Skip to main content

VICTORIA BERSEDIA TERIMA PEGAWAI SELANGOR

Kerajaan Negeri Victoria, Australia bersedia menerima pegawai-pegawai Selangor bagi mendedahkan mereka kepada cara-cara kerajaan tersebut menyelesaikan masalah-masalah perumahan.

Hasrat itu telah disampaikan oleh "Chief Of Staff" kepada Menteri Perumahan Victoria, Anna Cronin ketika dikunjungi oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar A. Samad di Melbourne pada 2 Mac lepas.

Menurut Iskandar, Cronin mencadangkan pegawai-pegawai Selangor ditempatkan di jabatan beliau untuk satu jangkamasa agar dapat didedahkan kepada cara-cara pelaksanaan agenda-agenda perumahan kerajaan Victoria.

Di dalam kunjungan tersebut, Cronin telah menerangkan polisi-polisi dan program-program perumahan Victoria. Iskandar pula telah turut menerangkan agenda-agenda perumahan Selangor.

Kata Iskandar, di Victoria program untuk menyediakan kediaman yang sempurna bagi golongan muda dan mereka yang hidup melarat tidak hanya terhad kepada menyediakan tempat tinggal. Tetapi ianya juga meliputi penyediaan bimbingan, latihan kemahiran, kaunseling serta sokongan-sokongan yang lain.

Terdapat satu program khusus untuk golongan muda di sana.

Sewa di perumahan awam yang disediakan kerajaan pula tidaklah sama bagi setiap penyewa. 

Perumahan awam ini adalah sama seperti Projek Perumahan Rakyat atau PPR yang ada di Lembah Subang dan Kota Damansara. Penyewa di Victoria membayar berdasarkan pendapatan bulanan mereka. Sewa yang ditetapkan adalah 25 peratus dari pendapatan bulanan penyewa. Jika pendapatan mereka rendah maka sewa mereka rendah dan jika pendapatan mereka tinggi maka sewa mereka tinggi.

Kerajaan Victoria pula tidak masuk campur di dalam pentadbiran perumahan bertingkat atau berstrata. Di sana penduduk mentadbir pembangunan mereka dengan menubuhkan badan-badan pengurusan seperti di Malaysia. Walau bagaimanapun pertelingkahan dirujuk terus kepada satu tribunal khas yang akan memutuskan jalan penyelesaian.

Iskandar mengalu-alukan cadangan Cronin kerana ia dapat mendedahkan pegawai-pegawai Selangor kepada cara bekerja di sebuah negara yang maju dan yakin pengalaman ini akan memberi sumbangan yang besar kepada usaha untuk menjadikan Selangor bertaraf dunia.

Bandaraya terbesar Victoria, Melbourne telah diisytiharkan sebagai bandaraya yang mempunyai kualiti hidup yang paling tinggi di dunia (the most liveable city) untuk tahun 2011.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

PRESTASI MESTI BOLEH DIUKUR .

Sejak bulan September lepas, Cawangan-Cawangan PAS telah mula mengadakan mesyuarat agung mereka yang berakhir pada bulan Oktober. Sementara pada pertengahan bulan November ini kesemua Kawasan-Kawasan telah selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing. Tahun ini merupakan tahun pemilihan di mana para perwakilan akan memilih pimpinan mereka untuk sesi yang baharu. Di antara agenda utama di dalam mesyuarat-mesyuarat agung tersebut adalah membentang, membahas dan meluluskan laporan tahunan. Sama ada Kawasan atau Cawangan, tanggungjawab untuk menyediakan dan membentangkan laporan tersebut adalah pada Setiausaha masing-masing. Lazimnya penilaian sama ada pimpinan sesi tersebut telah melaksanakan tugas dan tanggumgjawab mereka adalah berdasarkan laporan tahunan yang dibentangkan walaupun terdapat faktor-faktor lain. Laporan tahunan yang baik adalah yang memberi tumpuan kepada pencapaian-pencapaian pada sesi tersebut. Ia tidak sepatutnya berjela-jela dan akan mengelirukan mereka yang memba

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau U