SOLAT TARAWIH DI KG CHERAS BARU, SELANGOR.








Pada 27 Mac 2025, saya telah menunaikan solat Tarawih di Masjid Nurussaadah, Kg Cheras Baru. Walaupun masjid itu tidak berada di dalam kawasan saya ketika saya adalah YB dari tahun 2008 hingga 2018 tetapi saya kerap singgah di situ. Saya juga pernah dijemput untuk merasmikan program di Sekolah Rendah Agama di tepi masjid tersebut. 


Ramai kawan-kawan di Kg Cheras Baru yang telah pergi menemui Illahi. Di antara arwah-arwah tersebut adalah Pak Hasan Bukit Tembusu, Haji Husin, Haji Ismail Mokhtar, Haji Saripuddin dan Hj Mohd Aini.


Selepas persempadan semula sebelum PRU 2018, sebahagian dari Kg Cheras Baru telah termasuk di dalam kawasan DUN Pandan Indah yang baharu. Kawasan DUN itu dibentuk dari kawasan DUN yang pernah saya wakili, kawasan DUN Chempaka.


Ketika berjalan keluar dari masjid telah sempat bercakap dengan En Hezmal tentang Projek MRT yang bakal dibina. Alhamdulillah rumah-rumah di Taman Kencana yang berhampiran dapat diselamatkan. Menurut cadangan asal, dilaporkan lebih kurang 80 buah rumah akan terlibat dengan pembinaan sebuah stesen MRT. Namun begitu penduduk membantah dan rumah-rumah tersebut telah berjaya diselamatkan. Cadangan stesen di atas tapak taman itu telah dibatalkan. Kejayaan ini adalah hasil usaha masyarakat dari pelbagai aliran politik yang bekerjasama untuk kepentingan mereka bersama.