Thursday, June 24, 2010

Mempertahankan Kg. Baru bukan isu perkauman

Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berkata pada satu ceramah PAS Kawasan Pandan di Taman Dagang bahawa mempertahankan penempatan orang Melayu di Kg Baru bukan satu isu perkauman.

Dalam ceramah pada 24 Jun itu, beliau berkata sedemikian kerana tidak ada orang Cina yang menuntut untuk membangunkan kampung yang berusia lebih 100 tahun itu.

"Hanya UMNO yang bersungguh-sungguh mahu melenyapkan ciri-ciri Kg. Baru yang asal", tambah Mahfuz.

Katanya lagi, UMNO seolah-olah mahu menghalau orang Melayu keluar dari bandar. Ia hanya akan mengganggu keseimbangan kaum di ibukota.

AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...