Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

BAYAR TUNGGAKAN SEWA MELALUI KHIDMAT MASYARAKAT

Kerajaan Negeri Selangor akan membenarkan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mempunyai tunggakan sewa membayarnya dengan melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat menurut kemampuan masing-masing. Buat masa ini terdapat pelbagai bantuan bagi mereka yang benar-benar tidak mampu. Bantuan ini boleh diperolehi dari Lembaga Zakat Selangor atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengurangan sewa dari RM250 kepada RM124 juga diberikan kepada mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dan mempunyai anggota keluarga sekurang-kurangnya 5 orang. Sewa bagi rumah yang sama yang bukan PPR adalah di antara RM400 hingga RM600 sebulan. Mereka yang tinggal di situ juga berpendapatan rendah tetapi tidak berpeluang mendapat rumah PPR ketika kerajaan yang lepas. Adalah salah bagi tunggakan sewa itu dilupuskan kerana ianya merupakan duit rakyat. Para penyewa berhutang kepada pembayar cukai bukan kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanyalah pemegang amanah. Tetapi Kerajaan Negeri senti

PERKEMBANGAN KES KG. JLN. PAPAN DAN KG. KERAYONG

Satu mesyuarat telah diadakan di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor [LPHS] pada 12 Ogos lepas dengan saya sebagai pengerusi. Yang hadir adalah wakil2 penduduk Kg. Jln. Papan dan Kg. Kerayong, TPPT Sdn. Bhd. [tuan tanah], Melati Ehsan [pemaju], Majlis Perbandaran Klang [MPK], Pejabat Daerah Klang dan YB Charles Santiago [Ahli Parlimen Klang]. Wakil 2 NGO, Jerit dan Permas telah turut hadir. Penduduk telah mengemukakan tuntutan mereka dan pemaju telah mengemukakan tawaran mereka. Saya memberitahu tanah telah didaftarkan di atas nama TPPT. Mereka adalah pemilik tanah yang sah. Oleh itu, menurut Kanun Tanah Negara [National Land Code], Kerajaan Negeri perlu membayar pampasan jika mahu mengambil balik tanah itu. Pampasan ini mungkin berpuluh juta RM. Pemaju telah menawarkan penduduk Kg. Jln. Papan untuk membeli rumah 18 kaki x 65 kaki dengan harga kurang dari RM100,000. Harga pasaran rumah tersebut sekurang-kurangnya RM150,000. Kerajaan Negeri tidak akan mengambil balik tanah itu u

KENA HACK!

Alahai kenapalah website ini selalu kena hack! Kalau ada posting-posting tentang pelaburan atau cabutan bertuah, harap dapat abaikan. Iskandar A. Samad 21 Ogos 2009

JOM BOIKOT!

Hari ini berakhirlah "gag order" ke atas para Exco. Arahan agar mereka tidak membuat kenyataan tentang isu arak dan MBSA. Semalam Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan agar tidak ada larangan menjual arak di kawasan majoriti Islam. Tetapi para penjual harus melaksanakan "self-restraint" atau kawalan sendiri. Garis panduan lengkap akan dikeluarkan dalam masa satu bulan. Keputusan itu dibuat di dalam satu pertemuan bersama para peniaga dan pihak-pihak berkuasa tempatan pada pagi semalam. Saya tidak hadir di dalam pertemuan itu kerana tidak mendapat jemputan. Pada saya, kawalan sendiri akan berjaya jika ada ancaman. Adakah para peniaga arak itu akan melakukan kawalan sendiri kerana takut kepada amaran Allah? Pada saya tidak ada ancaman atau tidak ada dorongan bagi para peniaga untuk melakukan kawalan sendiri kecuali kita "membantu" mereka ....... Bagaimana? Maka saya menggesa agar untuk memastikan keputusan Menteri Besar itu berjaya, umat Isl

Harakahdaily, Harakah Dilly Daly?

Pada 4 Ogos lepas, PAS Selangor telah mengadakan satu sidang akhbar yang penting. Ia telah dilaporkan oleh hampir semua akhbar dan disiarkan di dalam Berita TV3. Tetapi terdapat media yang memutar belit kenyataan-kenyataan yang dibuat. Ini tidak menghairankan kerana sudah tentu media-media yang tidak bersimpati dengan PAS akan menyiarkan berita dari perspektif mereka. Kami hanya mengharapkan blog-blog atau laman-laman web sahaja. Tetapi kesemuanya mempunyai capaian yang rendah kecuali Harakahdaily. Tetapi hairan sekali setakat jam 7.30 pagi ini, Harakahdaily tidak pula melaporkan sidang akhbar itu! Hanya Harakahdaily yang boleh menjawabnya. 6 Ogos 2009

PENGURANGAN SEWA BULANAN RUMAH PPR

Kerajaan Barisan Nasional Negeri Selangor yang lepas pada Jun 2007 telah memutuskan untuk menaikkan sewa bagi rumah-rumah kos rendah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari RM124 kepada RM250. Kenaikkan ini telah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Walau bagaimanapun, pada November 2008 Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah menurunkan sewa balik kepada RM124 bagi kategori-kategori tertentu. Mereka adalah penyewa yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM1,500 yang mempunyai bilangan keluarga sekurang-kurangnya 5 orang dan OKU. Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) telah membuka kaunter permohonan di PPR Lembah Subang, PPR Kota Damansara dan PPR Hicom pada 3 dan 5 Disember 2008 (9 pagi hingga 5 petang) dan 4 Disember 2008 (8 malam hingga 11 malam). Sejumlah 3,954 borang permohonan penurunan sewa telah juga diedarkan ke rumah-rumah yang berpenghuni. Terdapat 1,182 rumah kosong di PPR-PPR itu Dari 3,954 borang yang diedar : -1,263 penyewa telah menghantar bal

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor, Iskandar A. Samad berhubung dengan rampasan minuman keras oleh MBSA.

Saya yakin dasar MBSA mengenai aktiviti menjual minuman keras adalah untuk menghalang umat Islam dari membeli minuman keras dengan mudah dan berdasarkan enakmen yang sedia ada. Ia bukan untuk menghalang masyarakat bukan Islam membeli dan meminum minuman keras. Hak masyarakat bukan Islam tidak dinafikan sama sekali. Tetapi jika tidak ada peraturan untuk menghalang umat Islam membeli dan meminum minuman keras maka hak umat Islam untuk dilindungi dari bahaya minuman keras telah dinafikan. Gejala meminum munuman keras di kalangan belia Melayu adalah amat membimbangkan. Oleh itu, saya berasa hairan kenapa ianya dijadikan isu sensitif oleh media apabila cuba dihalang penjualan minuman keras di kawasan orang-orang Islam. Jual minuman keras di kawasan orang Islam tidak sensitif tetapi apabila hendak dihalang menjadi sensitif seolah-olah orang Islam tidak ada perasaan, tidak ada hak atau tidak ada nilai. Oleh itu, keperluan dan kepentingan semua pihak perlu diberi perhatian. Bukan golongan pe