Ramai yang bertanya saya adakah I-City "The New Talam"?
Saya tidak hairan mereka bertanya kerana majlis-majlis kerajaan negeri banyak diadakan di sana. Tahun ini majlis Raya, kempen anti zina, pesta tanglung dan yang akan datang sambutan tahun baru 2011. Tetapi saya yakin Dato' Menteri Besar mempunyai jawapan kepada tuduhan ini.
Kita semua tahu betapa marah beliau terhadap Talam. Pernah di dalam satu mesyuarat beliau memarahi seseorang yang pernah mempunyai hubungan dengan Talam walhal dia hadir untuk satu urusan yang tiada berkaitan langsung dengan syarikat itu.
Talam adalah kroni Dato' Menteri Besar dahulu. Tan Sri Khalid Ibrahim amat menentang amalan kronisme. Oleh itu mustahil beliau akan mewujudkan kroni-kroni baru. Kalau sekadar berkawan, adakah ini satu kesalahan?
AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...
-
Pagi 9 April 2025, bagi pihak NGO Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri (Fikir Selangor), saya telah menyampaikan sumbangan-sumbangan unt...
-
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan...