Tuesday, April 1, 2025
SOLAT TARAWIH DI MASJID AL-AZIM, PANDAN INDAH.
Saya telah bertemu dengan sahabat lama Tuan Haji Hashim dari Pangsapuri Merpati A. Malam tadi beliau bertugas sebagai Amil. Ketika menjadi ADUN bagi kawasan Dewan Negeri Chempaka (2008 hingga 2018), saya telah menganjurkan banyak program-program di masjid tersebut. Saya masih ingat satu program untuk masyarakat yang memerlukan bantuan, Makanan Untuk Semua (M.U.S.). Di bawah program tersebut, pusat khidmat saya telah membeli satu freezer yang diletakkan di masjid itu. Orang ramai boleh meletakkan makanan di dalam freezer tersebut dan mereka yang memerlukan boleh mengambil makanan tersebut. Apa telah terjadi agaknya kepada freezer tersebut setelah lebih 7 tahun?
AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...
-
Pagi 9 April 2025, bagi pihak NGO Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri (Fikir Selangor), saya telah menyampaikan sumbangan-sumbangan unt...
-
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan...








