Skip to main content

Dakwaan ugutan bunuh di Klang : Kita tunggu sahaja siasatan pihak polis

Pagi tadi saya sempat membaca berita di dalam sebuah akhbar bahawa seorang indiviidu yang dilaporkan mengetuai demonstrasi terhadap kerajaan negeri di Taman Permai Indah, Klang telah mendakwa kononnya menerima ugutan bunuh. Katanya satu laporan polis telah dibuat di sebuah balai polis di Klang.

Saya tidak tahu sama ada ugutan itu benar atau untuk menagih simpati atau kerana beliau kepanasan kerana rasa bersalah. Adalah lebih baik sekiranya siasatan pihak polis yang menentukannya.

Saya juga tidak tahu siapa yang begitu marah kepada penduduk tersebut sehingga mahu membunuhnya. Tetapi Taman Permai Indah adalah di antara 3 kawasan rumah kos rendah yang menerima bantuan membaik pulih lif dari kerajaan negeri. Saya telah menerima banyak permohonan dari kawasan-kawasan lain untuk bantuan tersebut. Taman Permai Indah amat bernasib baik. Kerajaan BN sebelum ini tidak menghulurkan bantuan sedemikian kepada penduduk. Menyelenggara dan membaik pulih lif adalah tanggung jawab penduduk bukan kerajaan negeri. Tetapi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor begitu prihatin mahu membantu rakyat.

Oleh itu, saya tidak hairan jika ada orang di Selangor yang begitu marah kepada penduduk yang mendakwa menerima ugutan itu. Kerajaan negeri telah memilih kawasan tersebut untuk dibaik pulih tetapi satu demonstrasi telah diadakan terhadap kerajaan negeri kerana projek membaik pulih itu terlewat sedikit. Penduduk rumah-rumah kos rendah lain di Selangor yang tidak dibantu oleh kerajaan negeri sudah tentu akan marah kepada beliau. Malah ada pihak yang berkata kerajaan negeri membuat kesilapan membantu Taman Permai Indah kerana banyak lagi kawasan perumahan kos rendah yang boleh memberi kerjasama kepada kerajaan negeri. Kawasan-kawasan itu sepatutnya dipilih oleh kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun saya yakin hanya segelintir penduduk sahaja yang termakan dengan hasutan mereka yang mahu mempolitikkan isu membaik pulih lif itu. Sebelum ini hampir semua lif di kawasan tersebut tidak dapat digunakan. Sudah tentu seorang yang waras akan berterima kasih dengan usaha-usaha kerajaan negeri ini walaupun kerja-kerja membaik pulih tersebut terlewat sedikit.

Kerajaan negeri pula begitu adil kerana Taman Permai Indah bukan berada di dalam DUN Pakatan Rakyat. Bantuan diberikan di atas dasar keperluan bukan di atas pertimbangan politik sepertimana di zaman Barisan Nasional.

Saya telah mengumumkan akan membentuk satu jawatankuasa penyiasat untuk menentukan sama ada kecurian dan kerosakan kepada alat-alat ganti lif-lif itu adalah satu tindakan sabotaj. Saya yakin penubuhan jawatankuasa ini akan menyebabkan sesetengah pihak merasa panas.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor
19 Jun 2010

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi