN NIK MOHAMAD (012-6970367) Deputy Chairman - ISKANDAR ABDUL SAMAD (019-2989835) Deputy Chairman - JENICE LEE YING HA (017-3678488) Secretary - JENNIFER TNEW KON HUANG (013-3665203) Assistant Secretary - HAJI ABDUL HADI JOBAK (013-3303766) Member - K. A. RAMU (016-6114891) Member - HILMI BIN MALEK (012-9757510) Member - RODZI MAN (019-2757564) The main intention for the formation of this committee is to pressure the relevant authorities in ensuring that elections in Malaysia would be free and fair. The BERSIH committee for Pandan would strive to ensure that the people of Pandan are aware of their rights as a voter. We would also ensure that the immediate goals of BERSIH i.e. the use of indelible ink, the cleaning up of t

CUBAAN MEMBUNUH SUHAIMI GAGAL

Pada 28 September lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali telah diserang oleh seorang lelaki selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam. Di dalam kejadian selepas solat Jumaat itu, beliau telah dipukul bertubi-tubi kali dengan sebatang kayu sehingga cedera di kepala, bahu, tangan dan kaki. Walau bagaimanapun orang ramai yang berada di situ telah menghalang lelaki tersebut dari bertindak lebih ganas tetapi dia telah berjaya melarikan diri. Beberapa minit sebelum itu, dia telah menyerang Suhaimi dengan menumbuknya beberapa kali lalu terus meninggalkan tempat kejadian. Tetapi penyerang itu telah kembali dengan sebatang kayu. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada keesokan hari. (Gambar atas) “Jelas sekali penyerang bukan sekadar hendak mencederakan saya kerana setelah menumbuk, beliau telah pergi untuk mendapatkan senjata”, Suhaimi memberitahu. Hormatilah demokrasi Tindakan lelaki yang dikenali ramai s

BERAKHIRNYA TAWARAN ISTIMEWA

Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Pemergiannya sepatutnya diiringi dengan rasa sedih kerana berakhirlah segala tawaran-tawaran istimewa dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Tetapi adakah kita telah berlumba-lumba untuk mengejar tawaran-tawaran itu atau lebih berminat dengan pelbagai “special offer” yang ditawarkan di kompleks-kompleks membeli-belah? Walau bagaimanapun bagi umat Islam di Malaysia, Ramadhan membawa perubahan yang besar dan luar biasa. Masjid-masjid dan surau-surau yang dulunya lengang menjadi penuh sesak. Solat subuh berjemaah yang dihadiri oleh beberapa kerat di bulan-bulan lain akan dihadiri oleh puluhan ahli kariah. Tazkirah yang dianjurkan mendapat sambutan dari setiap lapisan masyarakat walaupun ianya dimusuhi oleh mereka yang jahil lagi menyesatkan itu. Bagi kebanyakan ahli-ahli, aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadhan adalah di sekitar surau-surau atau markas-markas sekiranya surau telah rampas oleh gerombolan pengganas yang bertauliah itu

PERCUBAAN MEMBUNUH NYDP PAS GAGAL

Satu laporan polis akan dibuat tentang cubaan membunuh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali tengah hari semalam (28 September) di hadapan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor. Selepas solat Jumaat, Suhaimi yang sedang mengedarkan risalah Ramadan khusus untuk ahli-ahli PAS telah dengan tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut telah menumbuk beliau beberapa kali. Lelaki itu kemudiannya telah beredar dari tempat itu sambil mengugut Suhaimi supaya meninggalkan kawasan itu dengan segera. Lebih kurang 10 minit kemudian, lelaki tersebut telah kembali dengan sebatang kayu dan terus menyerang dan memukul beliau bertubi-tubi kali sebelum ditahan oleh orang ramai. Akibat serangan itu Suhaimi telah cedera di kepala, tangan dan kaki. PAS Kawasan Pandan memandang serius akan kejadian ini. Lebih-lebih lagi penyerang tersebut dikenali sebagai seorang AJK Pemuda Umno Cawangan di Kg. Pandan. Beliau juga pernah menyerang dan menumbuk seorang AJK Pemuda

JALALABAD TERUS BERTAHAN

Ketika saya bekerja di UK saya pernah tinggal di Ponders End, utara London yang mempunyai ramai penduduk Islam berketurunan Bangladesh. Di sana terdapat sebuah kedai bernama Jalalabad Halal Grocers. Pada saya adalah satu keajaiban sebuah kedai runcit yang dikelilingi pasar raya-pasar raya besar seperti Tesco dan Sainsbury dapat bertahan. Ketika itu kedainya agak buruk dan harga barangannya sudah tentu lebih mahal dari pasar raya tetapi ia tetap mendapat sokongan dari masyarakat di situ. Begitulah masyarakat Bangladesh yang tetap akan memberi sokongan kepada perniagaan bangsa mereka. Mereka tidak akan membiarkan Jalalabad gulung tikar. Baru-baru ini saya telah melayari internet dan mendapati ianya masih wujud. Terdapat banyak lagi kedai seperti Jalalabad di Britain. Kalau hendak diharapkan jualan daging halal atau rempah-ratus, kedai-kedai runcit seperti itu tidak akan dapat bertahan lama. Tetapi masyarakat minoriti di Britain adalah berbeza dari masyarakat Melayu di Malaysia. Mere

SAMPAH BERTABURAN DI PERUMAHAN RAKYAT PANDAN UTAMA - SALAH SIAPA?

Di manakah tong-tong sampah besar untuk menempatkan sampah-sampah penduduk? Sekejap ada. Sekejap tiada. Jangan salahkan penduduk kerana mereka tiada pilihan selain dari untuk membuang sampah di atas jalan raya. Tetapi di manakah mereka yang sepatutnya bertanggunhjawab? Di manakan perginya wakil-wakil rakyat? Di manakah perginya ADUN Cempaka, Dato' Mad Aris Mad Yusuf? Janganlah hanya datang melawat semasa pilihanraya atau ketika mesyuarat agung UMNO Cawangan sahaja. Bayangkan masalah yang dihadapi penduduk. Bau busuk, lalat dan tikus mengancam kesihatan mereka.Saya pernah hadir di satu majlis di rumah yang berdekatan dan amat payah untuk menjamu selera kerana lalat-lalat yang berterbangan. Oleh itu, turunlah ke padang YB. Mungkin mereka bukan orang yang kaya raya macam YB tapi mereka juga manusia. Mereka sepatutnya dilayan dengan sewajarnya. Tetapi nampaknya YDP PAS yang lebih dulu turun. PAS akan tetap memperjuangkan nasib rakyat. PAS akan terus prihatin. PAS akan tetap cakna. In

KEMATIAN SAIFUL AZMI B. MOHAMMAD

PAS / K.100 / 2.01c ( 37 ) 3 September 2007 Kepada, Tuan Pengerusi & Ahli Suruhanjaya SUHAKAM, SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA, Tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 603-26125600 Faks: 603-26125620 E-mel: admin@suhakam.org.my ; humanrights@suhakam.org.my Tuan/Puan, KEMATIAN SAIFUL AZMI B. MOHAMMAD Pihak kami mendesak agar satu siasatan bebas dilakukan berikutan kematian Saiful Azmi b. Mohammad, 39 tahun, dari Kg. Dato’ Harun dekat Kg. Pandan Dalam, Selangor. Kami diberitahu oleh penduduk kampung itu beliau telah ditahan oleh pihak polis di sebuah warung berhampiran dengan tempat tinggalnya pada pagi 31 Ogos lepas. Walau bagaiamanapun beliau telah dimasukkan ke Hospital Ampang di dalam keadaan koma pada malam hari tersebut. Saiful telah akhirnya meninggal dunia pada pagi 2 September. Kami telah difahamkan pelbagai pihak termasuk keluarga mangsa telah mempersoalkan penjelasan pihak polis. Menurut mereka kecederaan yang di alami ol

CALON BN DUN CEMPAKA BAGI PRU XII

Inilah calon yang diura-urakan akan diketengahkan oleh UMNO untuk menggantikan Dato' Mad Aris Mad Yusuf.

DI ANTARA HANG TUAH DAN MEGAT SERI RAMA

Baru-baru ini kita telah menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 50. Sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan memaparkan seolah-olah kemerdekaan ini 100% diusahakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Malah pimpinan parti-parti komponen Perikatan lain turut diketepikan. Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan sejarah versi UMNO, nama-nama seperti Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Pak Sako, Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbung telah ditonjolkan. Perjuangan menuntut kemerdekaan tidak bermula dengan perjuangan menentang Malayan Union. Sejak Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511, orang-orang Melayu tidak berdiam diri tetapi terdapat pelbagai usaha untuk menghalau penjajah dari Nusantara. Saya tidak ingin menyentuh tentang perkara ini tetapi saya ingin menarik perhatian kita semua kepada seorang tokoh walaupun beliau jarang dikaitkan dengan perjuangan menentang penjajahan. Pada pendapat saya, beliau adalah satu-satunya orang Melayu yang sanggup menent

PERSOALAN TARBIYYAH

Baru-baru ini terdapat satu cadangan agar setiap ahli PAS dibekalkan dengan satu buku rekod usrah. Buku itu akan tercatit kitab-kitab dan topik-topik yang telah dilalui oleh mereka ketika usrah dan program-program tarbiyyah yang lain. Cadangan ini telah dibuat agar ahli-ahli dapat mengukur tahap pentarbiyyahan yang telah diperolehi. Kadang-kala terdapat ahli yang terpaksa melalui kitab atau topik berulang-ulang kali kerana menyertai usrah yang baru apabila berpindah Kawasan atau Cawangan atau kumpulan usrah mereka telah mati. Dari sudut ini, cadangan tersebut adalah baik kerana setiap ahli mempunyai rekod akan sukatan-sukatan tarbiyyah yang telah dilalui. Walau bagaimanapun saya tidak bersetuju sekiranya kemampuan atau komitmen ahli-ahli dinilai semata-mata melalui buku ini. Program-program tarbiyyah seperti usrah, tamrin, qiyamulail dan mukhaiyyam penting di dalam pembentukan ahli. Tetapi kita tidak boleh menilai kualiti seorang ahli semata-mata melalui program-program tarbiyyah

PEPERANGAN SUDAH BERMULA

Pada 29 Julai lepas satu pertemuan telah diadakan di antara pimpinan tertinggi PAS Pusat dan pimpinan tertinggi PAS Negeri Selangor. Pertemuan tersebut merupakan siri pertemuan yang diadakan pada hari itu di antara pimpinan PAS Pusat yang diketuai oleh Dato’ Seri Presiden dan pimpinan negeri-negeri. Ketika saya tiba, pimpinan Pahang baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat dan pimpinan Perak pula baru sahaja masuk. Pada lebih kurang jam 5.30 petang kami telah dipanggil masuk setelah pimpinan Perak keluar. Agenda pertemuan tersebut hanyalah satu, persiapan pilihanraya. Sepanjang saya menjadi ahli PAS, jarang saya mendengar Dato’ Seri Presiden menyentuh perkara-perkara teknikal tentang pilihanraya. Tetapi pada hari itu beliau telah hanya memberi penekanan kepada tiga perkara iaitu daftar pemilih, penculaan dan penipuan pilihanraya. Kami telah digesa agar menumpukan seluruh perhatian dan tenaga kepada gerakerja pilihanraya dengan memberi keutamaan kepada pendaftaran pengundi baru, s
UMNO MEMBUAT ORANG MELAYU DIPANDANG HINA Seorang jurutera sebuah syarikat kontraktor pernah dengan tiba-tiba memberi saya sebuah bungkusan. Saya terkejut apabila membukanya kerana mendapati wang berjumlah RM25,000. Setelah mendapatkan nasihat dari peguam Zulkifli Nordin saya telah membuat laporan polis dan juga laporan kepada BPR. Rasuah di dalam industri pembinaan adalah satu perkara biasa. Siling runtuh, tiang retak, bumbung bocor dan pelbagai lagi kerosakan yang berlaku kemungkinan besar akibat dari amalan rasuah. Tidak salah jika saya mengatakan yang memberi selalunya Cina dan yang menerima selalunya Melayu. Apabila sesuatu kelulusan tidak diberi maka andaiannya adalah sogokan perlu diberikan. Di dalam kes saya kelulusan untuk beberapa kerja yang tidak menurut piawaian telah saya tahan. Maka pihak kontraktor menyangka bahawa saya seperti orang Melayu lain yang mahukan sogokkan jika inginkan kelulusan. Begitulah hinanya orang Melayu di kaca mata orang Cina. Pada mereka orang