Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2007

KESATUAN DI DALAM KEPELBAGAIAN

Ketika PAS Kawasan Pandan mula ditubuhkan, seorang ahli telah bertanya, “Muslimat kita tidak seperti dulu, dulu semuanya pakai tudung bulat dan jubah, tetapi sekarang ada yang pakai tudung tiga segi, ada yang pakai baju kurung, ada yang pakai baju bunga-bunga”. Tetapi bukankah ini bermakna PAS telah berjaya menarik kesemua kelompok dan golongan masyarakat kepadanya? Kalau dulu mungkin hanya mereka yang mempunyai kesedaran agama tetapi orang menyertai PAS sekarang dengan pelbagai sebab-musabab. Ada yang semata-mata kerana benci kepada UMNO, ada yang kerana bosan dengan rasuah, ada yang tidak puas hati dengan kenaikan tol dan banyak lagi. Maka terpulanglah kepada kita untuk membentuk mereka. Ini juga bermakna PAS bukanlah lagi sebuah “kelab eksklusif” tetapi telah berjaya melebarkan pengaruhnya kepada seluruh rakyat sesuai dengan statusnya sebagai sebuah gerakan massa selain dari sebuah gerakan Islam dan sebuah parti politik. Menang Atau Kalah Di dalam PAS kita sering diperingatkan bahaw