Skip to main content

Kerajaan Negeri akan bantu baikpulih pangsapuri Bukit Subang.

Kerajaan Negeri Selangor akan membantu penduduk pangsapuri-pangsapuri Bukit Subang membaikpulih bumbung kediaman mereka yang rosak akibat ribut.

Kerja tersebut akan dilaksanakan di bawah Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA.

Di bawah skim perkongsian kos CERIA, Kerajaan Negeri akan menanggung 80 peratus kos baikpulih dan petnduduk 20 peratus bagi rumah kos rendah. Sementara untuk rumah kos sederhana, Kerajaan Negeri akan nenanggung 60 peratus dan penduduk 40 peratus. Bahagian penduduk pula boleh dibayar secara ansuran.

Anggaran awal kos baikpulih iaitu sebanyak RM480,000 telah disiapkan oleh Pejabat Daerah Petaling.

Kos dan skop kerja terperinci pula akan disiapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) agar kontraktor-kontraktor untuk kerja baikpulih tersebut dapat dilantik.

Tetapi buat masa ini MBSA sedang melakukan pemeriksaan untuk menentukan sama ada pangsapuri yang terlibat selamat untuk didiami.

Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh MBSA dan Bomba untuk memastikan pangsapuri-pangsapuri itu selamat.

Adalah diharapkan penduduk di tingkat 1 hingga 4 dapat berpindah balik ke kediaman mereka dan tidak perlu lagi tinggal di dalam dewan.

Sementara itu MBSA akan mendapatkan rumah sewa sementara untuk penduduk di tingkat 5 sehingga kerja baikpulih siap.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
9 Februari 2012

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...