Skip to main content

PEMBELI RUMAH SAUJANA PUTRA FASA 5B SELESAI

PUCHONG, 8 NOV 2010 : 110 pembeli rumah teres satu tingkat projek terbengkalai Saujana Putra Fasa 5B boleh menarik nafas lega apabila kediaman mereka telah mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan atau CF dari Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Satu majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad, pada 2 November lepas. Majlis telah turut dihadiri oleh Pembantu Exco, Saari Sungib.

Projek tersebut telah dimulakan dalam tahun 2003 dan dijangka siap dalam tahun 2005 tetapi pemaju telah gagal menyiapkannya menurut perjanjian jual beli.

Satu jawatankuasa khas telah memantau dan mengadakan beberapa siri rundingan dengan pemaju, pembeli, MDKL dan agensi-agensi yang berkaitan di dalam usaha untuk memastikan projek terbengkalai itu dapat disiapkan. 


Akhirnya usaha ini telah berhasil apabila masalah-masalah seperti bekalan air dapat diselesaikan dan MDKL telah bersetuju untuk mengeluarkan CF untuk rumah-rumah tersebut.

Projek perumahan ini adalah di antara lebih 500 buah kediaman di Puchong yang dipantau oleh jawatankuasa ini.

"Ternyata sekali kaedah pemantauan dan rundingan yang diambil oleh jawatankuasa tersebut adalah berkesan di dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai," kata kenyataan dari pejabat Iskandar Samad itu - Harakahdaily.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

PRESTASI MESTI BOLEH DIUKUR .

Sejak bulan September lepas, Cawangan-Cawangan PAS telah mula mengadakan mesyuarat agung mereka yang berakhir pada bulan Oktober. Sementara pada pertengahan bulan November ini kesemua Kawasan-Kawasan telah selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing. Tahun ini merupakan tahun pemilihan di mana para perwakilan akan memilih pimpinan mereka untuk sesi yang baharu. Di antara agenda utama di dalam mesyuarat-mesyuarat agung tersebut adalah membentang, membahas dan meluluskan laporan tahunan. Sama ada Kawasan atau Cawangan, tanggungjawab untuk menyediakan dan membentangkan laporan tersebut adalah pada Setiausaha masing-masing. Lazimnya penilaian sama ada pimpinan sesi tersebut telah melaksanakan tugas dan tanggumgjawab mereka adalah berdasarkan laporan tahunan yang dibentangkan walaupun terdapat faktor-faktor lain. Laporan tahunan yang baik adalah yang memberi tumpuan kepada pencapaian-pencapaian pada sesi tersebut. Ia tidak sepatutnya berjela-jela dan akan mengelirukan mereka yang memba

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau U