Ada org tanya adakah sokongan rakyat Sgor kpd PR semakin meningkat? Adakah pemecatan Dato Hasan memberi kesan kpd PAS? Siapa yg boleh jawab soalan2 itu? Bukan saya, bukan PJ Sgor dan bukan Presiden. Tapi tanyalah wira dan wirawati tanpa nama yg saban minggu turun padang utk mencula undi. Bertemu beribu-ribu pengundi. Di DUN Chempaka telah lebih 12,000. Bertanya khabar. Ada yg dimarahi, ada yg dipuji. Mereka yg mula2 mendengar luahan hati rakyat. Tetapi tidak ramai yg hendak buat kerja itu. Mungkin sebab tidak glamour. Susah. Panas. Penat. Risiko tinggi. Kena kejar anjing. Kena kejar dgn parang. Itu sebab pada saya merekalah wira dan wirawati sebenar. Tanpa sumbangan mereka kita tidak akan berpijak di bumi yg nyata. Syok sendiri. Dan mungkin besar kepala. Jadi, bilakah anda hendak membantu mencula undi???
Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk menempatkan semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...