Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

MASIH DI DEWAN .......

Waktu sekarang jam 8.14 malam. Masih berada di dalam Dewan Undangan Negeri. Sidang sepatutnya tamat jam 4,30 petang tadi tetapi Tuan Speaker telah memberi seluas-luas peluang kepada EXCO dan ADUN, sama ada Kerajaan atau pembangkang, untuk berucap. Hampir kesemua ADUN Pakatan Rakyat, kecuali 2 orang, telah berucap. Seorang darinya, YB Manoharan A/L Malayalam, ADUN Kota Alam Shah, sedang ditahan di bawah ISA di Kamunting. Sedang berucap sekarang ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib, menyokong usul mengecam Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Menurut beliau, di Israel "Military Order 1550" membenarkan tahanan untuk 8 hari. Selepas itu, tahanan perlu dihadapkan ke Mahkamah Tentera dan boleh ditahan selama 6 bulan. Tetapi di Malaysia, selepas tempoh tahanan pertama, tahanan boleh ditahan untuk 2 tahun. Maka ini bermakna ISA lebih kejam dari undang-undang Israel. Malah asal usul ISA yang dikuatkuasakan dalam tahun 1960 bermula dengan Ordinan Dharurat 1948 yang dikuatkuasakan seren...

PARTI MENGUASAI KERAJAAN

Tidak ada kita yang tidak akan bersetuju dengan polisi PARTI MENGUASAI KERAJAAN Walau bagaimanapun bagi kita di Selangor yang diperintah oleh sebuah kerajaan campuran, pakatan parti-parti yang memerintah perlu menguasai kerajaan. Ini bermakna polisi bersama pakatan parti-parti itu (bukan polisi individu) perlu menjadi polisi kerajaan dan bukan kehendak mana-mana individu walaupun individu itu adalah Menteri Besar. Tetapi ianya mesti bermula dengan parti-parti komponen itu sendiri. Ini tidak menjadi masalah kerana setiap parti mempunyai struktur tertinggi di peringkat Negeri seperti Badan Perhubungan Negeri bagi PAS. Tetapi bagaimana pula dengan pakatan parti-parti itu di peringkat Negeri? Perlu ada satu majlis bersama tetap yang mungkin diwakil empat atau lima orang pemimpin tertinggi Negeri bagi setiap parti. Sekarang ini hanya terdapat jawatankuasa-jawatankuasa ad hoc untuk membincang perkara-perkara tertentu seperti perlantikan ahli-ahli majlis Kerajaan Tempatan. Tetapi terdapat ban...

ULASAN IJTIMAK SELANGOR 2008

Ijtimak PAS Selangor ke 18, 19 Mei lepas, merupakan ijtimak yang paling terbuka. Buat pertama kali, para perwakilan telah berucap tanpa berselindung atau berlapik. Menyatakan pendapat atau mengkritik sesiapa sahaja. Malah Dato Husam Musa yang telah menyampaikan satu kertas kerja, turut menjadi mangsa. Pada saya keterbukaan dan keberanian ini amat penting bagi PAS Selangor yang sedang memerintah bersama PKR dan DAP. Ia adalah peluang untuk mengukuhkan Parti. Peluang bagi pimpinan dan ahli-ahli mengukur sejauh mana keikhlasan dan kemampuan masing-masing. Satu proses kematangan yang amat penting. Pada saya inilah ijtimak yang paling tidak dapat dilupakan walaupun saya telah hadir ijtimak pertama PAS Selangor dalam tahun 1992 di Sijangkang, Kuala Langat. Ketika itu, saya adalah seorang Setiausaha PAS Cawangan. Ataupun ijtimak kedua (1993) yang diadakan di Surau Al-Huda, Taman Maju Jaya Fasa 3, Ampang Jaya ketika saya pertama kali menjadi Setiausaha PAS Kawasan. Tetapi kali ini, ijtimak kit...

ISU TANAH KUBUR

Pada hari Sabtu lepas, telah diadakan dialog membincangkan pembangunan sebuah tanah perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai berikutan bantahan dari sebahagian penduduk. Sehari sebelum itu, saya telah didatangi oleh beberapa penduduk Islam taman itu dan mereka berkata mereka tidak membantah kewujudan perkuburan itu tetapi mahu ia dianjakkan dari pangsapuri mereka. Mereka mahu beberapa bangsal tempat mereka bergotong royong ketika kenduri kendara dikekalkan. Saya berharap satu jalan penyelesaian yang dapat diterima oleh semua pihak dapat dicari dan isu ini akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin kerana tapak perkuburan Islam yang kosong di sekitar Pandan telah hampir habis. Terdapat satu tanah perkuburan Islam di Kg. Cheras Baru di sebelah negeri Selangor tetapi tanah di sekelilingnya telah diambil untuk membangunkan sebuah projek perumahan. Lebih baik tanah perkuburan itu dibesarkan untuk keperluan masyarakat Islam tetapi mereka yang berkuasa ketika itu merasakan lebih wajar memb...

BERAS MALAYSIA vs BERAS USA

Saya masih ingat semasa berada di sekolah rendah terdapat satu siaran radio yang bernama siaran sekolah-sekolah. Ianya bermula jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang dan akan diulang pada jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang setiap hari, dari hari Isnin hingga Khamis. Siaran tersebut berkongsi dengan saluran siaran Inggeris RTM dan ketika itu merupakan cara yang paling efektif untuk mempelbagaikan cara mengajar. Mungkin generasi zaman Internet sekarang tidak akan dapat memahami kenapa pelajar-pelajar di zaman itu boleh tertunggu-tunggu akan rancangan-rancangan yang dibuat khusus untuk mereka. Pada lazimnya, siaran pertama pada jam 9.00 pagi atau 2.00 petang adalah untuk Darjah 1 dan ianya meningkat sehingga rancangan terakhir untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas. Saya masih ingat lagi bagaimana, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Rafidah Aziz, sering memberi syarahan di dalam mata pelajaran ekonomi untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksan HSC atau STPM. Semasa itu, rancangan ata...

ROBOH ATAU TIDAK?

Salah tetap salah tetapi kadang kala faktor kemanusian perlu juga diberi ambil kira. Setelah tumbangnya kerajaan BN di Selangor, banyak penyelewengan dan salah guna kuasa telah dapat dibongkar. Saya ingin merujuk kepada kes di mana sekeping tanah untuk tempat meletak kereta telah dibina warung-warung dan gerai-gerai oleh siapa lagi ....... UMNO. Ianya menyalahi undang-undang tetapi adakah dengan kemenagan Pakatan Rakyat kita akan merobohkan warung dan gerai itu? Ada yang menjawab, "Ya". Setelah bertanya-tanya di dapati ada lebih kurang 20 peniaga di situ dan mereka menyewa dari UMNO. Jika setiap peniaga ada 3 orang pekerja maka ada 60 orang pekerja di situ. Jika setiap pekerja pula ada 4 orang tanggungan ( 1 isteri dan 3 orang anak ) maka gerai-gerai itu merupakan sumber rezeki bagi 240 orang. Jadi hendak dirobohkan atau tidak? Jika diroboh, UMNO tidak akan rugi apa-apa! Mereka sudah cukup kenyang dengan sewa yang dipungut sejak bertahun-tahun. Tetapi ada 240 mulut yang perlu...

SIAPA YANG MERANCANG KEJATUHAN NAJIB?

Jadi Raja Petra sekarang berada di dalam penjara kerana kononnnya di dalam blognya menuduh Timbalan Perdana Menteri terlibat membunuh rakyat Mongolia, Altantuya Sharibu. Beliau dikatakan juga sedang melancarkan mogok lapar Kalau dulu hanya mereka yang rajin melayari laman web sahaja yang mengetahui akan dakwaan ini tetapi sekarang ini seluruh rakyat Malaysia sudah tahu! Nampaknya yang paling parah akibat publisiti dakwaan ke atas Raja Petra bukanlah Raja Petra tetapi Najib sendiri. Timbalan Perdana Menteri dikaitkan dengan pembunuhan? Teringat saya "Buku 50 Dalil". Pandai sungguh mereka yang merancang kejatuhan Najib! 7 Mei 2008

TSUNAMI DUA HALA

Di antara berita utama di Eropah hujung minggu ini adalah kekalahan calon parti Buruh kepada calon parti Konservatif di dalam pemilihan Datuk Bandar Kota London. Ianya amat memalukan bagi kerajaan parti Buruh kerana kota London, ibu negara Britain, sekarang dikuasai oleh Datuk Bandar pembangkang. Lebih memalukan kerana Datuk Bandar itu akan turut bertanggung jawab ke atas Sukan Olimpik yang diadakan di London dalam tahun 2012. Calon parti Konservatif, Boris Johnson, telah mengalahkan calon parti Buruh, Ken Livingston, yang merupakan Datuk Bandar sebelum ini. Livingston amat popular di kalangan rakyat. Beliau pernah tidak dicalonkan oleh partinya untuk merebut jawatan Datuk Bandar kerana pandangannya yang terlampau berhaluan kiri maka beliau telah bertanding di atas tiket bebas dan menang. Ketika saya belajar di Britain, Livingston yang dikenali sebagai “Red Ken”, pernah menjadi ketua Greater London Council (GLC) sebelum jawatan Datuk Bandar dipilih rakyat. Beliau menjadi popular apabil...