Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Sewa Rumah Sementara Penduduk PJS1 Ditanggung

Penduduk rumah panjang PJS1 yang masih tinggal di situ, akan dibantu oleh kerajaan negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan sebuah syarikat pemaju untuk menyewa rumah sementara sehingga rumah kos rendah mereka siap dibina. Pemaju tersebut akan mencarikan rumah-rumah sewa supaya mereka dapat berpindah keluar sebelum 31 Januari ini, kata Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad. "Pemindahan ini akan membolehkan pembinaan sebuah sekolah di atas tapak rumah panjang itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Projek pembinaan sekolah tersebut, katanya, telah tertangguh untuk tempoh tiga tahun kerana menunggu keputusan tentang masa depan penduduk. "Sebelum ini rumah kos rendah penduduk telah tidak dapat dibina kerana terdapat satu tindakan mahkamah tetapi setelah berbincang dengan kerajaan negeri, pemaju telah bersetuju membina rumah kos rendah itu di tapak yang baru," katanya. Iskandar berkata, bantuan sewa untuk p

KENYATAAN MEDIA : KERAJAAN SELANGOR BANTU BAIKI LIF

Kerajaan Negeri Selangor akan membantu 5 kawasan perumahan bertingkat kos rendah untuk membaiki lif-lif yg rosak. Ini merupakan sebahagian dari usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk rumah kos rendah yg diumumkan di dalam Bajet utk tahun ini. Untuk fasa kedua, 5 lagi kawasan akan dikenalpasti utk dibaiki. Skim ini akan dilaksanakan melalui konsep perkongsian kos (cost sharing) di antara penduduk dan kerajaan negeri. Peratusan perkongsian adalah menurut kemampuan penduduk. Pihak Berkuasa Tempatan telah diarah untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang memerlukan secepat mungkin. PKNS akan menguruskan kerja-kerja membaiki ini. ISKANDAR A. SAMAD EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR 16 JANUARI 2010

Coretan YDP 43 - APAKAH NILAI 0.1 SAAT?

Apakah nilai 0.1 saat? Apakah nilai 1 saat? Apakah nilai 1 minit? Mungkin di dalam keadaan biasa, 0.1 saat atau 1 saat atau 1 minit tidak mempunyai sebarang nilai kepada kita. Mungkin bagi kita yang selalu duduk di kedai-kedai kopi berjam-jam lamanya, 1 jam sekalipun tidak ada nilai. Atau bagi di antara kita yang mengambil masa berbulan-bulan untuk menyempurnakan sesuatu kerja, 1 hari pun tidak ada nilai. Tetapi di dalam keadaan-keadaan yang tertentu atau kepada mereka yang tertentu, ia amat berharga dan bernilai. Bagi seseorang yang tertinggal keretapi atau bas, 1 minit amat berharga. Apa tidaknya jika keretapi atau bas bertolak jam 8.30 pagi tetapi beliau tiba di platform jam 8.31 pagi. Atau seorang pelari pencut yang baru menamatkan larian 100 meter dalam masa 9.5 saat tetapi rekod dunia adalah 9.4 saat. 0.1 saat itu telah menghalang beliau dari mencapai kemasyhuran. BERNILAI JIKA TEPAT PADA SASARAN Masa atau apa sahaja yang mungkin dianggap remeh oleh seseorang mungkin amat

UMNO SAHUT CABARAN UNTUK TEBUS DOSA

Umno telah menyahut cabaran Kerajaan Negeri Selangor untuk menebus dosa mereka. PM hari ini menjanjikan RM15.6 juta utk membaiki bumbung pangsapuri-pangsapuri di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Semalam Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar A. Samad mencabar BN menunaikan janji mereka untuk membaiki bumbung-bumbung yang rosak sejak 8 tahun lepas. Janji dibuat dalam tahun 2007 tetapi hanya 3 blok dibaiki. Walhal kerajaan Pakatan Rakyat telah membaiki 2 blok dengan kos RM400,000 dalam masa 18 bulan selepas memenangi pilihanraya. Sabtu 9 Januari 2010

ISU-ISU PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DAN PERUMAHAN BERSTRATA NEGERI SELANGOR.

KERJA-KERJA KHIDMAT MASYARAKAT (COMMUNITY SERVICE) UNTUK MEMBAYAR SEWA TERTUNGGAK PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR). Kerajaan Negeri Selangor telah menyiapkan garispanduan bagi skim ini yang diumumkan tahun lepas. Skim ini hanya terbuka kepada mereka yang mempunyai tunggakan sewa lebih dari RM3,500 sebulan. Golongan-golongan yang layak menyertainya adalah, a. Ibu tunggal b. OKU c. Berpendapatan isi rumah kurang dari RM750 sebulan Kerja-kerja khidmat masyarakat yang telah dikenalpasti adalah, a. Mengendali dan menguruskan pusat aduan dan penerangan yang akan dibuka. b. Menyertai “Neighbourhood Watch” atau “Pemantauan Kejiranan”. c. Mengendalikan kelas-kelas kemahiran atau pendidikan untuk penduduk. Di dalam skim ini, peserta skim ini perlu melakukan khidmat-khidmat tersebut untuk masa yang ditetapkan sebelum sewa mereka akan dilupuskan. Mereka boleh memilih hari dan waktu mereka berhasrat untuk melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat ini. Walau bagaimanapun, skim adalah hanya unt

MASALAH BUMBUNG DI BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG : KERAJAAN PAKATAN RAKYAT LEBIH CEPAT BERTINDAK DARI KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor lebih pantas bertindak menyelesaikan masalah bumbung penduduk Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung dari kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas.   Masalah bumbung tersebut bermula sejak tahun 2004. Tetapi hanyalah tiga tahun selepas itu Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo   pada 12 Ogos 2007 selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor berjanji akan membaikpulih bumbung-bumbung yang rosak itu.   3 blok rumah pangsa telah dibaikpulih sebelum pilihanraya umum 2008.   Tetapi kerajaan Pakatan Rakyat telah memulakan kerja-kerja membaikpulih satu setengah tahun setelah mengambil alih negeri Selangor   Hari ini 2 blok yang 80 peratus diduduki hampir siap dibaikpulih dengan kos lebih kurang RM400,000. Blok-blok lain yang mempunyai penduduk kurang dari 50 peratus akan dibaiki secara berperingkat.   Saya berharap penduduk akan bersabar kerana untuk membaik pulih kesemua bumbung-bumbung itu akan melibat

Selangor Sambung Khidmat Petugas Khas Bantu Selesai Masalah Rumah Pangsa

Kerajaan Negeri Selangor hari ini membuat keputusan untuk menyambung perkhidmatan ataupun melantik baru petugas khas sepenuh masa untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah di kawasan pemajuan berstrata seperti rumah pangsa, pangsapuri dan kondomnium. Kontrak ini adalah untuk 6 bulan iaitu sehingga pentadbiran pemajuan berstrata atau Pesuruhjaya Bangunan dirombak semula. Sejumlah 12 petugas khas akan disambung perkhidmatan atau dilantik baru untuk memastikan masalah-masalah berkaitan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin demi kepentingan penghuni pemajuan tersebut, demikian kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor Iskandar Abdul Samad dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco petang tadi. Menurut Iskandar, antara isu-isu yang dikenalpasti masih belum diselesaikan ialah pembeli dan pemaju masih gagal menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB), pertikaian yang wujud ketika penyerahan kuasa dari pemaju kepada JMB, migrasi dari meter air pukal kepada met

BUKIT BOTAK : 363 AKAN HILANG HAK JIKA TANAH TIDAK DIAMBIL ALIH

363 bekas peneroka bandar Bukit Botak akan dinafikan hak jika Kerajaan Negeri Selangor tidak melakukan pengambilan tanah. Kerajaan Barisan Nasional yang lepas telah memberi tanah kepada 1,367 peneroka bandar Bukit Botak sebagai sebahagian dari program menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut. “257 PENEROKA DIBERIKAN TANAH YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN” Walau bagaimanapun, 257 peneroka telah mendapati tanah mereka tidak dapat dibangunkan kerana terletak di kawasan cerun, di bawah talian TNB, di dalam rizab sekolah atau rizab-rizab yang lain. “106 PENEROKA TERSINGKIR” Selain dari itu, Jawatankuasa Pemutihan Bukit Botak yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sekarang telah mendapati seramai 106 peneroka yang sepatutnya layak mendapat hak tetapi telah tersingkir. Jawatankuasa tersebut telah mendapati ada di antara mereka yang berada di dalam senarai bancian asal tetapi mereka telah tidak mendapat sebarang tawaran dari kerajaan negeri ketika itu. “AKAN DIBANGUNKAN DENGAN PEMB

Coretan YDP Edisi 42 (2 Januari 2010) - AKIBAT SKREW YANG LONGGAR

Entah kenapa beberapa hari sebelum saya bertolak ke Amerika Syarikat, program Astro yang paling banyak saya tonton adalah "Seconds From Disaster" atau dalam Bahasa Malaysia, "Beberapa Saat Sebelum Malapetaka". Ianya merupakan satu siri rencana yang menceritakan tentang kemalangan-kemalangan yang kebanyakannya melibatkan kapalterbang. Terdapat banyak siri dan kebanyakan siri menceritakan tentang kapalterbang-kapalterbang yang telah terhempas akibat dari beberapa faktor sama ada sebab-sebab teknikal atau kesilapan manusia. Sepatutnya bagi seseorang yang akan menaiki kapalterbang hampir 20 jam merentasi Lautan Pasifik, siri tersebut merupakan siri yang paling akhir yang hendak saya tontoni. Tetapi saya amat tertarik kepadanya dan ianya mungkin kerana rumusan-rumusan yang dibuat pada akhir setiap siri. Dari apa yang saya fahami, selalunya faktor utama yang menyebabkan kemalangan bukan faktor-faktor besar seperti enjin kapalterbang yang meletup atau gagal berfungsi. A

Coretan YDP Edisi 41 (20 Disember 2009) - SENJATA RAHSIA BN

Pada pilihan raya umum 1999, PAS mendapat 180,000 undi di Terengganu dan merampas negeri itu. BN hanya mendapat 120,000 undi. Tetapi pada pilihan raya umum 2004, undi PAS telah menurun kepada 170,000. Dengan penurunan hanya 10,000, PAS sepatutnya berupaya mempertahankan kerajaan Terengganu, Walau bagaimanapun, undi BN telah meningkatkan ke 220,000 dan kerajaan PAS Terengganu telah tumbang. Dari mana datangnya begitu ramai pengundi baru itu? Adakah mereka benar-benar pengundi baru yang didaftar? Adakah mereka pengundi-pengundi yang diimpot dari luar seperti dari Selangor atau negeri-negeri lain di Pantai Barat? Atau adakah seorang pengundi telah didaftarkan di beberapa tempat mengundi? Saya tidak akan memberi jawapan kepada soalan-soalan tersebut kerana ianya telah berkali-kali diulas oleh sama ada pemimpin politik atau penganalisa politik. Tetapi fakta dari pilihanraya ke 11 itu sepatutnya telah menyedarkan kita betapa pentingnya pendaftaran pemilih. PENDAFTARAN PEMILIH YANG DI